Berjalan-jalan Tanpa Kenderaaan Sendiri..


Assalamualaikum w.b.t.
Tiada pengangkutan sendiri tidak bermaksud kita terperap je kat dalam rumah, sesekali tengok dunia luar pun best juga.So, hari ni saya nak share tips bagi sesiapa yang bercadang hendak keluar berjalan tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri.

1- Sewa kereta
Ibu bapa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, boleh menyewa kenderaan. Ada banyak laman web yang menyediakan servis kereta sewa, tinggal nak pilih je mengikut jenis kereta yang kita nak dan bajet yang kita ada.
Contoh: Kereta sewa dari laman web Mudah.my


Semasa hendak menyewa kereta, pihak penyewa mungkin memerlukan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan menandatangani dokumen perjanjian menyewa kenderaan mereka. 


2- Pakai perkhidmatan Uber/ GrabCar
Sekarang teknologi semakin maju, nak naik kenderaan awam mungkin leceh bagi sesetengah orang. So, kita boleh menggunakan perkhidmatan Uber/GrabCar. download aplikasi GrabCAr/Uber di GooglePlay dan daftar. Tapi perkhidmatan ini hanya disediakan di kawasan-kawasan yang utama sahaja seperti Lembah Klang dan ibu negeri di setiap negeri di Malaysia. Menggunakan perkhidmatan GrabCar/Uber ini lebih murah berbanding teksi, dan kita tidak perlu menunggu lama kerana dalam aplikasi ini, dia akan menunjukkan berapa minit pemandu akan tiba dan membawa kita ke tempat kita nak tuju. Pemandu GrabCar/Uber ni, mereka akan guna kenderaan mereka sendiri untuk mengambil penumpang. Kalau bertuah, kadang-kadang kereta pemandu yang mengambil kita terdiri daripada kereta-kereta yang agak mahal, so dapat la juga merasa naik kenderaan mahal walaupun kita tak mampu untuk beli untuk diri sendiri :D
Kalau naik Uber/GrabCar, kita boleh pilih sama ada nak bayar cash atau tambang di tolak dari akaun kad kredit/ debit kad kita. Ye la, kadang-kadang kita ni tak ada duit cash..so kita boleh pakai opsyen pemotongan dari kad bank kita. Best bukan?

Gambar ni dari GrabCar Indonesia. Pergh, kalau naik kereta GrabCar macam ni, best giler. tak dapat beli, naik sebagai penumpang pun jadilah yer. Lagi-lagi kalau pemandu dia awek cun-cun, lagi bertambah-tambah bestnya :P
Kredit gambar https://mmc.tirto.id


3- Kenderaan awam
Jika menggunakan kenderaan awam, kita boleh jimat wang lebih banyak tetapi kita terpaksa menunggu lama dan kemungkinan terpaksa mengambil beberapa kali bas/ menukar tren untuk ke tempat yang kita tuju. Untuk menjimatkan masa, kita hendaklah merancang perjalanan kita, jika di Lembah Klang mungkin boleh buka laman web Rapid KL ni untuk memudahkan perjalanan.
Sekarang rapid KL pun dah ada bas double decker, wah! rasa macam kat London pula. Tapi bukan semua tempat ada bas bertingkat macam ni yer.. 


4- Pinjam kereta adik beradik/ saudara/ member
Kalau tak mampu nak sewa kereta, tak nak naik GrabCar/Uber dan tak mahu naik kenderaan awam, kita mungkin boleh pinjam kereta sesiapa yang kita kenal. Tapi harus di ingatkan, dah pandai pinjam pandai-pandailah jaga ye. Ini tak, orang dah bagi kereta dengan minyak yang penuh, kereta bersih, tak de calar balar awak pulangkan dengan minyak tak ada, kereta kotor, calar sana sini.. lepas ni jangan haraplah orang nak bagi kau pinjam lagi. Dah pinjam, apa salahnya hulur sedikit duit ke, atau buah tangan sebab dah pinjamkan kereta dia kan. Orang berbudi, kita berbahasa.

So, pilihan di tangan anda. Pilih mana satu servis yang berkenan di hati anda. Lepas ni, kalau dah agak-agak macam susah je naik ni semua, so bermula dari sekarang bolehlah kumpul duit untuk deposit beli kereta sendiri.

Semoga bermanfaat!




No comments:

Post a Comment