Sejak dari dahulu lagi, saya memang berimpian nak duduk rumah "atas tanah". Setiap kali lalu di hadapan rumah orang lain tak kisah la teres ke, semi D ke.. setiap itu lah dalam hati sentiasa berdoa, semoga Allah makbulkan doa saya untuk merasai duduk di rumah seperti itu. Tinggal di KL, agak mustahil untuk saya dapat beli rumah atas tanah, memandangkan gaji saya sebagai jururawat U29 yang baru setahun jagung bekerja tak la besar mana, tapi cukup untuk makan minum kami sekeluarga, dan mengirim sedikit duit untuk keperluan ibu di kampung.
Pada suatu hari, seorang junior saya bercerita tentang PPA1M. Dia telah mendapat tawaran untuk membeli rumah PPA1M Kepong. Saya pun bertanya la apa itu PPA1M, so junior saya pun bercerita lah tentang PPA1M ni. Balik rumah je, saya terus Google PPA1M. Masih ada lagi projek-projek yang masih available untuk dipohon. Saya pun cuba la untuk memohon PPA1M Brickfields KL pada mulanya, tetapi kecewa kerana TIDAK DITAWARKAN. Ye la, Brickfields KL kot. Mana mungkin dapat apartment 1000 sqft dengan harga RM 150 000.00. Rumah appartment kat area rumah saya ni pun cecah RM 240 000.00. Ini Ampang, apatah lagi tengah-tengah KL. Tapi, dah bukan rezeki saya, nak buat macam mana kan. Lepas tu, saya cuba pula memohon untuk rumah teres di Taman Bayu Malawati, Kuala Selangor. Bagi saya biarlah jauh, kerana saya boleh memohon untuk berpindah tempat kerja mana-mana hospital yang berdekatan. Harga teres di Taman Bayu Malawati ni boleh tahan murah, harga yang ditawarkan RM 300 000.00 projek perumahan pula dibawah pemaju PKNS. Tetapi sehingga sekarang pemohonan saya masih berstatus " Pengundian Seterusnya". Kemudian, saya ingin mencuba nasib untuk memohon PPA1M Bandar Mahkota Banting. Rumah teres lot tengah dengan keluasan 1400 sqft berharga RM 294 000.00 keluasan tanah 20' X 60'. Saya memilih projek perumahan ini kerana pertama, ianya dekat dengan Hospital Banting.. kedua, dekat dengan KLIA, ketiga sebab dekat dengan laut dan keempat ofkos la sesuai dengan bajet saya. Suami buat part-timer sebagai pemandu Grab, so senang la dia kalau mengambil penumpang dari KLIA. Lepas tu, kami sekeluarga memang sukakan laut, sebab boleh pergi menjaring ikan, berkelah..so projek ni memang menepati citarasa saya.
Alhamdulillah, baru-baru ni bila saya check email, saya dapat email dari Urusetia PPA1M yang mengatakan saya ditawarkan untuk membeli rumah PPA1M di Bandar Mahkota Banting. Rasa nak menangis pun ada, Allah telah makbulkan doa saya. Walaupun rumah tu jauh dari tempat kerja saya sekarang, insya Allah.. saya merancang untuk memohon untuk berpindah ke Hospital Banting selepas urusan rumah PPA1M Bandar Mahkota Banting ni selesai.
Alhamdulillah, syukur.

No comments:
Post a Comment