Jalan-jalan ke Pusat Sains Negara

Assalamualaikum w.b.t
Semenjak menjadi ibu kepada dua orang anak ni, saya seperti mengalami sindrom " takut anak-anak membesar dengan cepat"... sehinggakan kalau boleh nak habiskan masa dengan anak-anak je, takut bila mereka dah besar, saya dah tak merasa lagi saat-saat macam tu bersama mereka. T.T
So, lepas balik kerja syif malam Isnin lepas, balik rumah terus siap-siapkan anak untuk keluar berjalan-jalan. Kali ni kami ke Pusat Sains Negara ( PSN ) pula. Memandangkan hendak ke PSN dari rumah saya agak jauh, jadi saya bercadang untuk menggunakan Grab Car sahaja. Padahal kalau naik public transport cuma RM 6.90 je, tapi memandangkan jauh dan membawa anak-anak yang masih kecil, maka GrabCar adalah pilihan terbaik.
Kalau korang nak tahu, PSN akan dibuka percuma sehingga hujung tahun ni. Tetapi kalau berbayar pun, murah je sebab sebelum ni tiket dewasa RM 6 dan kanak-kanak RM 3 ( sebelum PSN di renovation ).
Pusat Sains Negara ni bukan je tempat untuk pameran sains, tetapi banyak lagi aktiviti-aktiviti yang kita boleh buat disana. Di pintu gerbang sebelum masuk ke kawasan PSN, kita akan nampak Taman Pra-sejarah. Kat situ dorang letak patung dinasour besar. Selain tu, kat PSN juga ada Water Plaza, kat tempat ni korang boleh bawa anak-anak mandi. Ada Nature Secret Lab, Herbal Garden.. banyak lagi. Tapi kami tak sempat nak explore habis sebab tak cukup masa, ye la datang pun dengan public transport, takut hari nak gelap baru sampai rumah. Insya Allah, lain hari kami datang lagi dengan encik suami pula, so tak de la rushing kejar masa.


Pusat Sains Negara
Waktu Operasi
Sabtu - Khamis ( Jumaat tutup )
Masa: 9.00 pagi - 5 petang

Taman Prasejarah
Berdekatan dengan pintu gerbang Pusat Sains Negara.



Di area pintu masuk bersebelahan dengan kaunter pertanyaan, ada sebuah akuarium ala-ala akuarium di Aquaria KLCC, tapi pendek je la, tak macam kat Aquaria Klcc tu. Ada banyak ikan air tawar, besar-besar juga la..macam ikan patin.







Area pameran sains untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.





Yang ni di area pameran berkaitan dengan ray. Excited abg irsyad dengan radio. Piring antena tu kena pusing kalau nak dapatkan siaran radio.



Ada kolam untuk budak-budak mandi.
So, bawa baju mandi siap-siap dari rumah.

Bagi saya memang best bawa anak-anak pergi ke tempat ni. Selain tambah ilmu, ada juga tempat riadah untuk keluarga. Insya Allah, ada masa kami datang lagi.

Tips Memilih Mainan Untuk Anak


Assalamualaikum w.b.t.
Zaman kini ramai anak-anak diberi kebebasan oleh ibu bapa menggunakan tablet/smartphone tanpa had sehinggakan anak-anak ketagih menggunakan kedua-dua barang tersebut untuk bermain game atau menonton video kegemaran mereka. Keadaan ini amat membimbangkan, kerana ia berkemungkinan mengganggu perkembangan anak-anak kita dari segi sosial dan perkembangan motor-motor mereka. Alangkah baik jika mereka diberikan "real game" untuk membantu mereka berkembang. Berikan mereka mainan yang boleh memberi mereka pembelajaran ( educational toys ). Maka hari ini saya ingin berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa memilih bagaimanakah memilih mainan untuk anak mereka.

1- Selamat

  • Tidak mudah tertelan
    • Bagi anak yang berusia 3 tahun ke bawah, mereka masih belum boleh berfikir bahawa memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka adalah sesuatu perbuatan yang membahayakan. Maka ibu bapa seharusnya bijak memilih mainan yang mempunyai saiz yang selamat untuk anak.
  • Tidak mempunyai tali yang munkin boleh menjerut leher anak
  • Tiada benda tajam
  • Tiada bahagian mainan yang mudah tercabut kerana dikhuatiri tertelan
    • Mainan seperti patung kebanyakkannya mempunyai bahagian-bahagian yang mudah tercabut terutamanya patung yang diperbuat daripada kain. Contohnya bahagian mata anak patung, butang baju kerana bahagia-bahagian mudah tercabut dan boleh menyebabkan anak tertelan lalu tercekik.
  • Hanya menggunakan bateri dan tidak menggunakan alus elektrik
    • Pastikan alatan mainan anak tidak menggunakan arus elektrik, kerana bahaya jika kita terlepas pandang,kemungkinan anak-anak akan cuba memasang mainan tersebut sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa. renjatan elektrik mungkin boleh berlaku.
  • Tidak mudah pecah
    • Anak-anak yang masih kecil suka mencampak barang di merata-rata tempat, maka penting bagi ibu bapa untuk membeli mainan yang agak keras dan tidak mudah pecah.

2- Mudah Dibersihkan

  • Anak-anak kecil suka memasukkan mainan mereka ke dalam mulut, maka ibu bapa seharusnya selalu membersihkan permainan anak dengan air supaya jangkitan tidak berlaku.

3- Mengikut Usia Mereka

  • Semasa membeli permainan, ibu bapa seharusnya tahu memilih mainan yang sesuai seiring usia anak mereka. Bayangkan jika usia anak baru mencecah setahun, tetapi ibu bapa sudah membelikan anaknya mainan seperti puzzle, tidak sesuai bukan.
  • Permainan yang sesuai mengikut umur anak-anak adalah lebih baik kerana ia akan meransang pemikiran anak-anak dan motor-motor mereka.

4- Menarik

  • Anak-anak semestinya suka melihat benda-benda yang berwarna-warni. Belilah mainan yang menarik perhatian mereka seperti mengeluarkan bunyi atau boleh bergerak-gerak, jangan pula dibelikan mainan berupa hantu holloween pula ya. Jadi takut pula mereka.
Semoga tip-tips diatas boleh membantu ibu bapa dalam memilih mainan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sekian.




Tip Pergi Berjalan-Jalan Bersama Anak-anak



Assalamualaikum w.b.t..
Kadang-kadang bila terperuk je kat dalam rumah, bosan juga kan. Kasihan anak-anak, nak tengok dunia luar pun susah. Mak bapa asyik keluar balik kerja, bila duduk kat rumah pula asyik menghadap handphone je kerjanya. So, apa kata ambil masa untuk pergi keluar berjalan hujung minggu bersama anak-anak, mesti mereka berasa seronok. Jadi, hari ni saya nak share tips untuk membawa anak keluar berjalan.

1- Rancang
Sebelum keluar, rancang terlebih dahulu kita hendak bawa anak kita ke mana. Ni tak, masuk kereta nak keluar, baru fikir nak berjalan kemana, si ayah nak ke A, si isteri pula nak ke B. Bila dah tak setuju, mula la drama Melayu diorang.Last-last perjalanan dah tak seronok.

  • Destinasi
    • Plan terlebih dahulu nak berjalan ke mana. Jika nak ke kawasan pantai atau waterpark, bawa la baju basahan lebih. Jika ke shopping mall, pakaikan anak baju lengan panjang ( bagi anak-anak yang masih kecil ) sebab kat shopping mall kan sejuk, kasihan kat anak-anak.
    • Elakkan membawa anak-anak ke tempat seperti pantai/ kawasan air terjun pada musim hujan, bahaya.
  • Masa
    • Jika kita hendak pergi ke sesuatu tempat shopping mall contohnya, tak kan pergi pukul 8 pagi. Pintu mall pun belum buka lagi. Nak pergi waterpark, mereka akan buka mengikut masa-masa tertentu. Mungkin kita boleh rujuk di laman web mereka, atau page mereka di Facebook. So, taklah kita terpaksa menunggu lama untuk masuk ke tempat-tempat tersebut, anak-anak pun tak buat perangai kerana bosan menunggu.Betul tak?
  • Kewangan
    • Dah tahu destinasi hendak dituju, dah tahu bila nak pergi, sekarang masanya untuk merancang kewangan pula. Sediakan wang yang mencukupi. Harga tiket, hotel, minyak, duit makan semua tu kena ambil kira. Harus diingati, sediakan juga duit untuk kecemasan ya.

2- Keselamatan

  • Keselamatan adalah aspek paling utama. Kalau boleh, elakkan pergi ke tempat-tempat sesak, jangan sesekali terlepas pandang anak-anak di mana. Jangan biarkan anak-anak bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa. Malang idak berbau.
  • Jika memelukan perjalanan yang jauh, si pemandu tidak mengantuk. Bahaya jika memandu dalam keadaan yang mengantuk, so lebih baik sekiranya malam sebelum keluar berjalan si pemandu masuk tidur awal, atau jika masih mengantuk apa kata berhenti terlebih dahulu di mana-mana RnR, minum sedikit kopi, cuci muka atau tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan.

3- Persediaan

  • Kenderaan
    • Kenderaan berada dalam keadaan baik.
    • Letak car seat untuk anak-anak dalam kereta.
  • Anak
    • Anak diberi makan/minum susu ( bagi bayi ) terlebih dahulu, so mereka tak de la meragam dalam perjalanan nanti.
    • Bawa baju, lampin pakai buang,barang persediaan untuk membuat susu formula ( jika anak minum susu formula )
  • Barang-barang penting
    • Tiket, myKid anak-anak ( amat penting jika ingin menaiki kapal terbang, kerana ada ibu bapa masih berfikiran penerbangan cuma dalam Malaysia sahaja, so tak perlu MyKid anak-anak )
    • Pakaian mencukupi ( jika bercadang untuk bermalam )
    • Ubat-ubatan ( jika perlu )
Rancanglah perjalanan anda, bijak merancang maka perjalanan akan jadi lebih seronok dan bermakna.
Sekian. :)

Berjalan-jalan Tanpa Kenderaaan Sendiri..


Assalamualaikum w.b.t.
Tiada pengangkutan sendiri tidak bermaksud kita terperap je kat dalam rumah, sesekali tengok dunia luar pun best juga.So, hari ni saya nak share tips bagi sesiapa yang bercadang hendak keluar berjalan tetapi tidak mempunyai kenderaan sendiri.

1- Sewa kereta
Ibu bapa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, boleh menyewa kenderaan. Ada banyak laman web yang menyediakan servis kereta sewa, tinggal nak pilih je mengikut jenis kereta yang kita nak dan bajet yang kita ada.
Contoh: Kereta sewa dari laman web Mudah.my


Semasa hendak menyewa kereta, pihak penyewa mungkin memerlukan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan menandatangani dokumen perjanjian menyewa kenderaan mereka. 


2- Pakai perkhidmatan Uber/ GrabCar
Sekarang teknologi semakin maju, nak naik kenderaan awam mungkin leceh bagi sesetengah orang. So, kita boleh menggunakan perkhidmatan Uber/GrabCar. download aplikasi GrabCAr/Uber di GooglePlay dan daftar. Tapi perkhidmatan ini hanya disediakan di kawasan-kawasan yang utama sahaja seperti Lembah Klang dan ibu negeri di setiap negeri di Malaysia. Menggunakan perkhidmatan GrabCar/Uber ini lebih murah berbanding teksi, dan kita tidak perlu menunggu lama kerana dalam aplikasi ini, dia akan menunjukkan berapa minit pemandu akan tiba dan membawa kita ke tempat kita nak tuju. Pemandu GrabCar/Uber ni, mereka akan guna kenderaan mereka sendiri untuk mengambil penumpang. Kalau bertuah, kadang-kadang kereta pemandu yang mengambil kita terdiri daripada kereta-kereta yang agak mahal, so dapat la juga merasa naik kenderaan mahal walaupun kita tak mampu untuk beli untuk diri sendiri :D
Kalau naik Uber/GrabCar, kita boleh pilih sama ada nak bayar cash atau tambang di tolak dari akaun kad kredit/ debit kad kita. Ye la, kadang-kadang kita ni tak ada duit cash..so kita boleh pakai opsyen pemotongan dari kad bank kita. Best bukan?

Gambar ni dari GrabCar Indonesia. Pergh, kalau naik kereta GrabCar macam ni, best giler. tak dapat beli, naik sebagai penumpang pun jadilah yer. Lagi-lagi kalau pemandu dia awek cun-cun, lagi bertambah-tambah bestnya :P
Kredit gambar https://mmc.tirto.id


3- Kenderaan awam
Jika menggunakan kenderaan awam, kita boleh jimat wang lebih banyak tetapi kita terpaksa menunggu lama dan kemungkinan terpaksa mengambil beberapa kali bas/ menukar tren untuk ke tempat yang kita tuju. Untuk menjimatkan masa, kita hendaklah merancang perjalanan kita, jika di Lembah Klang mungkin boleh buka laman web Rapid KL ni untuk memudahkan perjalanan.
Sekarang rapid KL pun dah ada bas double decker, wah! rasa macam kat London pula. Tapi bukan semua tempat ada bas bertingkat macam ni yer.. 


4- Pinjam kereta adik beradik/ saudara/ member
Kalau tak mampu nak sewa kereta, tak nak naik GrabCar/Uber dan tak mahu naik kenderaan awam, kita mungkin boleh pinjam kereta sesiapa yang kita kenal. Tapi harus di ingatkan, dah pandai pinjam pandai-pandailah jaga ye. Ini tak, orang dah bagi kereta dengan minyak yang penuh, kereta bersih, tak de calar balar awak pulangkan dengan minyak tak ada, kereta kotor, calar sana sini.. lepas ni jangan haraplah orang nak bagi kau pinjam lagi. Dah pinjam, apa salahnya hulur sedikit duit ke, atau buah tangan sebab dah pinjamkan kereta dia kan. Orang berbudi, kita berbahasa.

So, pilihan di tangan anda. Pilih mana satu servis yang berkenan di hati anda. Lepas ni, kalau dah agak-agak macam susah je naik ni semua, so bermula dari sekarang bolehlah kumpul duit untuk deposit beli kereta sendiri.

Semoga bermanfaat!




Bagaimana Membuat Post Anda Lebih " Pinnable" ( Pinterest )


Assalamualaikum w.b.t..
Jika anda belum mengetahui apakah itu Pinterest, anda boleh baca disini [[ APA ITU PINTEREST]]. Disana anda boleh mengetahui apakah Pinterest boleh buat untuk kita.

Ok, berbalik kepada tajuk.
Bagaimanakah untuk menarik perhatian orang lain untuk pin post kita di dalam Pinterest.
Baiklah, saya akan share beberapa tip-tip yang saya fikir boleh diguna pakai dalam menarik perhatian orang untuk pin post kita.

1- Gambar "High Quality", dan menarik.
Bagi saya, kualiti gambar paling penting dalam menarik perhatian orang lain untuk pin gambar dalam post kita. Bayangkan jika kita meletakkan gambar yang kabur, dan tidak menarik perhatian seperti gambar tersebut gelap.. maka peratusan orang untuk pin gambar tersebut adalah amat rendah.

2- Gunakan tajuk yang bersesuaian dengan post.
Letak tajuk " Cara memasak Nasi dengan Mudah ", tapi contain post tentang benda lain, so tak sesuai la. Orang nak pin pun tak berselera :P

3- Banyakkan gambar di dalam post.
Lebih banyak gambar dalam post kita, lebih tinggi peratusan untuk orang lain pin gambar dalam post kita.

4- Gambar Menegak
Saya nak tanya tentang gambar di bawah, mana satu gambar yang menarik perhatian anda terlebih dahulu. Sudah semestinya gambar perempuan yang menegak panjang itu bukan. So, anda boleh buat kesimpulan gambar yang menegak lebih menarik perhatian daripada gambar yang melintang, kerana gambar melintang tidak akan mengambil ruang yang banyak berbanding gambar menegak di dalam Pinterest.


Semoga bermanfaat. :D

Apa itu Pinterest!



Assalamualaikum w.b.t..
Okey, hari ni kita bercerita tentang "APA ITU PINTEREST".
Mungkin tak ramai lagi yang tahu tentang pinterest ni kan. Kalau tahu pun, mungkin tak tahu lagi bagaimana menggunakan pinterest melainkan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik dari pinterest kan.
Ok, mari kita berkenalan dengan pinterest secara ringkas.
Founder : Ben Silbermann
Penubuhan Pinterest : Pada tahun 2009
Dilancarkan pada : Tahun Mac 2010
( ringkas giler nih! )

Sekarang, apa yang Pinterest boleh buat untuk kita :)

1) Media Social
Dengan Pinterest, kita boleh berinteraksi atau follow sesama pemengang akaun pinterest yang lain.

Ok, ini profile Pinterest saya yang baru saya cipta. Profile saya menunjukkan saya telah follow 2 pemegang akaun Pinterest yang lain. Kita akan mendapat notifikasi,jika mereka update sesuatu di dalam board Pinterest mereka.


2) Search Engine
Dengan Pinterest, kita boleh mencari idea kita mengikut kategori yang kita mahukan. Ok, seperti contoh, anda mahu mencari idea tentang Photography. Maka, dengan hanya menaip perkataan Photography di ruang Search, ia akan mengeluarkan beribu maklumat atau idea mengenai Photography. Kita boleh "pin", idea yang kita minat dan masukkan ke dalam " board " pinterest kita. Contohnya seperti dibawah. Saya berminat mengetahui tentang tip-tip Photography, setiap idea Photography yang saya jumpa, saya "pin" dan simpan dalam "board Photography" saya.



3) Menaikkan trafik ke dalam blog kita
Jika kita menceritakan sesuatu di dalam blog kita, dan meletakkan gambar yang berkaitan dengan tajuk yang kita hendak sampaikan, maka kita boleh " save pin " gambar tersebut ke dalam board Pinterest kita.
Contoh: Di dalam blog saya, saya telah share Calendar 2018 yang saya cipta sendiri. Dengan meletakkan gambar calendar didalam blog, saya telah "save pin " gambar tersebut ke dalam board Pinterest saya. Jika seseorang di Pinterest mencari Calendar 2018, dan menjumpai gambar yang saya telah "pin " tadi, dan click pada gambar tersebut, maka orang tersebut boleh memilih untuk " visit " blog saya.

Saya " save Pin " gambar dalam blog saya, ke dalam " board Pinterest " saya.


Jika seseorang mencari berkaitan dengan Calender 2018, maka dia boleh menjadikan Pinterest sebagai Serach Engine. Jika dia menjumpai gambar yang saya " save " tadi, gambar seperti dibawah akan keluar.

Jika klik pada button " Visit ", maka secara automatik page pinterest akan membawa kita ke dalam blog kita. Dengan cara itu, ia akan meningkatkan bilangan reader ke dalam blog kita.
Bayangkan jika anda seorang penjual/ peniaga, dan anda juga boleh melakukan perkara yang sama untuk menaikkan jualan anda. Saya dapati, ramai peniaga dari Etsy.com " save pin" gambar barangan yang mereka jual di dalam Pinterest. Rata-rata mereka menyatakan bahawa jumlah barangan yang mereka jual meningkat.
So, saya rasa Pinterest banyak memberi manfaat kepada kita. Sayang kalau kita tidak menggunakan Pinterest sebaiknya.



Hari Jadi Anak Lelaki ( Irsyad )

Assalamualaikum w.b.t..
25 September 2017, genaplah umur anak mama 4 tahun. Masih segar dalam ingatan masa melahirkan dia, rasa macam baru semalam. Sempena ulang tahun kelahiran Irsyad hari ni, mama cuma berharap agar Irsyad menjadi seorang anak yang menghormati orang tua, dan patuh kepada agama, itu je yang mama harapkan. Sekarang Irsyad dah pandai merajuk, bila mama marah sikit dia dah pandai cakap yang mama dah tak sayangkan dia. Siapa yang tak sayang anak, mama marah tu la tanda mama sayangkan Irsyad, sebab mama nak Irsyad jadi anak yang baik-baik. Buat masa sekarang, mama nak Irsyad enjoy masa bermain Irsyad, bila dah masuk sekolah..mama nak Irsyad belajar betul-betul ye sayang. Mama sayang Irsyad sangat-sangat. <3

Irsyad bersama Ayah and adik Irzhan.
Adik Irzhan tak nak kalah, abang Irsyad birthday, dia pun nak birthday juga :D

Kek yang menarik, sedap tapi murah. RM 30 je.. Berbaloi sangat.  

Permintaan, mama tanya nak hadiah apa..dia nak NERF GUN.
Si adik Irzhan pun nak hadiah juga, even bukan birthday dia.

Untung ada orang birthday, dapat mama berehat memasak hari ni. Makan kat luar, yeah!

Bukan mama tak nak buat parti harijadi untuk Irsyad, tapi mama rasa lagi berbaloi kalau simpan duit untuk masa depan Irsyad. Insya Allah, bila Irsyad dah masuk U nanti, ada juga belanja Irsyad kan.. . Mama rasa itu lebih baik :)
Selamat Hari Jadi Sayang.