Hari Jadi Ke 29 Tahun

Assalamualaikum w.b.t..
Dalam tak sedar, rupanya umur pun dah nak cecah 30-an. Sekejap je masa berlalu.. perangai still macam budak-budak..Haihhh.. Bila la nak matang ni hihihi.
Walaupun tahun 2017 ni tak xde 29 feb, tapi suami still baik hati nak belikan hadiah. Tapi, aku tak kesah pun kalau xde hadiah... cukup la anak-anak aku hepi sempena hari jadi aku. Seronok tengok dorang hepi, and abang Irsyad siap cakap lagi yang dia hepi sangat hari ni, sebab bawa dorang jenjalan pergi KLCC and Ampang Point..macam jauh sangat pula kan.. :D
Bawa dorg g KLCC, mandi kat taman belakang KLCC tu, main playground.. excited sungguh abang Irsyad dengan adik dia. Dah penat bermain kt KLCC, kiorg pergi pula singgah Ampang Point, beli mainan. Beli mainan kat MR DIY, murah je. Tiada hadiah yang paling bererti melainkan tengok dorg happy juga.. terharu :')
Encik suami pula, asyik tanya..aku nak hadiah apa sempena birthday ni. Aku jawab, aku tak nak hadiah, sebab nak suruh dia kumpul duit untuk rumah kedua. Tapi, dia still juga berkeras nak belikan hadiah. So, aku minta la kebenaran untuk dapatkan " ME TIME "... masa untuk bersendirian, sehari jer. Tapi sumpah... tak best langsung " ME TIME " bagi aku... tak de anak-anak, tak de suami..bagus tak payah " ME TIME ".. jenjalan tak tahu nak tuju ke mana..kalau anak-anak ada, boleh gak bawa dorg pergi makan ke, beli mainan ke..kedai buku ker. Last-last, " ME TIME" aku habis kan karaoke sorang-sorang kat RED BOX Plaza Low Yat, sementara tunggu suami balik kerja.. suami kata dia lambat balik kerja, sebab busy..rupa-rupanya aku baru start nak nanyi lagu ke 5, dia dah sampai.. so, apa lagi ajak la dia karaoke sekali. Aku suruh dia nyanyi lagu Spring Sejiwa. Mak haihhhh! aku jatuh hati sekali lagi..hahaha, sedap siot suara laki aku ni. Hati terus berdebar-debar rasa macam baru couple pula...sengal gila aku ni.. :P
Lepas karaoke, suami cepat-cepat ajak pergi tingkat atas..suruh cari hadiah. Alahai...dia ni memang tak lupa. Last-last aku ternampak tablet duo function..boleh jadi tablet, boleh jadi laptop. Aku saja jer nak ushar.. tak xde niat nak beli pun..last-last encik suami suruh beli sebagai hadiah. Aku tak nak, dia paksa juga.. terus dia cakap nak beli kat penjual tu.. haip! tak suruh pun beli.. aku siap cubit-cubit lagi suruh cancel...tp berkeras juga dia tak nak. Dengan itu, telah rasminya tablet tu sebagai hadiah hari jadi aku.. T.T, bukan tak bersyukur, tapi bagi aku duit tu boleh beli benda yang lagi berfaedah.. lagipun kami ni bukan orang kaya. Apa-apa pun thanks untuk encik suami..selama ni susah payah nak penuhkan permintaan isteri dia..
*Pstttt ...tengah fikir nak belikan dia hadiah apa sempena birthday dia pula.. pening...

Hadiah dr encik suami :)

Seronok tengok dorg happy ;')






Karok sorg2 T.T

Hope apa yang aku impikan selama ni jadi kenyataan. Aminnn...

0 comments: