Sentap!

Assalamualaikum w.b.t..
Masa online facebook tadi, terbaca post dari SirapLimau.com.


 Tetiba hati ni sayu sangat,, sedih, menyesal.. Why? Ok, saya cerita.
Dulu masa Irsyad berumur 1 tahun tepat, dia dah start jalan. Dia dah faham apa kita cakap, bila kita suruh pun dia dah boleh ikut arahan. Dalam masa 2 bulan lepas dia dah pandai jalan macam tu, ada satu peristiwa yang buat aku terkejut. Memang kebiasaan, bila lepas selesai solat je, saya akan baca Al-quran. Suatu hari tu, bila saya bagi salam dah nak habis solat, Irsyad datang bawa al-quran. Saya selalu letak al-quran kat atas side table katil,so dia senang capai. Terkejut sangat-sangat. Rupanya dia nak suruh saya baca al-quran. Setiap hari macam tu. Kadang-kadang bila malas sikit, lepas solat terus rehat-rehat..Irsyad tetap datang bawa al-quran..dia suruh baca..pdhal masa tu dia belum pandai bercakap jelas.
Ok, tu part 1.
Part 2, suatu hari kiorg decide nak beli tv baru, sebab TV lama besar giler..tv lama kan.Takut terhempap Irsyad. So, kiorg beli Smart TV LG. Function smart tv ni macam-macam, and salah satunya boleh tengok Youtube. Sejak dari tu la, Irsyad dah ketagih tengok Youtube. Salah siapa? SAYA. Saya buat dia macam tu. Setiap kali balik kerja, penat..pasang la Youtube tu, kadang-kadang sampai dia tertidur. Allahu! Saya? nak senangkan kerja je. Sejak hari tu, dia dah tak ambil peduli sebab dah leka. Ya! Saya perosak anak sendiri. Even macam tu, saya tak cakap youtube tu jahat. Tak. Start tengok, English Nursery Rhyme Song, berganti plak Monster Truck, lepas tu dah kenal jenis-jenis vehicles, shape, warna.. Tukar pula, Ryans Toys Review, sekarang ni The Axel SHow. Upin ipin dan kartun seangkatan dengannya dia tak layan. Sejak dari tu, Irsyad dah pandai bercakap English.
Saya dan suami berniat nak hantar Irsyad mengaji seawal 4 tahun, tapi mana tanggungjawab kami untuk mengajar anak sendiri?
Bila baca artikel kat atas tu, saya tersentap. Cita-cita nak anak berjaya dunia akhirat, tapi nampak macam dunia je, akhiratnya mana? Saya terus bagitahu suami, sedarkan dia juga.. Alhamdulillah, respon dari suami sangat baik. Kiorg nak mulakan semula. Masih belum terlambat. Maafkan mama Irsyad sayang. Mama janji, akan buat Irsyad dan adik han berjaya dunia akhirat. Insya Allah.
Wahai ibu yang sanggup share artikel beserta tips-tips berguna, terima kasih sangat-sangat. Kamu telah menyedarkan saya. Thanks Allah.

Irsyad 3 tahun

Adik Han 1 tahun.