Bercuti Ke Pulau Bawean, Indonesia ( Balik kampung suami )

Assalamualaikum w.b.t..
Bulan Ogos yang lepas, kami sekeluarga balik ke kampung suami di Pulau Bawean,Indonesia ( suami warganegara Malaysia tp FIL n MIL Indonesian). Kami rancang percutian setahun sebelum pergi, beli tiket masa ada promosi Airasia, so dapat la murah sikit kan. Excited giler rasa, sebab sebelum ni tak pernah lagi pergi luar negara. Teringin nak tengok budaya dorang macam mana.
1/8/2017 pukul 4 pagi lagi kami dah bersiap-siap ke KLIA2 sebab flight pukul 9 pagi. Untuk pergi ke Pulau Bawean ni, kita kena ambil penerbangan ke Surabaya. Dari KL ke Surabaya ambil masa 2 jam 45 minit. And lepas tu kami ke Gresik untuk menginap semalaman di rumah mamang ( pakcik ) suami sebab tiada kapal laut ke Pulau Bawean masa tu. Turun je dari kapal terbang, pakcik dia ajak makan tengah hari di ?, untuk makan Ayam bakar ala2 Wong Solo. Sedap weh, dah la murah 11000 IDR je ( lebih kurang Rm 3.60 ) siap dengan teh free dalam cawan besar.
2/8/2017 Kami bertolak dari pelabuhan Gresik ke Pulau Bawean. Naik kapal laut Natuna. Ambil masa 4 jam. Selesa, siap ada anak kapal lagi. Dorang bagi air mineral, biskut dan gula-gula free je. Harga tiket untuk dewasa RP 162 500 ( lebih kurang RM 53 ) untuk dewasa. Masa ni memang mabuk laut, sebab second time naik kapal laut selepas ke Langkawi hari tu. Pergi Langkawi pun tak lama macam ni. Sampai-sampai kat Pulau Bawean je, kami disambut oleh sanak saudara sebelah suami. Dorang sambut kami macam dah kenal lama, ramah je saudara-saudara dia ni.
Keluarga suami ni berasal dari Kampung Kepuh. Sejam juga la dari pelabuhan kapal Sangkapura. Jalan dorg kat sini majoriti tak bertar, kebanyakkannya jalan batu-bata. Tak pasti pula kenapa. 
Sepanjang 2 minggu disini, banyak tempat menarik yang kami pergi. Best juga la, tapi tempat-tempat tu tak diurus dengan baik.

No comments:

Post a Comment