Disebabkan saya dapat cuti 3 hari, so saya bawa anak-anak berjalan ke Petrosains KLCC. Even anak-anak kecil lagi, tapi saya nak biasakan mereka dengan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada mereka. Saya jarang dapat cuti panjang macam ni, so sekali sekala bawa la mereka jalan-jalan. Mereka ni terperap je dalam rumah, nak bermain kat luar rumah pun jarang.
Bayaran masuk ke tempat pameran cuma RM 22 ( saya dan si abang ), dan si adik percuma je sebab bawah 2 tahun. Murah.,tempat pun selesa, adik-adik yang jadi sukarelawan kat sini pun baik-baik je, tak lokek senyuman dorg banyak membantu.
Anak-anak saya tak faham lagi apa itu sains, tapi setiadak2nya mereka enjoy datang tempat ni. Banyak benda yang selama ni mereka tak pernah jumpa, tapi kat Petrosains hampir semua berkenaan sains ada kat sini contohnya, tentang angkasa lepas, zaman dinasour, tenaga, oil n gases, bunyi, cahaya, macam-macam lagilah. Saya yang mak-mak ni pun teruja gak..banyak ilmu dapat.
Masa jala-jalan ke Petrosains ni suami tak dapat join sekali, sebab dia tengah kerja. Tapi alhamdulillah, anak-anak tak banyak ragam. Kalau tak, jenuh juga nak melayan dorang ni. Sorang berlari ke utara, seorang lagi berlari ke selatan, pening nak kejar yang mana satu. :)
Oh! ya.. kebetulan masa ke Petrosains, mereka adakan festival Sains. Tapi tak join pun sebab benda tu more kepada anak-anak yang dah bersekolah. Yang dah faham sedikit sebanyak apa itu sains.
Sebelum balik, sempat lagi singgah tengok orang buat persembahan sempena Festival Sains. Dorang buat persembahan musik menggunakan barang-barang terpakai. Kreatif!
Yang ni tentang cahaya. Bagaimana gerhana terjadi.
Kita boleh kontrol Robot Perayau kat dalam kaca tu, just ikut arahan dalam skrin tu je.
Masa kat seksyen ni, dorang terangkan tentang obor-obor. Jenis-jenis obor bahaya or kurang bahaya kepada manusia.
Budak-budak memang suka jentera macam ni. Berebut nak naik.
Yang ni anak-anak mesti suka, sebab boleh bina macam-macam.
Benda-benda yang melekat kat dinding tu kita boleh ubah, supaya bila kita jatuhkan bola kecil, dia boleh bergolek mengikut laluan yang kita dah buat.
Tempat ni sebenarnya game, tapi tak pasti nak main macam mana. Yang saya tahu, warna-warna tu menunjukkan ketinggian pasir yang kita bina. ( lupa istilah :P )
Seksyen Oil n Gases.
Saya seronok bila ada tempat-tempat macam ni berdekatan dengan rumah. Di kampung kelahiran saya, kami tidak berkesempatan untuk berkunjung tempat-tempat macam ni. Semoga suatu hari, kami di Sabah pun dapat menikmati tempat sebegini di masa hadapan. :)


























No comments:
Post a Comment