COSMIC SAND ALTERNATIF KEPADA KINETIC SAND ( MURAH! )

Assalamualaikum w.b.t..

Anak-anak aku ketagih tengok youtube. Bangun pagi je, terus suruh buka tv, nak tengok youtube. Eh?Tengok youtube kat tv? Boleh ker? Boleh jer.. Korang boleh baca entry ni Smart TV Pilihan

Aku fikir, macam mana nak tarik perhatian dorang ni supaya tak bergantung kepada youtube sebagai hiburan dorg. Masa tu, aku bawa anak-anak aku jenjalan pergi KLCC. Si Han pula nak menyusu, so aku pun pergi la tingkat 4 KLCC, dalam Isetan..sebab kat sana ada tempat Baby Room. Kebetulan, kat sana memang children world..jual-jual baju baby, toys, and semua kelengkapan baby dan kanak-kanak. Ada satu meja kecik tu, ramai kanak-kanak tengah main pasir, aku pun menyebok la kat sana..rupanya budak-budak tu tengah main Kinetic Sand ni.. Wow! macam best jer. Anak aku pun teruja join budak-budak tu main sekali. Konon-konon aku pun nak teringin la juga nak beli kinetic sand tu, tapi harga..mak aiihhh..mahal la, dalam rm 150++. Bukan tak mampu, tapi aku rasa tak berbaloi jer. ( ke kau yang kedekut!)hahaha. Fikir punya fikir, aku terus ajak suami cari kinetic sand ni kat tempat borong mainan area Chow Kit. Yeah! dapat juga akhirnya. Murah la berbanding kinetic sand tu kan. Kiorang dapat RM 62.00..


Selain pasir 1kg, disertakan juga 22 accessories 


Aku beli RM 62, tapi kat LAZADA lagi murah :(


Main Cosmic Sand ni haruslah main kat luar rumah, malas aku nak menyapu kalau berselerak dalam rumah. Even Cosmic Sand ni murah, dia senang nak kemas juga. Masa kat ISetan, try yang jenis mahal tu pun, aku still x boleh beza antara yang mahal and yang murah punya. Sama je kot.


Alahai anak, kereta mainan pun join sekali..



Bila dah balik dari beli pasir tu, baru aku teringat, kenapa tak check Lazada dulu yer..mana tahu kat sana lebih murah. Ok, aku pun check la.. what! Lazada lagi murah?! AKu terus meroyan...hahaha..kat lazada cuma RM 49.00! So, ibu-ibu bapak-bapak... buatla pilihan bijak..jangan meroyan macam aku..kan dah menyesal tak sudah.hahaha..
Anak-anak aku teruja kot main Cosmic sand ni.. masa dorng tengah kusyuk main Cosmic sand ni, aku pun konon-konon la ajak masuk rumah...ajak tengok Youtube "Ryan's Toys Review" tu... anak aku cakap,"Xnak la mama. Nak main pasir ni".. hehehe, perangkap menjadi. Bila dalam sejam lebih dorng main macam tu, aku pun nak simpan la pasir tu, bagi dorng rehat. Alih-alih menangis dua-dua..nak main lagi.
Sebenarnya aku pun join gak dorng main, ye la..masa kecik main pasir betul je..habis baju kotor.. last-last kena marah dengan mak.Padan muka..




0 comments: