Ini MC Palsu? Doktor palsu?

Assalamualaikum w.b.t..
Sekarang banyak sangat penipu yang mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain. Penjual MC palsu berleluasa kat laman-laman sosial. Tapi, macam mana nak check MC ni valid atau tak ye? Bagi orang atasan, jika orang bawahan korang nak menipu MC pun korang boleh detect dengan cara mudah ni.

Buka laman web ni http://www.mmc.gov.my/index.php/medical-register

Ok, dia akan keluar macam ni. Korang masukkan Nama, dan nombor MMC doktor yang ada kat dalam MC yang korang dapat tu. Bagi pesakit yang dapat MC dari klinik, kalau xde nama doktor.. just ada cop klinik je..korang kena minta juga cop doktor yang bagi korang MC tu.WAJIB!. Kalau tak xde, tak valid MC korg tu.

OK, sebagai contoh..aku letak nama Doktor Mahathir dalam form tu. Secara automatik, setiap nama doktor yang bernama mahathir kat malaysia ni akan keluar.. lagi senang kalau korang letak nombor mmc dia sekali..lagi senang nak detect sama ada doktor tu betul-betul wujud dan berdaftar.

Contoh ke 2, kalau doktor tu tak berdaftar, dia akan keluar Record Found: 0

So, sekarang korg dah tahu macam mana nak check MC palsu, lepas ni berhati-hatilah. Melainkan korang memang nak beli MC palsu, itu korg dah x payah check..dah terang-terang PALSU DAN MENIPU.
Laman wab http://www.mmc.gov.my/index.php/medical-register ini juga boleh digunakan untuk menyemak sama ada doktor itu berdaftar dengan KKM atau tak. Ye la, sekarang bukan MC je ada yang palsu, doktor pun ada yang palsu juga..Ala, nak dapatkan kepercayaan orang ramai supaya produk laku. Aku malas nak cakap siapa, sekarang ramai... nak kata dokor falsafah, ntah bila dia sambung PHD ntah. 

Sekian. Semoga bermanfaat.