Assalamualaikum w.b.t..
Kadang-kadang bila terperuk je kat dalam rumah, bosan juga kan. Kasihan anak-anak, nak tengok dunia luar pun susah. Mak bapa asyik keluar balik kerja, bila duduk kat rumah pula asyik menghadap handphone je kerjanya. So, apa kata ambil masa untuk pergi keluar berjalan hujung minggu bersama anak-anak, mesti mereka berasa seronok. Jadi, hari ni saya nak share tips untuk membawa anak keluar berjalan.
1- Rancang
Sebelum keluar, rancang terlebih dahulu kita hendak bawa anak kita ke mana. Ni tak, masuk kereta nak keluar, baru fikir nak berjalan kemana, si ayah nak ke A, si isteri pula nak ke B. Bila dah tak setuju, mula la drama Melayu diorang.Last-last perjalanan dah tak seronok.
- Destinasi
- Plan terlebih dahulu nak berjalan ke mana. Jika nak ke kawasan pantai atau waterpark, bawa la baju basahan lebih. Jika ke shopping mall, pakaikan anak baju lengan panjang ( bagi anak-anak yang masih kecil ) sebab kat shopping mall kan sejuk, kasihan kat anak-anak.
- Elakkan membawa anak-anak ke tempat seperti pantai/ kawasan air terjun pada musim hujan, bahaya.
- Masa
- Jika kita hendak pergi ke sesuatu tempat shopping mall contohnya, tak kan pergi pukul 8 pagi. Pintu mall pun belum buka lagi. Nak pergi waterpark, mereka akan buka mengikut masa-masa tertentu. Mungkin kita boleh rujuk di laman web mereka, atau page mereka di Facebook. So, taklah kita terpaksa menunggu lama untuk masuk ke tempat-tempat tersebut, anak-anak pun tak buat perangai kerana bosan menunggu.Betul tak?
- Kewangan
- Dah tahu destinasi hendak dituju, dah tahu bila nak pergi, sekarang masanya untuk merancang kewangan pula. Sediakan wang yang mencukupi. Harga tiket, hotel, minyak, duit makan semua tu kena ambil kira. Harus diingati, sediakan juga duit untuk kecemasan ya.
2- Keselamatan
- Keselamatan adalah aspek paling utama. Kalau boleh, elakkan pergi ke tempat-tempat sesak, jangan sesekali terlepas pandang anak-anak di mana. Jangan biarkan anak-anak bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa. Malang idak berbau.
- Jika memelukan perjalanan yang jauh, si pemandu tidak mengantuk. Bahaya jika memandu dalam keadaan yang mengantuk, so lebih baik sekiranya malam sebelum keluar berjalan si pemandu masuk tidur awal, atau jika masih mengantuk apa kata berhenti terlebih dahulu di mana-mana RnR, minum sedikit kopi, cuci muka atau tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan.
3- Persediaan
- Kenderaan
- Kenderaan berada dalam keadaan baik.
- Letak car seat untuk anak-anak dalam kereta.
- Anak
- Anak diberi makan/minum susu ( bagi bayi ) terlebih dahulu, so mereka tak de la meragam dalam perjalanan nanti.
- Bawa baju, lampin pakai buang,barang persediaan untuk membuat susu formula ( jika anak minum susu formula )
- Barang-barang penting
- Tiket, myKid anak-anak ( amat penting jika ingin menaiki kapal terbang, kerana ada ibu bapa masih berfikiran penerbangan cuma dalam Malaysia sahaja, so tak perlu MyKid anak-anak )
- Pakaian mencukupi ( jika bercadang untuk bermalam )
- Ubat-ubatan ( jika perlu )
Rancanglah perjalanan anda, bijak merancang maka perjalanan akan jadi lebih seronok dan bermakna.
Sekian. :)

No comments:
Post a Comment