Jalan-jalan ke Dinosaurs Alive, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t..
Masa balik dari kerja, naik bas dari Jakel Mall ke rumah. On the way dalam bas, ternampak signboard besar gambar dinasaur tepi jalan kat MaTIC. Apa benda pula ni?. Rupanya ada pameran dinasaur kat sini. So, balik rumah terus ajak anak-anak bersiap. Budak-budak suka tengok dinasaur, excited dorg.

Maklumat:

Harga Tiket
Dewasa : RM 75
Dewasa (Mykad ) : RM50
Kanak-kanak ( 3-12 tahun ) : RM45
Kanak-kanak [ MyKad] ( 3-12 tahun) : RM30
Kanak-kanak ( bawah 3 tahun ): Percuma
Senior ( lebih 60 tahun ) : RM50
Senior [ MyKad ] : RM 40

Masa : 10 pagi-10malam

Lokasi: Malaysia Tourism Center ( MaTIC ), Jalan Ampang, KL.

Signboard ni la yang saya ternampak tepi jalan tu. Macam best je kan kalau dapat pergi :D


Besar-besar gak dinasaur dalam ni. Boleh gerak sikit-sikit, berbunyi.. ok la kan.

Irsyad dah hafal nama-nama dinasaur ni, tanya je dia.. dia lagi terer.

Tak ingat nama dinasaur ni, Dinasaur Rambut Punk! 

 Sibuk nak pegang, bila benda tu bergerak dua-dua takut. haha


Triceraptop : wei, apehal ko pegang tanduk aku...aku sondol baru tahu..
(hahaha..tak lawak)


Parasaurolophus



Kat dalam pameran ni, ada juga dorang sediakan aktiviti berbayar, and ada juga yang free. Yang macam kat bawah ni, berbayar..RM 10/seorang. Dorang pakaikan lab coat, and goggle. Kita kena pecahkan telur dinasaur tu, untuk dapatkan mini dinasaur dalam telur.



Yang kat bawah ni pula aktiviti free. Warnakan kad dengan pasir berwarna.



Abang Irsyad dengan hasil kerjanya. 


Tempat pameran ni ada tempat makan, dorang jual makanan ringan, nasi lemak dan air mineral. Tapi agak mahal, so sebelum datang kat sini makan dulu dari rumah tak pun makan je kat restaurant Pelita sebelah tempat pameran, senang. :D
Selain tu, dorang ada gak menjual cenderahati and mainan.. kat pintu masuk, korang boleh redeem mug bergambar dinasaur secara percuma tapi dengan syarat korang kena LIKE FB and INSTAGRAM Page dorang. Korang LIKE je la, bukan kena bayar pun. Dapat mug free lagi, x nak ke???



Jalan-jalan Ke Muzium Polis Negara.

Assalamualaikum w.b.t..
Sebenarnya tak rancang pun nak pergi ke Muzium Polis ni. Tapi kebetulan kami ke Planetarium Negara, so singgahlah sekali kat sini sebab dekat je, bersebelahan dengan Planetarium. Masuk ke sini, PERCUMA. Saya memang suka benda percuma :P
Kat dalam muzium ni, kita boleh tahu semua tentang polis dari zaman kesultanan melayu sehingga la hari ni. Kat sini, dorang pamerkan kenderaan-kenderaan lama yang polis kita pernah guna, senjata seperti mariam dan senapang. Pingat-pingat yang polis kita pernah dapat pun dorang letak kat sini. Kat sini tak boleh ambil gambar, so tak banyak pun gambar yang saya ambil. Ambil gambar sebelah luar muzium je.Untuk pengetahuan korang juga, muzium ni dijaga oleh pegawai polis sendiri tau, so jangan buat peraturan sendiri. Masa pergi tu dah pukul 4 petang, muzium tutup pukul 6 petang, so tak sempat nak baca satu-satu maklumat yang ada dalam muzium. Tengok sekali imbas je. Anak pula takut sebab tempat pameran kat dalam muzium macam gelap sikit.Tapi tak pe, insya Allah, nanti kami datang lagi bila anak-anak besar sikit. :)

Maklumat:
Alamat: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi : Isnin - Tutup
                          Selasa/Rabu/Khamis/Sabtu/Ahad - 10 Pagi - 6.00 petang
                          Jumaat - 10 pagi- 12 Tengah Hari
Isnin


Kat sebelah pintu masuk, pihak muzium pamerkan Kapal Terbang CESSNA.







Sekian.

Jalan-jalan Ke Planetarium, Negara.

Assalamualaikum w.b.t..

Disebabkan merasa bosan duduk di rumah, saya bawa anak-anak ke Planetarium Negara yang terletak di Tasik Perdana, area Masjid Negara. Masuk ke ruang pameran percuma je. Saya pergi dengan anak-anak, manakala suami pula kerja. Pergi naik bas, lepas tu naik LRT dari stesen Ampang ke Hang Tuah and ambil GrabCar ke Planetarium Negara. Seronok anak-anak tengok planet, dan kapal angkasa.

Tengah tunggu bas. Mama tak reti bawa kereta, Tapi tak pe, dorang cakap best jalan-jalan naik bas. :D

Dalam LRT, tak boleh nak duduk diam. Sibuk sangat nak tengok ada apa kat luar.

Kalau nak tahu tentang planet, pilih je dalam skrin tu. Nanti akan keluar maklumat tentang planet yang kita nak tahu tu. Bebola tu pun akan bertukar mengikut planet.


Si adik ni memang peminat dinasour. 






Ini rupanya toilet kat dalam kapal angkasa. Buang air, terus sedut masuk dalam tempat kumbahan. :P

Boleh tengok view dari angkasa macam mana.

Manusia pertama ke angkasa Tori Gagarin





Insya Allah, kami datang lagi.

Jalan-jalan Ke Petrosains, KLCC

Assalamualaikum w.b.t..
Disebabkan saya dapat cuti 3 hari, so saya bawa anak-anak berjalan ke Petrosains KLCC. Even anak-anak kecil lagi, tapi saya nak biasakan mereka dengan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada mereka. Saya jarang dapat cuti panjang macam ni, so sekali sekala bawa la mereka jalan-jalan. Mereka ni terperap je dalam rumah, nak bermain kat luar rumah pun jarang.
Bayaran masuk ke tempat pameran cuma RM 22 ( saya dan si abang ), dan si adik percuma je sebab bawah 2 tahun. Murah.,tempat pun selesa, adik-adik yang jadi sukarelawan kat sini pun baik-baik je, tak lokek senyuman dorg banyak membantu.
Anak-anak saya tak faham lagi apa itu sains, tapi setiadak2nya mereka enjoy datang tempat ni. Banyak benda yang selama ni mereka tak pernah jumpa, tapi kat Petrosains hampir semua berkenaan sains ada kat sini contohnya, tentang angkasa lepas, zaman dinasour, tenaga, oil n gases, bunyi, cahaya, macam-macam lagilah. Saya yang mak-mak ni pun teruja gak..banyak ilmu dapat.
Masa jala-jalan ke Petrosains ni suami tak dapat join sekali, sebab dia tengah kerja. Tapi alhamdulillah, anak-anak tak banyak ragam. Kalau tak, jenuh juga nak melayan dorang ni. Sorang berlari ke utara, seorang lagi berlari ke selatan, pening nak kejar yang mana satu. :)

Oh! ya.. kebetulan masa ke Petrosains, mereka adakan festival Sains. Tapi tak join pun sebab benda tu more kepada anak-anak yang dah bersekolah. Yang dah faham sedikit sebanyak apa itu sains.

Sebelum balik, sempat lagi singgah tengok orang buat persembahan sempena Festival Sains. Dorang buat persembahan musik menggunakan barang-barang terpakai. Kreatif!




Yang ni tentang cahaya. Bagaimana gerhana terjadi.

Kita boleh kontrol Robot Perayau kat dalam kaca tu, just ikut arahan dalam skrin tu je.

Masa kat seksyen ni, dorang terangkan tentang obor-obor. Jenis-jenis obor bahaya or kurang bahaya kepada manusia. 



Budak-budak memang suka jentera macam ni. Berebut nak naik.

Yang ni anak-anak mesti suka, sebab boleh bina macam-macam.

 Benda-benda yang melekat kat dinding tu kita boleh ubah, supaya bila kita jatuhkan bola kecil, dia boleh bergolek mengikut laluan yang kita dah buat.


Tempat ni sebenarnya game, tapi tak pasti nak main macam mana. Yang saya tahu, warna-warna tu menunjukkan ketinggian pasir yang kita bina. ( lupa istilah :P )





 Seksyen Oil n Gases.






Saya seronok bila ada tempat-tempat macam ni berdekatan dengan rumah. Di kampung kelahiran saya, kami tidak berkesempatan untuk berkunjung tempat-tempat macam ni. Semoga suatu hari, kami di Sabah pun dapat menikmati tempat sebegini di masa hadapan. :)