Tips Untuk Jururawat Pelatih

Assalamualaikum w.b.t..
Sebelum memasuki latihan klinikal di wad, jururawat pelatih haruslah menyediakan beberapa barang penting bagi persediaan di wad nanti. Ini bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa.


1- Beg
- KOrang pastikan beg tu biarlah bersaiz kecil jer, muat untuk bawa barang-barang penting macam buku log dan buku nota prosedur. Janganlah bawa yang saiz besar, nak pergi klinikal ke or nak balik kampung. Jangan kedekut untuk invest beg yang sedikit berkualiti sebab nak guna lama. Lagi satu, PLS la jangan bawa beg macam beg nak pergi shopping...haihh! buruk betul.


2- Stateskop
- Sebagai student, sila bawa stateskope sendiri yer. Jangan nak harapkan monitor portable tu jer, habis tu bila korang nak belajar ambil BP manual. Nanti OSCE pun dah tak tahu nak ambil BP manual macam mana. Jangan asyik pinjam kawan lain punya, kawan pun nak guna.


3- Gunting
- Kalau ada duit lebih sikit, beli la gunting yang khas untuk klinikal tu. Kalau ko bawa gunting kertas tu, kan hujung dia tajam..takut bila pakai kat pesakit, tercucuk pula pesakit. Kalau gunting khas untuk klinikal tu, hujung sebelah bawa dia melengkung, so bila guna ke atas pesakit pun tak tajam.


4- Calculator
- Kalkulator penting sangat. Fungsi untuk mengira dose ubat, drop/minit IV Drip, nak kira fluid intake pesakit..macam-macam lagi lah. So, beli kalkulator kecik tu jer, tak perlu beli kalkulator saintifik tu.


5- Jam
- Setiap jururawat mesti ada jam gantung kat uniform tu. Nurse tak boleh pakai assesories kat tangan kan, so benda ni WAJIB ada. Selain untuk tengok waktu, ia sangat penting untuk DROP ivdrip perminit.


6- Pen
- Pen 3 in 1, ada tigak warna so tak perlu bawa pen banyak-banyak ke wad. Letak stiker nama siap-siap, sebab pen selalu je hilang kat wad, tak pun doktor pinjam. So bila ada nama, senang la orang nak pulang balik kalau tertinggal kat mana-mana, or doktor pun senang nak pulangkan kat siapa kan..

7- Pembaris PainScore.- digunakan bukan stakat untuk menilai tahap kesakitan pesakit, tetapi juga boleh digunakan sebagai pembaris. Senang, tak payah nak bawa barang banyak-banyak.



8- Stapler
- Kat wad banyak lab form nak kena hantar and specimen nak kena hantar, so kena staplerkan sekali. Beli stapler yang kecik tu jer.


9- Buku nota
- Untuk mencatat benda-benda penting masa klinikal.


10- Buku ubat
- Dulu masa aku student nurse, kiorang ada dapat satu buku nota kecik untuk ubat yang selalu digunakan dalam wad sekali dengan fungsi, generic name dia sekali. Dah nama pun student kan, bukan semua benda tahu. Sebagai student, kalau tak tahu WAJIB tanya.jangan buat benda yang boleh membahayakan nyawa pesakit ok.












11- Penlight
-Selain nak bagi cahaya terang, peng light digunakan untuk mengukur saiz pupil pesakit.



12-Vicks!
Mungkin benda ni nampak macam remeh, tapi penting weh..benda ni boleh cover segala bau-bauan yang kurang menyenangkan masa kat wad.Ah! pandai-pandai la korg faham yer :P

Benda ni bukan hanya untuk jururawat pelatih jer, tetapi juga untuk jururawat terletih! Eh, Salah..terlatih ..... Buat la persediaan sebelum masuk klinikal supaya kerja pun senang. Sekian. Sorri la ayat tunggang langgang...mengantuk weh..