Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini kita digemparkan dengan cerita kapal terbang dari syarikat Lion Airlines terhempas di perairan laut jawa. Dengan membawa penumpang seramai 189 tiada satu yang terselamat termasuklah para crew kapal terbang.
Bila dengar je cerita kapal terbang terhempas ni, aku rasa macam fobia, takut, seram sejuk semua ada. Aku berasal dari Sabah, dan sekarang bekerja dan menetap sementara di semenanjung. So, ofkos la kalau balik kampung kena naik kapal terbang kan. Aku masih teringat masa mula-mula naik kapal terbang masa tingkatan 2 dahulu, seronok sangat! tak terfikir pun bahaya semua. Dan tahun 2007, aku dah mula bekerja di semenanjung dan setiap tahunlah aku akan balik kampung naik flight tanpa rasa takut. Tetapi, keadaan berubah bila dah mempunyai anak. Mungkin aku terlalu risaukan anak aku jika terjadi apa-apa. Sepanjang penerbangan dari KLIA ke KKIA ( Kota Kinabalu International Airport ), macam-macam aku terfikir. Dalam hati sentiasa berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku.Perasaan ni tak tahu la nak gambarkan macam mana, hati berdebar-debar dan berdoa agar cepat sampai ke KKIA. Nak lelapkan mata, anak-anak tak tidur pula, mereka asyik bermain je dalam flight. Aku takut diorang akan kacau penumpang lain, so aku kenalah kawal anak-anak aku. Walaupun kapal terbang bergegar sedikit sebab melanggar awan, dalam hati aku dah mengucap, beristighfar banyak-banyak. Rasa nak nangis pun ada.
Baru-baru ni, aku luahkan kebimbangan aku dekat kawan kerja aku. Aku cakap aku takut nak naik flight. Dia sarankan untuk mengambil ubat mabuk/pening disebabkan naik kapal terbang ( aku tak ingat nama ubat tu ), dia cakap ubat tu boleh membuatkan kita mengantuk dan tidur sepanjang perjalanan. Masalahnya sekarang, aku tak boleh tidur disebabkan anak-anak aku tak akan tidur dalam flight, aku nak harapkan ayah diorang yang jaga memang tak la. Mungkin aku akan dapat tidur bila anak-anak aku dah faham dan boleh duduk diam dalam flight. Arghhhh.. macam mana ni.
No comments:
Post a Comment