Assalamualaikum w.b.t.
Perkahwinan saya dengan suami dah pun mencecah 6 tahun. Berbahagia dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Banyak perkara yang kami belajar tentang rumahtangga. Selisih faham sikit-sikit tu biasa la. Sepanjang perkahwinan kami, apa yang saya dapati suami seorang yang sangat baik dan sangat rajin mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Balik kerja je, terus sambung buat Grab pula. Suami jenis yang tak banyak komplen, terutamanya bab masakan..apa je saya masak..sedap tak sedap, suami tetap akan makan. :P
So, sempena anniversary kami yang ke 6 ni, saya hadiahkan suami Fitbit Versa memandangkan sekarang suami semakin "sihat".. Saya berharap dia manfaatkan fungsi smartwatch ni sepenuhnya, bila?? kita tunggu je la...
Suami pula hadiahkan saya foundation dan lipstik memandangkan foundation saya dah tak ada langsung. Pergi kerja pun muka toya, tak berseri. Semasa suami belikan hadiah, saya pula tengah kerja. Dia pening nak pilih code foundation untuk saya. So, dia pun rembat je la mana yang agak-agak sesuai dengan Saya. Nasib baik pilih code foundation yang sesuai, kalau tak..confirm jadi zombie kampung pisang.
Masa beli Fitbit versa, saya beli kat Sogo, dapat diskaun. Harga asal dalam RM 900++, tapi dapat harga dalam Rm 800++.. ok la, dapat la juga diskaun sikit. Tak lama lg
birthday dia pula..erm, start la saya sakit kepala nak belikan hadiah apa pula. Korang ada idea tak? Serius, saya dah kehabisan idea. :(
Nota kaki : Semoga perhubungan ni kekal hingga akhir hayat.


No comments:
Post a Comment