Anak Ada Eczema, Dan Bagaimana Saya Kawal

Assalamualaikum w.b.t..
Anak saya yang ke 3 tu, dapat eczema semasa berumur baru 3 minggu. Mula-mula ingat ruam panas je, tapi seminggu ruam tu tak reda pun. Mak mertua cakap, kurap susu. Tapi saya tak percaya tu ruam susu, sebab setiap kali anak menyusu mesti saya akan bersihkan mulut dia. Terus google dan kemungkinan ianya eczema. Even saya google pun, saya masih mendapatkan nasihat doktor. Semasa vaksin anak umur 1 bulan, saya terus berjumpa doktor untuk bertanyakan apa sebenarnya masalah ruam anak saya yang tak surut-surut. Doktor cakap ruam panas biasa je, tapi anak pula sentiasa duduk berkipas dan jika hari sangat panas, saya akan buka aircond di rumah. Doktor sarankan untuk sapukan minyak baby untuk kurangkan ruam. Selama 3 hari saya sapu minyak baby, keadaan masih sama. Kebetulan masa tu anak batuk, dan saya terus membawa anak berjumpa doktor. Saya ambil kesempatan untuk bertanyakan keadaan anak sekali lagi, tapi doktor mengatakan itu hanya ruam susu yang tak dibersihkan. Doktor cuma nasihatkan untuk sentiasa bersihkan muka anak selepas menyusu. Tapi jauh disudut hati saya, ini bukan ruam susu.. kerana tak kan susu sampai ke bawah mata kan. Saya tak salahkan doktor kerana salah diagnos, sebab saya tahu penyakit kulit adalah salah satu penyakit yang agak sukar untuk di diagnos..

Krim Pelembap
Seminggu selepas berjumpa doktor ke 2, keadaan kulit anak semakin teruk dan anak pula start menggaru. Saya membawa anak berjumpa doktor di klinik swasta.. memang sah anak terkena eczema. Doktor memberi saya syrup piriton, dan krim pelembap Ezerra Plus, tetapi malangnya tiada perubahan kepada anak saya ( tetapi mungkin berkesan untuk anak orang lain).Selepas dari itu, saya belajar untuk mengetahui eczema dengan lebih dekat. Saya follow group-group eczema di Facebook, tetapi saya hanya mengambil ilmu-ilmu yang bagi saya ada logik sains dan ada penerangan spesifik sahaja. Dari situlah saya mengetahui produk Remdii Sensitive hasil kajian seorang prof dari UPM iaitu Prof  Dr Oi Ming Lai. Tetapi prof mengatakan ada kemungkinan juga anak tidak serasi dengan Remedii Sensitif walaupun dengan cara penggunaan yang betul. So, saya cuba beli tiub kecil terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan krim pelembap Remdii ni. Alhamdulillah, anak serasi dengan krim Remdii. Pada hari ke 3 penggunaan Remdii Sensitive, eczema anak makin berkurangan. Habis sahaja tiub Remdii 50ml, saya terus order yang 250 ml punya dengan harga RM 150. Harga untuk 50 ml adalah Rm 50. Selepas dari itu, ruam eczema anak terkawal cuma gatal-gatal eczema tu belum hilang sepenuhnya. Anak masih juga menggaru.

Sabun Mandian
Saya cuba untuk menukar sabun mandian anak kepada Cetaphil Baby, tetapi masih sama. Selepas habis sebotol sabun mandian Cetaphil Baby, saya cuba menggunakan sabun mandian Cetapil Restoraderm, alhamdulillah..gatal berkurangan.

Pemakanan
Dari segi pemakanan, dari pemerhatian saya..anak akan gatal-gatal jika saya makan seafood terutamanya sotong. Anak juga akan mengalami gatal jika saya memakan telur, tetapi jika saya makan makanan yang mengandungi telur seperti kek, atau roti..anak ok pula.

Susu Fomula
Susu formula pula ( anak tidak fully breastfeed ), anak ok dengan susu Lactogen.

Kebersihan
Saya akan menukar cadar setiap seminggu. Jika dimurahkan rezeki, kemungkinan saya akan membeli mesin penyedut habuk. Rumah sehari 2 x disapu iaitu pagi dan petanng. Lantai akan dimop setiap hari. Setakat ni, encuci baju bayi saya gunakan sabun cucian biasa sahaja.

Elak menggaru sehingga luka
Kuku bayi akan saya potong setiap 2 hari untuk elakkan bayi menggaru sehingga luka. Jika bayi ingin menggaru, saya akan bantu bayi menggaru dengan perlahan untuk menghilangkan kegatalan. Bayi memakai sarung tanggan sehingga 5 bulan ( waktu tidur sahaja untuk elak dia menggaru hingga luka semasa tidur ). Sarung tangan saya akan buka pada siang hari.

Suhu
Saya elak untuk membawa anak ke kawasan yang agak panas. Di rumah, saya hanya menggunakan kipas dan hanya akan menggunakan aircond jika cuaca panas sahaja. Saya juga akan sentiasa memeriksa belakang badan bayi untuk elak berpeluh.
7







No comments:

Post a Comment