Assalamualaikum w.b.t..
Memandangkan saya tak pernah pergi ke negeri Perak ( pernah je, tapi bukan untuk bercuti, setakat lalu je masa nak ke Perlis), saya pun ajaklah suami ke Perak. Cadangan suami pergi ke Lost World Of Tambun, tapi saya tolak mentah-mentahh, sebab malas nak jaga anak-anak kecil mandi manda, takut terlepas pandang, lemas ke..tak ke naya. So, saya cadangkan supaya ke Maps je. Suami pun follow je cadangan isteri dia.

Bertolak dari Ampang pukul 6 pagi, bangunkan anak-anak seawal 4.30 pagi dan mandikan mereka dengan air hangat. Kasihan kat anak-anak, tapi tak pe mereka semangat je masa bangun tu sebab excited nak pergi berjalan kan.. Suami ambil masa 3 jam untuk sampai ke Ipoh. Sebelum ke Maps, kami singgah bersarapan pagi terlebih dahulu. Pada mulanya, kami merancang nak ke restauran Suhaimi, tetapi memandangkan ramai orang yang masih beratur menunggu meja kosong, kami batalkan niat untuk bersarapan di situ. Kami bersarapan di warung yang tidak jauh dari restaurant Suhaimi tu. Jarak hanya dalam 100 meter sahaja dari restauran Suhaimi, makanan pun boleh tahan sedap dan murah pula tu.
Usai bersarapan, kami menuju ke Maps. Tiket kasuk ke Maps saya beli online di laman web Klook.com iaitu RM 47 seorang. Harga sebenar RM 130. Menyesal saya membeli tiket tanpa membuat research terlebih dahulu, rupanya sekarang untuk masuk ke Maps adalah percuma, dan kita hanya membayar kupon semasa hendak bermain sesuatu permainan dalam Maps. Tapi tak apa la, benda dah jadi. Beli tiket ke Maps dengan Klook.com senang je nak redeem. Masa sampai ke pintu masuk Maps, just bagitahu petugas di kaunter yang korang beli tiket online, and petugas tu akan suruh korang hantar tiket dari handphone korang ke email diorang, tu je.. and lepas tu diorang akan bagi bracelet untuk masuk. Makanan tak boleh bawa masuk ya, sebab diorang akan check suruh buka beg bagai. Untuk warga tua atau wanita mengandung ke, boleh tunggu dipintu masuk sebab diorang ada sediakan buggy untuk bawa korang ke kawasan permainan. Bagi yang ada bawa anak-anak kecil, diorang ada sediakan stroller sewa, kalau tak silap dalam RM 6 sejam, saya pun dah lupa.😁
Semasa mengunjungi Maps, rasa rugi sangat sebab banyak permainan tak boleh nak main. Banyak permainan rosak under maintenance. Anak-anak pun mengadu tak best, sedih je rasa. Terus macam tak ada mood nak bermain lagi. Aktiviti kami cuma mengambil gambar sahaja, tak sampai 3 jam dalam Maps, saya terus mengajak suami untuk terus check in hotel Meru Valley Golf Resort. Menyesal tak ikut cadangan suami ke Lost World Of Tambun. Tapi tak pe la, jadikan benda ni pengajaran dan insya Allah, ada rezeki kami repeat ke Ipoh untuk ke Lost World Of Tambun pula.

Bila beli tiket online dari Klook.com, semua mainan dalam Maps tu boleh main unlimited, main la berapa kali pun, kecuali permainan kat atas ni.
Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil semasa di Maps..














No comments:
Post a Comment