HADIAH HARI JADI SUAMI

Assalamualaikum w.b.t.

10 Mei adalah tarikh birthday suami. Setiap tahun jugalah saya sakit kepala nak belikan dia hadiah apa. Bayangkan, setahun nak bagi dia 2 hadiah ( untuk birthday dia, dan untuk ulang tahun perkahwinan kami ), sampaikan tak de idea dah nak bagi apa lagi.

Seperti tahun-tahun lepas saya akan google segala contoh hadiah yang nak bagi kat suami, semuanya sama je. Jam, baju, handphone, sport rim kereta, belt yada yada yada... semua tu dah bagi.

Tahun ni niat nak bagi something, tapi kewangan tersekat. Sebab, kad bank hilang.. nak buat kad bank baru, kena ke bank yang berdekatan dan kebetulan pula bank cuti sebab pilihan raya. So, saya tak dapat keluarkan duit untuk beli benda tu. Sedih gila time suami birthday tak dapat nak bagi apa-apa. Nasib baik ada kad bank lain, ada la juga sedikit duit dalam tu. Dengan duit tu la belanja suami tengok wayang and beli kasut kerja sempena hari jadi dia. Ok la, dari tak ada apa-apa nak bagi, even dia memang tak nak apa-apa hadiah dari saya.

Tengah busy pilih kasut.


Antara hadiah yang pernah bagi kat suami; ( Tak de niat nak menunjuk. Niat nak berkongsi idea, kot-kot ada yang tengah cari idea hadiah untuk suami dorang )

  • Baju t-shirt
  • Baju hujan ( sebab dulu dia kerja despatch, selalu kena hujan )
  • Smartphone 
  • Sport Rim
  • Tukar seat kereta sekali dengan video system dalam kereta
  • Seluar jeans Levi's
  • Kasut
  • Wallet + belt
  • Sling Bag kulit dari House of Leather
  • Perfume
  • PC
  • Percutian 
  • Belanja makan King Crab kat The Manhattan Fish Market
  • Makan tengah hari di Flora Cafe, Ampang
Pernah terfikir nak bagi benda ni, tapi tak jadi
  • Kejutan hari jadi ( suami tak suka, may be dia segan )
  • Cincin ( tak tahu saiz jari suami )
  • Jam ( dia dah jam pemberian company dia, and lagipun dia memang kerja kat company jam)
  • Masak special kat rumah and hias meja cantik-cantik ala-ala candle light dinner (Malas sebab pinggan mangkuk kat rumah macam tak sesuai je nak digunakan untuk benda-benda macam tu )
  • Cermin mata ( takut tak sesuai kat muka dia )
Saya belikan semua ni sebab suami pun tak pernah berkira nak bagi saya hadiah atau belikan something sejak dari saya study dulu sampai sekarang. Bayangkan, masa saya study..dia pernah belikan laptop, printer, handphone, set make up dan baju semua tu. Bila tak de duit je, dia akan hulur sikit. So, sekarang bila saya dah bekerja, and dah berkahwin niat saya nak balas balik pengorbanan dia dulu. Terima kasih banyak-banyak kepada suami.

Doa saya sempena hari jadi ni, semoga apa yang suami hajati tercapai.. Aminn

No comments:

Post a Comment