Meru Valley Resort,Ipoh.

Assalamualaikum w.b.t
Semasa bercuti ke Ipoh baru-baru ni, pening nak menginap kat mana. Memang banyak hotel kat Ipoh tu, tapi saya dan suami nak tempat penginapan yang tenang dan best. Ada beberapa hotel di sekitar Ipoh jadi pilihan kami, tapi kami memilih untuk menginap di Meru Valley Golf Resort. Kami memilih hotel ni kerana jauh dari kesibukan bandar selain dari harga hotel yang murah walaupun hotel adalah bertaraf 5 bintang.
Saya menempah hotel melalui laman web Agoda.com. Berbanding laman web yang lain, Agoda.com menawarkan harga yang paling murah iaitu RM 202. Laman web lain menawarkan Rm 230++.
Semasa kami sampai ke kawasan hotel, guard menahan kami untuk pemeriksaan. Hanya orang yang menempah hotel sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan hotel. Tukang guard kemudiannya mengiringi kami ke tempat pendaftaran. Layanan mereka memang best. Kami disajikan dengan "welcome drink", dan anak-anak juga diberi lolipop. Setelah selesai daftar masuk, receptionist mengiringi kami sehingga ke pintu bilik hotel sambil menerangkan kemudahan-kemudahan yang mereka sediakan untuk pengunjung. Oh ya! semasa daftar masuk, kami dikehendaki untuk membayar RM 200 deposit, dan akan dikembalikan semasa check out.
Antara kemudahan yang mereka sediakan termasuklah laundry, gym, hairdresser, swimming pool, restauran dan banyak lagi. Untuk anak-anak mereka juga menyediakan playground yang terletak di club house.
Bila menginap di hotel ni, memang best. Tenang sangat. Hilang segala penat lelah. Siap ada private balcony lagi. Suka sangat. Bila kita nak ke club house, mereka menyediakan buggy car untuk menghantar kita ke sana. Layanan semua staff di sana memang terbaik. Tak rugi menginap kat sini. Wifi memang laju, tengok video main game pun tak lag. Tahap kebersihan juga terbaik. Alahai, berbaloi sungguhlah. Tak rugi. Bagi sesiapa yang tengah mencari hotel di Ipoh, hotel ni memang recomended.
Jom usha rupa hotel "suite" yang kami duduk tu..

View semasa membuka pintu suite.
Sofa tu boleh dijadikan katil. Sofabed.

Keadaan bilik. Kemas dan bersih









Ada microwave, gas elektrik, kettle, sudu, pisau... pinggan mangkuk..macam-macam la ada. Senang.

Gigih sangat kan, sampai shower pun aku snap nak bagi tunjuk korang.



Anak-anak naik buggy untuk ke swimming pool yang terletak di club house.



View dari balcony.

So, memang puas hatilah menginap disini. Insya Allah, ada rezeki dan masa, kami akan menginap disini lagi. :)

No comments:

Post a Comment