Jalan-jalan Ke Expo NegaraKu 2017

Assalamualaikum w.b.t
Dah lama tak bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Hujung minggu je terperuk kat rumah, sebab saya bukannya reti bawa kereta, lesen pun tak ada. Tapi tak apa, public transport kan ada.. GrabCar Uber pun ada, semua di hujung jari je.
Bosan duduk rumah, buka facebook and search tempat-tempat yang best area Kuala Lumpur ni. Keluar pula Facebook Siakap Keli tentang Expo NegaraKu kat Dataran Merdeka. Wah! ini sudah cukup bagus, masuk percuma pula tu. Ok, siapkan anak-anak.. booking GrabCar terus keluar dari rumah.
Excited tengok orang ramai-ramai kat sana. Kat luar kawasan expo, berderet booth orang menjual makanan. Rasa nak beli je semua. Kebetulan anak-anak lapar masa tu, so sebelum masuk makan dulu.
Expo ni, dia terbahagi kepada 5 kubah. Kalau ramai sangat orang, untuk memasuki kubah pertama dan ke 5, kita kena berbaris sekejap. Jangan risau, walau cuaca kat luar panas sangat sampai boleh buat ko rentung tapi kita berbaris bawah tempat tertutup siap ada kipas yang keluarkan renjis-renjis air tu lagi...sejuk je. Kat dalam kubah lagi sejuk, so sesiapa yang bawa anak-anak kecil tu boleh la sediakan sweater ke, tak pun pakaikan diorang lengan and seluar panjang.
Expo ni sesuai untuk seisi keluarga. Serius, lepas pergi ke expo ni...baru tahu rupanya negara kita ni banyak tempat-tempat pembangunan yang saya langsung tak tahu sebelum ni. Bangga siot... lagi bertambah pula perasaan cintakan negara ni :P
Ok lah, malas nak tulis panjang-panjang. Penat jari menaip. Tengok gambar je la ye :)

Tayangan singkat di kubah pertama. 


Macam dalam LRT tapi LRT tu tak bergerak pun. Belakang tu screen, so nampak macam bergerak la.

Naik LRT sampai Terengganu :D
















Bagi pendapat saya, Expo macam ni kena buat setiap tahun. Biar semua orang tahu, negara kita ni banyak je tempat membangun, projek mega sana sini. So, dengan ini saya bagi 4.5/5  bintang...*clap..clap..clap...

Jalan-jalan ke Pusat Sains Negara

Assalamualaikum w.b.t
Semenjak menjadi ibu kepada dua orang anak ni, saya seperti mengalami sindrom " takut anak-anak membesar dengan cepat"... sehinggakan kalau boleh nak habiskan masa dengan anak-anak je, takut bila mereka dah besar, saya dah tak merasa lagi saat-saat macam tu bersama mereka. T.T
So, lepas balik kerja syif malam Isnin lepas, balik rumah terus siap-siapkan anak untuk keluar berjalan-jalan. Kali ni kami ke Pusat Sains Negara ( PSN ) pula. Memandangkan hendak ke PSN dari rumah saya agak jauh, jadi saya bercadang untuk menggunakan Grab Car sahaja. Padahal kalau naik public transport cuma RM 6.90 je, tapi memandangkan jauh dan membawa anak-anak yang masih kecil, maka GrabCar adalah pilihan terbaik.
Kalau korang nak tahu, PSN akan dibuka percuma sehingga hujung tahun ni. Tetapi kalau berbayar pun, murah je sebab sebelum ni tiket dewasa RM 6 dan kanak-kanak RM 3 ( sebelum PSN di renovation ).
Pusat Sains Negara ni bukan je tempat untuk pameran sains, tetapi banyak lagi aktiviti-aktiviti yang kita boleh buat disana. Di pintu gerbang sebelum masuk ke kawasan PSN, kita akan nampak Taman Pra-sejarah. Kat situ dorang letak patung dinasour besar. Selain tu, kat PSN juga ada Water Plaza, kat tempat ni korang boleh bawa anak-anak mandi. Ada Nature Secret Lab, Herbal Garden.. banyak lagi. Tapi kami tak sempat nak explore habis sebab tak cukup masa, ye la datang pun dengan public transport, takut hari nak gelap baru sampai rumah. Insya Allah, lain hari kami datang lagi dengan encik suami pula, so tak de la rushing kejar masa.


Pusat Sains Negara
Waktu Operasi
Sabtu - Khamis ( Jumaat tutup )
Masa: 9.00 pagi - 5 petang

Taman Prasejarah
Berdekatan dengan pintu gerbang Pusat Sains Negara.



Di area pintu masuk bersebelahan dengan kaunter pertanyaan, ada sebuah akuarium ala-ala akuarium di Aquaria KLCC, tapi pendek je la, tak macam kat Aquaria Klcc tu. Ada banyak ikan air tawar, besar-besar juga la..macam ikan patin.







Area pameran sains untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.





Yang ni di area pameran berkaitan dengan ray. Excited abg irsyad dengan radio. Piring antena tu kena pusing kalau nak dapatkan siaran radio.



Ada kolam untuk budak-budak mandi.
So, bawa baju mandi siap-siap dari rumah.

Bagi saya memang best bawa anak-anak pergi ke tempat ni. Selain tambah ilmu, ada juga tempat riadah untuk keluarga. Insya Allah, ada masa kami datang lagi.

Tips Memilih Mainan Untuk Anak


Assalamualaikum w.b.t.
Zaman kini ramai anak-anak diberi kebebasan oleh ibu bapa menggunakan tablet/smartphone tanpa had sehinggakan anak-anak ketagih menggunakan kedua-dua barang tersebut untuk bermain game atau menonton video kegemaran mereka. Keadaan ini amat membimbangkan, kerana ia berkemungkinan mengganggu perkembangan anak-anak kita dari segi sosial dan perkembangan motor-motor mereka. Alangkah baik jika mereka diberikan "real game" untuk membantu mereka berkembang. Berikan mereka mainan yang boleh memberi mereka pembelajaran ( educational toys ). Maka hari ini saya ingin berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa memilih bagaimanakah memilih mainan untuk anak mereka.

1- Selamat

  • Tidak mudah tertelan
    • Bagi anak yang berusia 3 tahun ke bawah, mereka masih belum boleh berfikir bahawa memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka adalah sesuatu perbuatan yang membahayakan. Maka ibu bapa seharusnya bijak memilih mainan yang mempunyai saiz yang selamat untuk anak.
  • Tidak mempunyai tali yang munkin boleh menjerut leher anak
  • Tiada benda tajam
  • Tiada bahagian mainan yang mudah tercabut kerana dikhuatiri tertelan
    • Mainan seperti patung kebanyakkannya mempunyai bahagian-bahagian yang mudah tercabut terutamanya patung yang diperbuat daripada kain. Contohnya bahagian mata anak patung, butang baju kerana bahagia-bahagian mudah tercabut dan boleh menyebabkan anak tertelan lalu tercekik.
  • Hanya menggunakan bateri dan tidak menggunakan alus elektrik
    • Pastikan alatan mainan anak tidak menggunakan arus elektrik, kerana bahaya jika kita terlepas pandang,kemungkinan anak-anak akan cuba memasang mainan tersebut sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa. renjatan elektrik mungkin boleh berlaku.
  • Tidak mudah pecah
    • Anak-anak yang masih kecil suka mencampak barang di merata-rata tempat, maka penting bagi ibu bapa untuk membeli mainan yang agak keras dan tidak mudah pecah.

2- Mudah Dibersihkan

  • Anak-anak kecil suka memasukkan mainan mereka ke dalam mulut, maka ibu bapa seharusnya selalu membersihkan permainan anak dengan air supaya jangkitan tidak berlaku.

3- Mengikut Usia Mereka

  • Semasa membeli permainan, ibu bapa seharusnya tahu memilih mainan yang sesuai seiring usia anak mereka. Bayangkan jika usia anak baru mencecah setahun, tetapi ibu bapa sudah membelikan anaknya mainan seperti puzzle, tidak sesuai bukan.
  • Permainan yang sesuai mengikut umur anak-anak adalah lebih baik kerana ia akan meransang pemikiran anak-anak dan motor-motor mereka.

4- Menarik

  • Anak-anak semestinya suka melihat benda-benda yang berwarna-warni. Belilah mainan yang menarik perhatian mereka seperti mengeluarkan bunyi atau boleh bergerak-gerak, jangan pula dibelikan mainan berupa hantu holloween pula ya. Jadi takut pula mereka.
Semoga tip-tips diatas boleh membantu ibu bapa dalam memilih mainan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sekian.