Sempena hari jadi saya yang dah berbulan berlalu, suami dah plan nak bagi hadiah ajak jalan-jalan ke Legoland ( untuk anak-anak juga, sebab tiada hadiah yang paling berharga bagi seorang ibu selain tengok anak-anak gembira :'D ).Ni kiranya hadiah 2 in 1 la ni.Tapi disebabkan tiada masa, so tertangguh sampai ke bulan 4, padahal birthday bulan 2. Tak pe, tak mengharapkan apa-apa hadiah pun dari suami, sebab saya tahu macam mana letihnya suami mencari rezeki siang malam kadang-kadang tak cukup tidur. Tapi, suami still juga nak bagi hadiah, even banyak kali dia tanya saya nak hadiah apa, jawapan yang sama.. tak nak apa-apa hadiah, cukuplah dia sentiasa di sisi chewahhh.. :P
Lepas balik dari kerja malam, terus rushing ke airport sebab flight pukul 9.50 pagi, nasib baik dah check in awal-awal. Sampai airport breakfast and terus naik flight.
Smp Senai Airport, naik MyCar ke Legoland cuma RM 20, kalau GrabCar RM 23. Bila sampai ke Legoland, pemandu drop up kami di Medini Mall, and jalan kaki ke Legoland. So, bagi korang yang nak merancang ke Legoland, tak payah susah-susah hati nak cari makan kat mana..makan je kat Medini Mall ni. Dekat sangat..just kat tepi Hotel Legoland je..jalan kaki tak sampai 100 meter pun. Kat Medini Mall ni ada Chicken Rice Shop, KFC, Guardian, Al-Ikhsan, kedai serbaneka..ATM ( kat dalam Theme Park Legoland tu pun ada ATM juga, tapi masa kami kat sana Out OF Service pula )so, baik sediakan duit awal-awal.
Bagi saya, kalau setakat bawa anak bawa 4 tahun ke bawah, tak banyak permainan yang dia boleh main.. kesian kat anak-anak. And, macam tak berbaloi jer kalau bayar mahal-mahal tapi tak boleh main kan. 5 tahun ke atas ok la..
Antara kejadian semasa kami kat sana: ( Theme Park dan Hotel )
1- Panas terik- So sediakan cap untuk anak-anak dan juga payung. Kalau bawa baby , sila bawa kipas kecil untuk baby.
2- Hujan - So, aktiviti tergendala sekejap. Nak beli baju hujang yang plastik tu mahal, sehelai RM 10. Beli kat kedai dalam Theme Park tu. Kalau nak jimat masa nak masuk tu, beli siap-siap kat kedai serbaneka kat luar..ada jual, kalau rasa-rasa masa nak masuk tu macam nak hujan je.
3- Si adik tak dapat main banyak permainan, sebab baru 3 tahun.
4- Kasut basah sebab kena hujan, so better pakai selipar jalan jer.
5- Semasa kat hotel, dia akan bagi kad ( sebagai kunci ) untuk ke bilik . Dan kad tu juga, digunakan untuk masuk ke tingkat bilik hotel yang korang tempah je. Contoh je bilik korang kat tingkat 3, so bila korang tekan lift ke tingkat 4, dia x boleh tekan pun. Button lift tak akan menyala. Kad tu hanya boleh ke floor bilik korang, ground floor and LG Floor dan ke tingkat 5 sahaja. ( tingkat 5 ada swimming pool ). Kalau korang nak naik ke bilik tanpa membawa kad tu, so tak boleh la.
6- Breakfast kat hotel, kena on time. Kena pilih masa untuk ke restaurant. Ada 3 pilihan masa..kami pilih yang paling akhir iaitu pukul 9.30 pagi - 10.15 pagi. 10.15 pagi tu, dorang dah start kemas restaurant. So, korang kena patuh masa ok.
7- Boleh check out tanpa berurusan kat kaunter. Cuma drop up kad bilik dalam kotak yang diorang sediakan kat kaunter pendaftaran. Korang tak perlu beratur semata-mata nak check out. Tapi yang ni saya tak pasti... dia kena isi borang siap-siap masa kat bilik rasanya. ( tahu benda ni pun masa berbaris nak check out )
8- Jangan cuba-cuba nak menipu umur anak ( bukan kami ), semata-mana nak bagi anak main permainan tu. Bahaya!
9- Jangan mencuri lego block. Masa anak-anak bermain kat lobi hotel, anak orang putih tu bawa selonggok lego block naik ke hotel.Mak dia yang suruh. Tak tahu lah sama ada dia nak main kat bilik atau sebaliknya.
So, keseluruhan saya bagi 4.5 bintang untuk Legoland :). Insya Allah, bila anak-anak dah besar sikit..kami akan datang sekali lagi.
Di hadapan Hotel Legoland.
Lego race ni kalau tak silap untuk anak-anak 7 tahun ke atas. So, anak-anak saya tak dapat la naik. Ambil gambar je la, buat kenang-kenangan.
Riding Horse untuk anak 4 tahun ke atas.
Tak pernah lagi jejak kaki ke Singapore.
Setiap pagi, mamat Lego berjambang berbadan kuning ala jaundis ni akan datang..ambil gambar dengan anak-anak...so ready.
Kat lobi hotel ada banyak lego block..so anak-anak boleh main sampai puas.
Katil bertingkat untuk anak-anak. bawa tu ada extra tilam. So, 3 orang anak boleh muat lagi.
Bilik untuk mak bapa.
Ada kolam untuk anak-anak. Kat pool ada guard pool jaga.




















No comments:
Post a Comment