Hadiah Birthday Untuk Suami

Assalamualaikum w.b.t..
10 May 2017 hari tu birthday suami, aku tak prepare hadiah pun sebab dah pening nak belikan hadiah apa. Dah macam-macam hadiah dah belikan untuk dia, so tahun ni bila tanya nak apa, jawapan macam biasa...x nak apa-apa. Ok fine!
Ingatkan nak belikan dia Ipad, tapi macam dia tak guna jer..dah alang-alang, terus je belikan iphone 7 plus, padan muka. Aku pun tak pening-pening nk belikan dia apa dah.. .



Kenapa belikan dia Iphone? Tahun 2014, pernah hadiahkan dia Samsung Note 3.. memandangkan dia nak bawa Grab Car and perlukan 2 handphone, so aku pun belikanlah handphone ni sebab member-member cakap Iphone tak lag..ntah la.
Mesti korang spektikal kan, suami susah-susah bawa Grab Car, tapi isteri bermewah-mewah beli Iphone. Ok, untuk pengetahuan korang, kalau aku beli barang tak pernah minta duit suami..aku guna duit sendiri yer. Hasil dari lebihan duit gaji... Keputusan suami nak bawa Grab Car bukan sebab gaji dia tak cukup, tapi nak cari duit lebih, padahal kitaorg dah bayar itu ini pn kitaorg still mampu buat sedikit simpanan setiap bulan setelah gaji di tolak semua perbelanjaan rumah, bil-bil dan kelengkapan anak-anak. :)
Sempena hari kelahiran suami ni, aku harapkan semoga dia sentiasa happy, panjang umur..murah rezeki.. semoga sentiasa di dalam lindungan serta rahmat Allah s.w.t. aminnn..