HADIAH HARI JADI SUAMI

Assalamualaikum w.b.t.

10 Mei adalah tarikh birthday suami. Setiap tahun jugalah saya sakit kepala nak belikan dia hadiah apa. Bayangkan, setahun nak bagi dia 2 hadiah ( untuk birthday dia, dan untuk ulang tahun perkahwinan kami ), sampaikan tak de idea dah nak bagi apa lagi.

Seperti tahun-tahun lepas saya akan google segala contoh hadiah yang nak bagi kat suami, semuanya sama je. Jam, baju, handphone, sport rim kereta, belt yada yada yada... semua tu dah bagi.

Tahun ni niat nak bagi something, tapi kewangan tersekat. Sebab, kad bank hilang.. nak buat kad bank baru, kena ke bank yang berdekatan dan kebetulan pula bank cuti sebab pilihan raya. So, saya tak dapat keluarkan duit untuk beli benda tu. Sedih gila time suami birthday tak dapat nak bagi apa-apa. Nasib baik ada kad bank lain, ada la juga sedikit duit dalam tu. Dengan duit tu la belanja suami tengok wayang and beli kasut kerja sempena hari jadi dia. Ok la, dari tak ada apa-apa nak bagi, even dia memang tak nak apa-apa hadiah dari saya.

Tengah busy pilih kasut.


Antara hadiah yang pernah bagi kat suami; ( Tak de niat nak menunjuk. Niat nak berkongsi idea, kot-kot ada yang tengah cari idea hadiah untuk suami dorang )

  • Baju t-shirt
  • Baju hujan ( sebab dulu dia kerja despatch, selalu kena hujan )
  • Smartphone 
  • Sport Rim
  • Tukar seat kereta sekali dengan video system dalam kereta
  • Seluar jeans Levi's
  • Kasut
  • Wallet + belt
  • Sling Bag kulit dari House of Leather
  • Perfume
  • PC
  • Percutian 
  • Belanja makan King Crab kat The Manhattan Fish Market
  • Makan tengah hari di Flora Cafe, Ampang
Pernah terfikir nak bagi benda ni, tapi tak jadi
  • Kejutan hari jadi ( suami tak suka, may be dia segan )
  • Cincin ( tak tahu saiz jari suami )
  • Jam ( dia dah jam pemberian company dia, and lagipun dia memang kerja kat company jam)
  • Masak special kat rumah and hias meja cantik-cantik ala-ala candle light dinner (Malas sebab pinggan mangkuk kat rumah macam tak sesuai je nak digunakan untuk benda-benda macam tu )
  • Cermin mata ( takut tak sesuai kat muka dia )
Saya belikan semua ni sebab suami pun tak pernah berkira nak bagi saya hadiah atau belikan something sejak dari saya study dulu sampai sekarang. Bayangkan, masa saya study..dia pernah belikan laptop, printer, handphone, set make up dan baju semua tu. Bila tak de duit je, dia akan hulur sikit. So, sekarang bila saya dah bekerja, and dah berkahwin niat saya nak balas balik pengorbanan dia dulu. Terima kasih banyak-banyak kepada suami.

Doa saya sempena hari jadi ni, semoga apa yang suami hajati tercapai. Dia berhajat nak beli kereta Alphard/ Serena/ and kereta-kereta sewaktu dengannya. Hahahaha... saya kata kat suami, sabar-sabar la dulu bang. Kita tinggal kat rumah kedai je, tunggu dapat rumah "atas tanah" dulu ya. :)
Tak tahu, nak nangis ke nak gelak. T.T
Sekian.

ALA LEGO, SMIGGLE, PLAYDOH DAN NERF GUN

Assalamualaikum w.b.t.
Hai korang. Hari ni saya nak bercerita tentang  mainan. Saya ibu kepada 2 anak lelaki. So, kadang-kadang mereka ni, kalau ajak keluar jalan-jalan je..mesti nak itu ini. Saya sebagai ibu yang "mithali", memang tak akan layan permintaan merepek mereka ni. Tapi, saya tak de la sekejam tu, kadang-kadang layan juga, tapi kena bijak la. Kalau ibu bapa perasan,siapa yang ada anak lelaki tu..mesti kenal Lego kan, nampak Lego je nak beli..merengek..menangis...minta belikan. So, untuk pengetahuan ibu bapa, ada satu jenama lagi yang seakan-akan Lego, tapi jauh lebih murah. Saya dah bandingkan dari segi kualiti, bagi saya hampir 99.9% menyerupai Lego. Jenama yang saya maksudkan adalah SLUBAN. Murah je, bawah RM 10 ada tau. Bagi ibu bapa yang tak berapa mampu/ nak berjimat macam saya, saya rekemen jenama SLUBAN ni. Korang boleh dapat di kedai MR.D.I.Y... murah dan berbaloi-baloi. Cuma SLUBAN tak banyak pilihan macam Lego.








 Kalau beli jenama Lego, mana dapat harga macam ni.


Kalau anak perempuan pula mesti suka PlayDoh kan. So, apa kata beli je Doh jenama PEIPEILE. Tapi doh dia macam keras sikit dari jenama PLAYDOH la kan, ala...anak-anak tak kisah punya. Diorang asal dapat main pun dah cukup seronok.





Ada lagi satu, hari tu saya beli senapang ala-ala jenama NERF. Tapi harga NERF gun paling murah RM 70++ jenis yang besar tu, tu pun beli masa ada sale. Kat MR DIY, saya jumpa senapang ala NERF cuma RM 43 je. Bagi saya berbaloi la kan. Ala, untuk melepaskan keinginan anak-anak je. Even bukan NERF pun, saya cakap je NERF..Tipu sunat. Nak beli yang real, saya tak mampu nak :(

RM 43. Guna bateri saiz AA 4 biji.

Yang paling best, masa jalan-jalan kat MR DIY, tetiba ternampak barang-barang ala-ala macam Smiggle punya barang. Cantik, and murah. Ada seorang budak tu bagitahu mak dia " Mak, tengok tu Smiggle la." Saya senyum je. Kalau la saya ada anak perempuan, dah lama rembat sebiji ni. Budak-budak bukannya kisah sangat pun kan. Asal cantik pun dah ok.






Tak tahu la jenama apa. Puas google, x jumpa jenama bag ala-ala smiggle ni.


Ok la, entry ni bukan nak promote MR DIY ke apa ye. Saja nak kongsi tips berjimat dengan ibu bapa kat luar sana. Bukan bermaksud saya nak manjakan anak-anak dengan mainan semua.. saya masih tahu batas-batas nak layan keinginan anak-anak. Harap pembaca semua faham :)

PANORAMA POOL VILLA ( Sea View ) Lexis Hibiscus


Assalamualaikum w.b.t.
Sempena menyambut kelahiran yang ke 30 hari tu, encik suami berbaik hati nak bawa jalan-jalan ambil angin tempat yang dekat-dekat je. Plan nak pergi Avillion Sepang, tapi last-last minit tukar plan. So, ke Port Dickson la kami.

Suami suruh booking hotel kat Lexis Hibiscus. Ermmm..aku apa lagi... sementara ada orang nak belanja kan, terus booking packing baju and terus pergi. Sebab dah lama sangat tak bercuti, rehatkan diri dari bekerja sepanjang masa.

Bila sampai je tempat check in hotel, perghhh....layanan dorang memang tip top! Siap offer tolong angkat beg bagai. Tapi tak payah pun, ktorg menginap bukannya lama.. bawa pakaian tak banyak, so beg boleh bawa sendiri, ringan je. Dorang siap buat persembahan " Selamat Datang " lagi. Terpegun tegok, ye la... aku ni orang kampung..masuk hotel pun yang biasa-biasa je, tak de nye diorang nak buat persembahan macam tu. And, bila diorang nampak kita bawa budak-budak, siap offer bagi lolipop tau. Anak aku siap mencari lagi akak yang bawa bakul lolipop tu..sebab nak lolipop lagi.😃😃

Rupanya untuk bilik Panorama Pool Villa ( Sea View ), tempat check in dia kat tempat lain. Tempat check in dia kat LightHouse. So, buggy car akan bawa kita ke LightHouse. Jauh juga dari main building. Kalau jalan kaki, berpeluh la juga ketiak. Masa check in kat LightHouse tu, diorang akan minta deposit RM 300, akan dipulangkan semula masa kita check out nanti.


Memandangkan bilik ktorg jauh dari main building, tapi servis buggy car sentiasa ada. Paling lama tunggu pun 10 minit, tapi selalunya bila ktorg keluar bilik je, terus ada buggy car. So tak de masalah la.

Bagi saya, berbaloi sangat nak laburkan sedikit duit untuk menginap disini, sebab apa.. banyak aktiviti yang boleh korang buat kat sini.. tak macam hotel lain...bila malam je, sunyi...tak de aktiviti. Duduk la terperap dalam bilik, tapi tak bagi Lexis Hibiscus.. macam-macam aktiviti korang boleh cuba kat sini.. macam ktorg hari tu, malam ada persembahan "worrior api".. best!


Korang boleh check kat sini, antara aktiviti yang diorang buat.. macam kiorang tak sempat sebab si abang demam la pula.. so, duduk la dalam bilik tengok tv. ☹

First time budak-budak ni naik buggy car, masing-masing nak duduk sendiri.





Rasa nak mancing jer :D

Malam baru sempat jenjalan ke Hibiscus Walk. Semua kedai dah tutup


Terpegun anak-anak tengok orang ni main api.



So, sebab tempat ni best sangat... aku bagi 5🌟🌟🌟🌟🌟, memang terbaik!
Pekerjanya yang ramah, tempat yang bersih..fasiliti yang lengkap..👍
So, korang apa lagi... bawa la keluarga datang sini, comfirm puas hati. :D