Putera ke 3 kami😘
Pada 13/09/2018 yang lepas, saya telah selamat melahirkan anak ke 3. Pengalaman melahirkan anak ke 3 ini tidak sama seperti melahirkan anak pertama dan ke 2. Betul la orang cakap, semakin ramai anak yang kita lahirkan, sakit melahirkan tu semakin berkurangan. Tak seperti anak pertama, OS ( bukaan rahim ) belum pun terbuka, sakitnya dah tak boleh tahan. Anak pertama, pukul 5 pagi dah terasa sakit. Berbekalkan ilmu yang saya belajar semasa di kolej jururawat dahulu, saya pasti itu adalah sakit kontraksi, kerana sakit kontraksi tu datang setiap 10 minit. Saya dah inform suami awal-awal, mungkin saya akan melahirkan anak pada hari tersebut. Tepat pukul 8.30 sakit makin terasa, saya dah tak boleh tahan, terus ke PAC Hospital Ampang, ceh! rupa-rupanya OS pun tak buka lagi. Buat malu je, so kena balik rumah dulu.
So, anak ke 3 ni dah ada pengalaman. Sakit kontraksi mula terasa start pukul 5.02 pagi. Saya cepat-cepat beritahu suami saya dah rasa sakit kontraksi, tapi sakit kontraksi untuk kali ni kurang sakit berbanding anak pertama dan ke 2 dahulu. Tapi saya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital awal kerana kemungkinan akan 3 pembukaan OS cepat. Pukul 9 pagi, saya mengajak suami untuk pergi ke PAC Hospital Ampang, tetapi terlebih dahulu singgah untuk bersarapan pagi persediaan tenaga semasa meneran nanti.
Ada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa PAC, suami saya dituduh mengambil gambar sekitar PAC. Staf menyuruh saya untuk menegur suami, kenapa tidak mereka je sendiri yang tegur memandangkan masa tu saya sedang di periksa oleh doktor. Setelah selesai, doktor menyuruh saya untuk menunggu di ruang menunggu bersama suami. Saya bertanya pada suami, adakah betul dia mengambil gambar di dalam PAC. Suami terkejut, sebab dituduh sedemikian. Saya terus memeriksa telefon suami, ternyata memang tiada satu pun gambar yang diambil di dalam PAC. Suami tidak berpuas hati dan terus berjumpa dengan Ketua Jururawat, dan memaklumkan bahawa dia dituduh mengambil gambar sedangkan dia tidak berbuat demikian. Mungkin disebabkan suami suka main game dalam telefon, staff disana tersalah faham. Hope, kejadian mcm ni tak kan berlaku pada masa hadapan.
Ok, berbalik pada topik. Semasa diperiksa, doktor mengatakan os saya baru 4 cm, so saya kena admit wad dahulu. Di wad, suami dan mak mertua datang melawat. Masa tu sakit still boleh tahan. Masih boleh bergelak ketawa dengan suami. Setelah habis masa melawat, masa tu la sakit kontraksi makin terasa. Sekitar pukul 3.15 petang, doktor datang buat round and mengatakan os saya telah pun 6 cm dan menyuruh jururawat untuk menghantar saya ke labour room. Memang masa tu dah terasa nak meneran, tapi saya tahan. Masa tu saya tebalkan muka memohon maaf kepada jururawat kerana semasa sakit kontraksi seperti hendak meneran, saya telah terkencing sedikit di katil. Jururawat kata tak mengapa sebab itu normal. Pukul 3.30 petang, saya sampai ke labour room. Sakit kontraksi memang terasa sangat, tetapi tidak sesakit anak pertama dan anak ke dua. Tepat pukul 3.38 petang, bayi telah selamat dilahirkan. Hanya perlu meneran 2 kali sahaja :D Suami pun tak sempat nak masuk labour room untuk menemani saya bersalin, sebab baby pun dah selamat keluar. Rasa bersyukur sangat proses bersalin kali ini dipermudahkan.
Semua anak saya dilahirkan di Hospital Ampang, insya Allah.. jika dikurniakan rezeki lagi, saya akan bersalin di Hospital Ampang lagi memandangkan saya sangat berpuas hati dengan servis staf labour room Hospital Ampang, terbaik!

No comments:
Post a Comment