Assalamualaikum w.b.t..
Jika anda belum mengetahui apakah itu Pinterest, anda boleh baca disini [[ APA ITU PINTEREST]]. Disana anda boleh mengetahui apakah Pinterest boleh buat untuk kita.
Ok, berbalik kepada tajuk.
Bagaimanakah untuk menarik perhatian orang lain untuk pin post kita di dalam Pinterest.
Baiklah, saya akan share beberapa tip-tip yang saya fikir boleh diguna pakai dalam menarik perhatian orang untuk pin post kita.
1- Gambar "High Quality", dan menarik.
Bagi saya, kualiti gambar paling penting dalam menarik perhatian orang lain untuk pin gambar dalam post kita. Bayangkan jika kita meletakkan gambar yang kabur, dan tidak menarik perhatian seperti gambar tersebut gelap.. maka peratusan orang untuk pin gambar tersebut adalah amat rendah.
2- Gunakan tajuk yang bersesuaian dengan post.
Letak tajuk " Cara memasak Nasi dengan Mudah ", tapi contain post tentang benda lain, so tak sesuai la. Orang nak pin pun tak berselera :P
3- Banyakkan gambar di dalam post.
Lebih banyak gambar dalam post kita, lebih tinggi peratusan untuk orang lain pin gambar dalam post kita.
4- Gambar Menegak
Saya nak tanya tentang gambar di bawah, mana satu gambar yang menarik perhatian anda terlebih dahulu. Sudah semestinya gambar perempuan yang menegak panjang itu bukan. So, anda boleh buat kesimpulan gambar yang menegak lebih menarik perhatian daripada gambar yang melintang, kerana gambar melintang tidak akan mengambil ruang yang banyak berbanding gambar menegak di dalam Pinterest.


No comments:
Post a Comment