Jalan-jalan Ke Planetarium, Negara.

Assalamualaikum w.b.t..

Disebabkan merasa bosan duduk di rumah, saya bawa anak-anak ke Planetarium Negara yang terletak di Tasik Perdana, area Masjid Negara. Masuk ke ruang pameran percuma je. Saya pergi dengan anak-anak, manakala suami pula kerja. Pergi naik bas, lepas tu naik LRT dari stesen Ampang ke Hang Tuah and ambil GrabCar ke Planetarium Negara. Seronok anak-anak tengok planet, dan kapal angkasa.

Tengah tunggu bas. Mama tak reti bawa kereta, Tapi tak pe, dorang cakap best jalan-jalan naik bas. :D

Dalam LRT, tak boleh nak duduk diam. Sibuk sangat nak tengok ada apa kat luar.

Kalau nak tahu tentang planet, pilih je dalam skrin tu. Nanti akan keluar maklumat tentang planet yang kita nak tahu tu. Bebola tu pun akan bertukar mengikut planet.


Si adik ni memang peminat dinasour. 






Ini rupanya toilet kat dalam kapal angkasa. Buang air, terus sedut masuk dalam tempat kumbahan. :P

Boleh tengok view dari angkasa macam mana.

Manusia pertama ke angkasa Tori Gagarin





Insya Allah, kami datang lagi.

No comments:

Post a Comment