Hari ni saya nak berkongsi pengalaman semasa saya terkena puting merekah/luka apabila menyusukan bayi. Dah pelbagai cara saya dah cuba, tetapi kebanyakkannya tidak berkesan. Kepedihan puting luka tu sangat-sangat menyeksakan dan kadang-kadang sampai keluar air mata saya menahan kesakitan. Nak cakap cara menyusukan anak salah, tak juga. Mulut anak memang dah betul lekapannya, dan semua areola berada di dalam mulut anak. Erm..pening-pening..
Antara cara yang saya dah cuba adalah:
- Meletakkan sedikit air susu ibu ke bahagian yang luka dan ulang beberapa kali. Hurm, saya cuba 4 hari berturut-turut, tetapi tiada perubahan pun.
- Sapukan krim khas untuk puting merekah. Saya cuba krim dari Madela - Purelan 100. Tak berkesan juga. Pakai seminggu pun tiada perubahan.
- Lekapan yang betul. Dah buat. Posisi dan lekapan semua dh betul, tp nak kata sakit kurang tu, tak juga.
Last-last, rasa dah macam fed up. Tapi memikirkan anak perlu minum susu ibu untuk khasiat, saya teruskan juga memberi susu ibu tapi dengan cara mengepam susu. Saya minta bantuan suami untuk pergi belikan saya pam manual ( saya dah ada pam elektrik, tapi untuk masa permulaan ni, suction pam elektrik saya kurang berkesan, so air susu yang keluar pun kurang ). Setelah dapat pam susu manual, saya terus pam. Sakit puting merekah saya tahankan juga, dan sakit semasa pam tidaklah sesakit semasa bayi menyusu. Saya teruskan pam sehingga luka puting sembuh, dan ia mengambil masa 3 hari untuk luka puting kering dan sembuh. Dalam proses ni, alhamdulillah anak saya tidak keliru puting. Dia boleh menerima kedua-duanya dengan baik. Bila luka dah sembuh, saya sambung semua direct breastfeed, alhamdulillah sakit dah berkurangan dan saya dapat menyusukan bayi dengan selesa.
So, bagi ibu-ibu diluar sana mungkin boleh gunakan cara seperti saya jika cara lain tidak berkesan. Jangan sesekali berputus asa dalam memberikan anak susu ibu, kerana susu ibu adalah susu yang terbaik buat anak.
No comments:
Post a Comment