Kenapa Aku Tak Menjadi Dropship?

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni masa tunggu bas nak balik rumah, seorang kakak ni duduk dekat dengan aku. Aku pun senyum je la. Tetiba dia ajak borak and tanya " Adik, ada jual apa-apa product tak?" Aku pun " Hah? Tak de kak. Kenapa akk tanya?" Dia jawab " Tak de la dik, adik kan nurse, kalau jual product mesti laku. Mesti ramai orang beli, sebab orang percaya" Aku pun macam malas nak jawab kan..Aku jawab je la, tak reti la kak..kebetulan bas rapid sampai, minta diri terus naik..nasib baik la akk tu tak naik sama.. :D
Ok, biar aku jawab kat sini..kenapa aku tak nak jadi dropship buat masa sekarang.

1- AKU ADA INTEGRITI
Walaupun aku just NURSE je, aku tak akan pergunakan jawatan aku ni untuk mengambil kesempatan keatas orang lain. Bagi aku, aku nak orang nampak tugas nurse membantu orang sakit. Bukan nurse menjual barang. Titik! Aku tak nak orang cakap " nurse sekian-sekian pun guna product ni" Aku tak suka..

2- Tak suka benda yang was-was
Aku tak akan jual benda yang aku sendiri tak tahu benda tu diperbuat daripada apa. Takut memudaratkan si pengguna. Kalau benda tu aku rasa something wrong, awal-awal lagi aku reject.

3- Tak suka menjual barang yang melanggar prinsip/ kepercayaan aku..
Aku hanya nurse yang ilmunya sangat cetek berbanding doktor-doktor diluar sana. Tapi setakat basik sains tu insya Allah..aku tahu la.. Kalau nak suruh aku menjual korset yang ada ion bagi ko kurus, selimut yang boleh sembuhkan slip disc, air minuman yang banyak oksigen bagus.. product-product kata boleh sembuhkan kanser..aku memang tak akan jual! MEREPEK! Lagi-lagi kalau dah menunggang agama...lagi la. Selagi tak ada research yang membuktikan benda tu bagus, aku tak akan jual. Nak letak testimoni meletup , anak aku 4 tahun tu pun reti.

Aku saja nak cerita, suami aku ni sibuk la nak suruh aku join bisnes yang ramai kawan dia buat. Banyak duit berkepuk-kepuk. Tapi aku senyum je kat suami aku. Sebab aku bukannya gelap mata nampak duit berkepuk-kepuk..Aku sikit pun tak heran.. nak dijadikan cerita, salah seorang member dia ni perli aku gemuk kat fb. Dia salah seorang penjual produk yang dapat duit berkepuk-kepuk tu la. Mentang-mentang dia menjual product pelangsing, suka-suka hati nak perli aku gemuk. OK! Fine. Aku buat research tentang product yang dia jual tu..yang kononnya buat dia langsing kan. Nak tahu apa yang aku jumpa? Product pelangsing tu diambil dari Indonesia. Repacking!Cuma tukar pack dan bahasa sahaja. Itu satu, yang paling mengejutkan product yang dia jual tu TELAH DISENARAIKAN OLEH KKM MEMPUNYAI BAHAN TERLARANG IAITU SIBUTRAMINE! See...
 AKu tak nak jadi penjual macam tu, yang hanya memikirkan duit semata-mata. Sampai sekarang, still juga promote product yang bahaya tu. Dia dah tahu, tapi macam biasa..ala, KKM UJI PRODUCT MEREKA YANG TAK ORI! Alasan basi..ko igt KKM tu bodoh?

Biarlah orang cakap aku makan gaji sampai mati, gaji tu pun rezeki kan. Apa mau bising? Kalau Tuhan tu cakap rezeki ko sekian-sekian.. ko nak buat apa? Bukannya aku cuma goyang kaki dirumah. Kalau tak xde orang makan gaji macam kami ni, tak de orang nak beli product ko tu tau. KAH!

Insya Allah, kalau suatu hari nanti aku teringin nak berniaga.. biarlah product yang tidak bercirikan seperti diatas. Memang dari dulu aku pun berniat nak berniaga, tapi aku keluarkan sendiri.. korang doakan je ye :)

No comments:

Post a Comment