Planner Menu Seminggu

Assalamualaikum w.b.t..

Setiap hari jenuh aku nak fikir nak masak apa untuk hari tu. Setiap kali masak, mula la kepala serabut. Itu baru sekali masak, bayangkan sehari kita nak masak 5x, so aku kena fikir 5x la. Tu sehari, kalau seminggu? Sebulan? Setahun?? Mati la nak...hahaha

Ok, hari ni aku nak share la kononnya, printable planner menu untuk seminggu. Memudahkan korang nak rancang menu apa korang nak masak. Lepas dah rancang, baru boleh fikir nak beli bahan-bahannya. Ni tak, masa tu la nak fikir nak masak apa, lepas tu pula nak kena fikir nak beli bahan-bahan. Ke tak buang masa namanya tu.

Dengan planner ni, tanya suami siap-siap..nak makan apa minggu tu. Tulis dalam planner, so tak la lupa. Bila dah print, boleh simpan. Mana tahu nak repeat menu untuk masa akan datang kan..

Dulu masa kecik-kecik duduk dengan mak kat kampung, tak payah pun fikir benda ni semua. Bila dah ada family sendiri baru tahu penat lelah mak dulu. Kesian mak. Yang kita ni pula, tahu nak makan je. Kejam sungguh rasa. Mak kita kat kampung, tak payah la nak planner-planner bagai, apa sayur depan rumah tu ambik je, tak payah la nak fikir apa-apa lagi. Senang! Masa makan, sedap je. Kita pun membesar bagaikan juara. Hebatnya mak kita kan.

Ok lah, membebel panjang pula. So, korang boleh download planner ni kat link kat bawah tu.

Download link Planner Menu Seminggu
Share Jika Bermanfaat :)

0 comments: