Memandangkan tinggal 10 hari lagi Irsyad nak masuk 6 bulan, saya dah try bagi dia pisang lenyek. Muka dia excited gila bila dapat makan pisang lenyek tu. Tapi, bila dia poo poo, keras la pula.. ingatkan makan pisang poo dia boleh jadi lembut. Kesian dia, meneran sampai merah muka.. padahal masa bagi tu tak sampai pun dua sudu. Keesokkan harinya saya bagi dia puree epal, buat betul-betul cair.. alhamdulillah.. poo dia pun lembut je.
Sebenarnya saya yang excited lebih bila nak start bagi Irsyad makan. Study balik makanan apa yang sesuai and yang tak sesuai untuk anak.. join group My Baby Homemade Solid Food kat facebook. Saya terus beli blender combine steamer untuk blend makanan Irsyad, lepas tu beli slow cooker untuk masak bubur nasi,. haha, excited gila kan. Macam-macam lagi barang nak beli untuk start bagi dia makan sebenarnya..
Bagi momies yang nak tahu lebih lanjut tentang pemakanan anak, momies boleh download buku ni.. memang banyak sangat panduan yang momies boleh baca... dalam dwi bahasa.. BI dan BM.. so tak payah pening-pening lalat nak translete bagai. :)
Buku ni memang sangat bagus.. sebab apa, dia tak merepek macam sesetengah buku... dan apa yang aku belajar semasa study nursing dulu,, memang sebiji sejibon macam dalam buku tu.. so aku tak was-was nak ikut segala panduan dalam buku tu. Korang boleh juga beli buku ni di Nutritionist
No comments:
Post a Comment