Cara Memilih Mainan Untuk Anak


Assalamualaikum w.b.t.
Zaman kini ramai anak-anak diberi kebebasan oleh ibu bapa menggunakan tablet/smartphone tanpa had sehinggakan anak-anak ketagih menggunakan kedua-dua barang tersebut untuk bermain game atau menonton video kegemaran mereka. Keadaan ini amat membimbangkan, kerana ia berkemungkinan mengganggu perkembangan anak-anak kita dari segi sosial dan perkembangan motor-motor mereka. Alangkah baik jika mereka diberikan "real game" untuk membantu mereka berkembang. Berikan mereka mainan yang boleh memberi mereka pembelajaran ( educational toys ). Maka hari ini saya ingin berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa memilih bagaimanakah memilih mainan untuk anak mereka.

1- Selamat

  • Tidak mudah tertelan
    • Bagi anak yang berusia 3 tahun ke bawah, mereka masih belum boleh berfikir bahawa memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka adalah sesuatu perbuatan yang membahayakan. Maka ibu bapa seharusnya bijak memilih mainan yang mempunyai saiz yang selamat untuk anak.
  • Tidak mempunyai tali yang munkin boleh menjerut leher anak
  • Tiada benda tajam
  • Tiada bahagian mainan yang mudah tercabut kerana dikhuatiri tertelan
    • Mainan seperti patung kebanyakkannya mempunyai bahagian-bahagian yang mudah tercabut terutamanya patung yang diperbuat daripada kain. Contohnya bahagian mata anak patung, butang baju kerana bahagia-bahagian mudah tercabut dan boleh menyebabkan anak tertelan lalu tercekik.
  • Hanya menggunakan bateri dan tidak menggunakan alus elektrik
    • Pastikan alatan mainan anak tidak menggunakan arus elektrik, kerana bahaya jika kita terlepas pandang,kemungkinan anak-anak akan cuba memasang mainan tersebut sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa. renjatan elektrik mungkin boleh berlaku.
  • Tidak mudah pecah
    • Anak-anak yang masih kecil suka mencampak barang di merata-rata tempat, maka penting bagi ibu bapa untuk membeli mainan yang agak keras dan tidak mudah pecah.

2- Mudah Dibersihkan

  • Anak-anak kecil suka memasukkan mainan mereka ke dalam mulut, maka ibu bapa seharusnya selalu membersihkan permainan anak dengan air supaya jangkitan tidak berlaku.

3- Mengikut Usia Mereka

  • Semasa membeli permainan, ibu bapa seharusnya tahu memilih mainan yang sesuai seiring usia anak mereka. Bayangkan jika usia anak baru mencecah setahun, tetapi ibu bapa sudah membelikan anaknya mainan seperti puzzle, tidak sesuai bukan.
  • Permainan yang sesuai mengikut umur anak-anak adalah lebih baik kerana ia akan meransang pemikiran anak-anak dan motor-motor mereka.

4- Menarik

  • Anak-anak semestinya suka melihat benda-benda yang berwarna-warni. Belilah mainan yang menarik perhatian mereka seperti mengeluarkan bunyi atau boleh bergerak-gerak, jangan pula dibelikan mainan berupa hantu holloween pula ya. Jadi takut pula mereka.
Semoga tip-tips diatas boleh membantu ibu bapa dalam memilih mainan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sekian.




No comments:

Post a Comment