Kad Jemputan Majlis Akikah Dan Kesyukuran Simple

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni bosan tak de nak buat apa. So duduk lagi depan pc create la apa-apa pun. Inilah hasilnya.. Kad Jemputan Majlis Akikah & Kesyukuran. Buat simple je. Malas nak buat macam-macam, nampak serabut. Buat pun pakai publisher jer, x pakai photoshop pun. Kalau korang nak, boleh download. Boleh edit detail dalam kad tu..

Share jika bermanfaat.

Label Botol Mineral

Assalamualaikum w.b.t..
Hari tu masa pergi kenduri kahwin siapa ntah, dah lama so dah tak ingat, dia bagi goodies bag yang penuh dengan jajan and sebotol air. Tengok label botol air dia sangat comel. So aku pun teringin la gak nak buat label botol air sendiri. Jadi, ini la hasilnya. Siapa nak boleh ambil, free jer tau... boleh edit nama sendiri. Buka guna Acrobat Reader or Nitro Pro 9.

Share jika bermanfaat.
Download link Label Botol Mineral
Jenis file : .PDF

Kalendar Bulan Jun Yang Comel

Assalamualaikum w.b.t..

Boleh dapatkan di sini Kalendar Bulan Jun 2017
Size A4
Share Jika Bermanfaat :)

Planner Menu Seminggu

Assalamualaikum w.b.t..

Setiap hari jenuh aku nak fikir nak masak apa untuk hari tu. Setiap kali masak, mula la kepala serabut. Itu baru sekali masak, bayangkan sehari kita nak masak 5x, so aku kena fikir 5x la. Tu sehari, kalau seminggu? Sebulan? Setahun?? Mati la nak...hahaha

Ok, hari ni aku nak share la kononnya, printable planner menu untuk seminggu. Memudahkan korang nak rancang menu apa korang nak masak. Lepas dah rancang, baru boleh fikir nak beli bahan-bahannya. Ni tak, masa tu la nak fikir nak masak apa, lepas tu pula nak kena fikir nak beli bahan-bahan. Ke tak buang masa namanya tu.

Dengan planner ni, tanya suami siap-siap..nak makan apa minggu tu. Tulis dalam planner, so tak la lupa. Bila dah print, boleh simpan. Mana tahu nak repeat menu untuk masa akan datang kan..

Dulu masa kecik-kecik duduk dengan mak kat kampung, tak payah pun fikir benda ni semua. Bila dah ada family sendiri baru tahu penat lelah mak dulu. Kesian mak. Yang kita ni pula, tahu nak makan je. Kejam sungguh rasa. Mak kita kat kampung, tak payah la nak planner-planner bagai, apa sayur depan rumah tu ambik je, tak payah la nak fikir apa-apa lagi. Senang! Masa makan, sedap je. Kita pun membesar bagaikan juara. Hebatnya mak kita kan.

Ok lah, membebel panjang pula. So, korang boleh download planner ni kat link kat bawah tu.
Download link Planner Menu Seminggu
Share Jika Bermanfaat :)

LABEL REMPAH RATUS


Assalamualaikum w.b.t..
Memandangkan hari ni hari minggu, semangat untuk mengemas rumah tu berkobar-kobar pula. Habis dapur tu aku kemas, lap sana sini. Tetiba terpandang sudut rak rempah ratus yang aku dah susun, and cakap dalam hati " hari tu, laki aku dah tak kenal mana satu aji and garam halus " and tetiba pula datang idea nak buat label. So, ini la hasilnya.. korang boleh download and print. Lepas ni, bila suruh suami masuk dapur, tak la dia pening cari rempah ratus.


DOWNLOAD  DISINI
SHARE JIKA BERMANFAAT! :)



Hadiah Birthday Untuk Suami

Assalamualaikum w.b.t..
10 May 2017 hari tu birthday suami, aku tak prepare hadiah pun sebab dah pening nak belikan hadiah apa. Dah macam-macam hadiah dah belikan untuk dia, so tahun ni bila tanya nak apa, jawapan macam biasa...x nak apa-apa. Ok fine!
Ingatkan nak belikan dia Ipad, tapi macam dia tak guna jer..dah alang-alang, terus je belikan iphone 7 plus, padan muka. Aku pun tak pening-pening nk belikan dia apa dah.. .



Kenapa belikan dia Iphone? Tahun 2014, pernah hadiahkan dia Samsung Note 3.. memandangkan dia nak bawa Grab Car and perlukan 2 handphone, so aku pun belikanlah handphone ni sebab member-member cakap Iphone tak lag..ntah la.
Mesti korang spektikal kan, suami susah-susah bawa Grab Car, tapi isteri bermewah-mewah beli Iphone. Ok, untuk pengetahuan korang, kalau aku beli barang tak pernah minta duit suami..aku guna duit sendiri yer. Hasil dari lebihan duit gaji... Keputusan suami nak bawa Grab Car bukan sebab gaji dia tak cukup, tapi nak cari duit lebih, padahal kitaorg dah bayar itu ini pn kitaorg still mampu buat sedikit simpanan setiap bulan setelah gaji di tolak semua perbelanjaan rumah, bil-bil dan kelengkapan anak-anak. :)
Sempena hari kelahiran suami ni, aku harapkan semoga dia sentiasa happy, panjang umur..murah rezeki.. semoga sentiasa di dalam lindungan serta rahmat Allah s.w.t. aminnn..

Hangging Ribbon Untuk Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t..
Sesiapa yang berminat untuk nak buat majlis hari guru, so bolehlah download hangging ribbon ni bagi menceriakan hari guru korang.



Hangging Ribbon Untuk Hari Guru
Jenis file untuk download : .rar ( extract terlebih dahulu )
DOWNLOAD LINK : HANGGING RIBBON
SHARE JIKA BERMANFAAT :)