Sekarang ni semua harga barang tengah naik, so kita pun kena la juga berjimat cermat. Jika kau jenis yang tak reti nak tambah income, so cara lain nak save duit kau adalah dengan BERJIMAT.
Ini cara aku la, mungkin cara korang berbeza..
Beli kat farmasi/ Guardian/ Watsons
Sebab : Selalu ada SALE, Selamat, Murah, tahan berbulan-bulan..
Sekarang, kat FB ramai orang jual make up/ skincare keselamatannya diragui. Harga boleh tahan mahal cecah RM 100 juga. Jenama ntah apa-apa..
Tips : Beli di drugstore, kerana lebih selamat.
Beli ketika ada SALE WAREHOUSE.
Cuba tengok 2 gambar kat atas ni, hasilnya hampir sama kan? So, kat situ dah boleh jimat banyak.
2- Barangan dapur
Bagi barangan dapur basah pula, lagi jimat kalau beli kat pasar borong, sebab harga boleh tawar.. berbanding dengan yang dijual di mall.
Kalau sos, kicap, susu anak, pampers semua tu.. kat area rumah aku ni tak de kedai 1Malaysia, yang ada cuma kedai runcit biasa, Speedmart99 dan KKmart. Tp aku lebih suka beli kat Speedmart99 sebab harga memang murah. Contohnya macam susu anak. Lactogen 350g kat Speedmart 99 cuma RM 10.90 berbanding KK Mart harganya RM 11.90, kedai runcit biasa lagi mahal. Kat situ pun dah jimat lagi. :)
Tips : Beli ketika ada SALE
Beli di pasar borong
Boleh muat turun aplikasi jimat seperti Smart Shopper
3- Baju
Bab beli baju baru, aku dan suami lebih suka shopping di Kenanga, tempat borong baju. Selalunya pergi dengan mertua.
Suami jenis yang suka pakaian bundle, seluar jeans dia semua berjenama..tapi beli kat bundle. Sekarang ni, aku pun dah terikut-ikut dia,beli jeket bundle. Kat Kg. Baru ada kedai bundle RM 1, majoriti barangan dia RM 1, tapi kena pandai pilih la. Ada juga yang harga RM 5, RM 10.. hari tu suami beli jeket kalis air cuma RM 10. Kalau kat tempat lain, comfirm dah beratus. Apa yang penting baju bundle ni, ko kena cuci betul-betul. Cuci dengan air panas. Tapi baju anak-anak aku tak akan beli dari bundle.. semua beli baru. Biar la beli yang RM 10 je, yang penting baru.
Tips : Beli ketika SALE
Beli di kedai borong seperti Kenanga, Plaza GM bagi area KL
Beli baju bundle kalau cuma pakai sekejap je seperti jeket, baju hujan, baju Makan Malam Tema pun boleh beli kat sini yang penting cuci bersih terlebih dahulu. Kena pandai pilih.
4- Mainan anak
Jenis aku, memang suka belikan anak-anak aku mainan lagi-lagi education toy. Biar otak dorang berkembang. Satu tempat yang aku selalu pergi untuk beli mainan ni kat MR DIY. Murah weh, berbanding tempat lain. Ok, macam anak aku suka LEGO, tapi LEGO mahal kot. yang kecik tu je pun dah berapa puluh. So, aku pergi MR DIY beli yang jenama SLUBAN, sama je..cuma jenama je lain, harga pun baru berapa belas ringgit je.. PLaydoh pun macam tu, PLAYDOH mahal tau, apa kata ko pergi MR DIY kat sana pun ada doh toy set yang jauh lebih murah.. berbaloi-baloi. :)
Tips : Beli mainan yang seakan-akan sama, tapi harga jauh lebih murah.
Beli ketika SALE.
5- Bercuti
Walaupun hidup berjimat, kami sekeluarga still juga bercuti..cuma bercuti dalam negara je la. Sebagai penjawat awam, ada satu kemudahan yang disediakan untuk kami iaitu Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah yang korang boleh sewa untuk bercuti.. murah berbanding duduk dihotel kan. Alhamdullillah..
Setakat ni aku dah pergi RPP Morib, RPP Port Dickson, dan RPP Pulau Pinang. Insya Allah, yang lain-lain dalam perancangan nak pergi.
Baca disini post bercuti di RPP Pulau Pinang , Morib
Baca disini post bercuti di RPP Pulau Pinang , Morib
Tips : Bercuti pada hari weekdays
Booking awal
5- Kenderaan/ Pengangkutan
Disebabkan aku tak de lesen lagi, so pergi balik kerja kena naik pengankutan awam. Keluar rumah kena awal. Mesti ramai orang cakap buang masa je kan.. ok, walaupun nampak macam membuang masa tapi bagi aku tak. Sebab masa tu la adalah masa rehat aku sebenarnya. Dalam bas or tren, aku memang suka baca buku, kalau kat rumah tak dapat nak baca buku sangat sebab anak-anak ada je benda dorg nak kacau. Pergi tempat kerja aku, kena lalu jalan Ampang, sentiasa jem. Nak cepat kena naik AKLEH, tol lagi, minyak kereta, parking semua kena bayar. Aku naik public transport jimat banyak, tak perlu fikir pasal minyak, tol, roadtax, repair kereta kalau rosak.. cukup la sekadar suami je yang ada kereta. Dia pun pergi kerja naik motor, so kalau aku syif pagi dia boleh hantar sekali tapi balik kerja pukul 2 ptg tu kena naik public transport la.. Total sehari untuk tambang sehala ke tempat kerja aku adalah RM RM 4.40 je.. ( aku tak kira pergi balik sebab kalau kerja petang suami akan jemput, kerja syif pagi suami akan hantar ke tempat kerja )
Kalau aku nak cepat kemana-mana dan suami tak dapat nak hantar, so aku akan guna UBER/ Grab car.. jimat. Naik Grab Car dari rumah ke tempat kerja aku adalah cuma RM 15.00 ( pukul 12.30 tgh hari ) manakala naik teksi RM 23- RM 25.00.. selalu Grab Car ada promosi, boleh kumpul point lagi. Best kan :D
6- Beriadah bersama anak-anak
Pergi jalan-jalan bersama anak selalunya kami pergi tempat yang percuma je. Janji anak aku happy. Tempat yang aku selalu pergi, KLCC..kalau korang nak tahu belakang KLCC tu ada kolam untuk budak-budak mandi.. aku pun lepas je la anak aku dalam kolam tu, tak dalam pun. Dorang happy sangat main air. Dah puas main air, aku letak pula dorg kat playground area kolam tu juga.. happy sungguh dorg. Bawa makanan dan air dari rumah, tapi kalau dorg nak makan something aku tak berkira..aku tetap akan belikan juga.

Dengan cara tu je aku berjimat sebenarnya, bukannya kedekut tau.. itu cara aku, mungkin cara kau berbeza.. ikut kesesuaian masing-masing la kan. Kerana aku sedar, AKU BUKAN ORANG KAYA :)

No comments:
Post a Comment