ALA LEGO, SMIGGLE, PLAYDOH DAN NERF GUN

Assalamualaikum w.b.t.
Hai korang. Hari ni saya nak bercerita tentang  mainan. Saya ibu kepada 2 anak lelaki. So, kadang-kadang mereka ni, kalau ajak keluar jalan-jalan je..mesti nak itu ini. Saya sebagai ibu yang "mithali", memang tak akan layan permintaan merepek mereka ni. Tapi, saya tak de la sekejam tu, kadang-kadang layan juga, tapi kena bijak la. Kalau ibu bapa perasan,siapa yang ada anak lelaki tu..mesti kenal Lego kan, nampak Lego je nak beli..merengek..menangis...minta belikan. So, untuk pengetahuan ibu bapa, ada satu jenama lagi yang seakan-akan Lego, tapi jauh lebih murah. Saya dah bandingkan dari segi kualiti, bagi saya hampir 99.9% menyerupai Lego. Jenama yang saya maksudkan adalah SLUBAN. Murah je, bawah RM 10 ada tau. Bagi ibu bapa yang tak berapa mampu/ nak berjimat macam saya, saya rekemen jenama SLUBAN ni. Korang boleh dapat di kedai MR.D.I.Y... murah dan berbaloi-baloi. Cuma SLUBAN tak banyak pilihan macam Lego.








 Kalau beli jenama Lego, mana dapat harga macam ni.


Kalau anak perempuan pula mesti suka PlayDoh kan. So, apa kata beli je Doh jenama PEIPEILE. Tapi doh dia macam keras sikit dari jenama PLAYDOH la kan, ala...anak-anak tak kisah punya. Diorang asal dapat main pun dah cukup seronok.





Ada lagi satu, hari tu saya beli senapang ala-ala jenama NERF. Tapi harga NERF gun paling murah RM 70++ jenis yang besar tu, tu pun beli masa ada sale. Kat MR DIY, saya jumpa senapang ala NERF cuma RM 43 je. Bagi saya berbaloi la kan. Ala, untuk melepaskan keinginan anak-anak je. Even bukan NERF pun, saya cakap je NERF..Tipu sunat. Nak beli yang real, saya tak mampu nak :(

RM 43. Guna bateri saiz AA 4 biji.

Yang paling best, masa jalan-jalan kat MR DIY, tetiba ternampak barang-barang ala-ala macam Smiggle punya barang. Cantik, and murah. Ada seorang budak tu bagitahu mak dia " Mak, tengok tu Smiggle la." Saya senyum je. Kalau la saya ada anak perempuan, dah lama rembat sebiji ni. Budak-budak bukannya kisah sangat pun kan. Asal cantik pun dah ok.






Tak tahu la jenama apa. Puas google, x jumpa jenama bag ala-ala smiggle ni.


Ok la, entry ni bukan nak promote MR DIY ke apa ye. Saja nak kongsi tips berjimat dengan ibu bapa kat luar sana. Bukan bermaksud saya nak manjakan anak-anak dengan mainan semua.. saya masih tahu batas-batas nak layan keinginan anak-anak. Harap pembaca semua faham :)

No comments:

Post a Comment