Bercuti Ke Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t.
Semenjak aku duduk semenanjung ni dari tahun 2007, aku tak pernah pergi Pulau Pinang. So, skg 2017, dah 10 tahun menetap kat semenanjung baru ada peluang nak menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Itu pun, setelah suami dapat voucher gift dari company dia untuk menginap dua hari satu malam di Hotel Royale Bintang, Pulau Pinang. Dari membazir je voucher tu macam tu jer, bagus ktorg pergi..memandangkan aku ni belum pernah jejak Pulau Pinang tu lagi. Bincang punya bincang, so aku and husband nak pergi 5 haribulan hari tu. Husband malas nak drive katanya sebab jauh, kalau pergo convoy tak pe la juga, ni just pergi sefamily kecik aku ni jer. Ktorg decide untuk naik ETS jer. Boleh rehat. Naik ETS dari KL Central ke Butterworth just ambik masa 4 jam je. Boleh tengok movie dalam ETS lagi.
Sampai stesen KTM Butterworth je, ktorang ambik feri ke Pulau, terminal feri tu xde la jauh sangat pun, may be dalam berapa ratus meter je. Naik teksi, dia minta Rm 30 okeh. Memang x nak la aku, nasib baik ada bas shuttle free dari KTM ke terminal feri. Jimat duit. Pemandu teksi tu siap offer nak hantar ke pulau, bila tanya dia charge berapa, dia minta RM 100..pergh! Aku cepat-cepat check UBER dan Grab Car, eleh! dorg charge cuma rm 35-40++ je macam tu. Hahaha...
Anak-anak excited naik feri ( mak budak tu pun sama ). Ambik feri ke pulau, ambik masa dalam 20 minit lebih. Untuk pengetahuan, kalau ktta nak masuk pulau ktorg kena bayar RM 1.20, sediakan duit syiling awal-awal. Kalau nak keluar dari pulau ke tanah besar, free jer naik feri.



Sepanjang 3 hari bercuti kat Pulau Pinang, ktorg tak ambik kereta sewa pun.. nak jimat punya pasal. Ktorg naik UBER dan GRAB CAR je, jimat! Ala, ktaorg bukan nak pergi mana-mana pun..cuma pergi jenjalan cari makan area hotel dan rumah penginapan kiorg. Malas nak pergi jauh-jauh dengan anak-anak kecil. Ktorang pergi mana-mana naik UBER dan GRAB CAR, charge tambang tak sampai RM 10 pun, selalunya kena RM 5 je.

1st sekali, lepas check in hotel, rehat sekejap..and keluar cari makan. Ktorang makan kat area Padang Kota Lama. Perghhh! Mee goreng Sotong dia sedap wehhh..teringat-ingat sampai sekarang. Murah pula tu..RM 5 je. Lepas makan, lepak sekejap play ground kat Padang Kota Lama tu, anak-anak main bubble giant. Anak-anak dari kl, cuma pakai kasut jer, bila nak berjalan tak kan nak pakaikan dorg kasut ala-ala koboi tu...so ktorg pun gigih la pergi membeli selipar kat Mydin pula. Dari Padang Kota Lama, ktorang naik beca. Best weh! Satu beca RM 10.. so, ktorang ambik 2 beca. Sebenarnya aku kasihan kat pakcik kayuh beca tu.. tua-tua pun still bekerja, cari rezeki.


Nak pergi mydin pun naik beca.. teringin nak naik beca punya pasal.


Dah penat berjalan, tekak pun dah haus. 


Malam first kat kat sana, ktorang duduk je dalam bilik hotel The Royale Bintang. Dah penat.
Hari kedua, ktorang pergi breakfast kat Roti Bakar Transfer Road. Aku order roti bakar, husband pula order roti canai ayam.. bagi aku, roti bakar dia biasa je., tapi dia punya roti canai ayam dia, super sedap! Weh, mana nak cari kat kl macam tu weh... mengidam ni. Haha.. Ayam dia super lembut, kuah dia.. pekat! Cukup rasa...perfect!
Konon nak tunjuk roti canai yang sedap tu, tp gambar blur plak.. T.T


Bagi aku biasa2 je

Lepas makan, ktorang pergi Penang Hill pula. Naik UBER. Gigih betul suami bawa beg pakaian ktorang, padahal kat Penang Hill tu bukannya ada tempat simpan barang. Last-last ktorg tumpang kedai sorg makcik tu untuk simpan beg..just bayar seikhlas hati je. View siang kat Penang Hill cantik..may be kalau malam lagi cantik..tapi ktorang malas nak pergi malam, sebab ada ank kecik. Nanti dorng kesejukkan pula kalau pergi malam.








Anak lelaki aku sorg ni mmg sukakan bunga.. nasib la, dia nampak bunga cantik je dia akn petik bagi kat mama dia.



Anak aku excited nampak minyet ni..


Balik dari Penang Hill, naik Grab Car ke Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang. Check in kat sana pula. Malamnya, ktorang konon-kononnya nak pergi cari char kueh teaw. Tapi kat mana ada, ktorg tak tahu. So pergi la kononnya Batu Ferringhi..eleh! xde apa pun kat sana.. banyak makanan arab, ada night market..kecewa! LAst-last makan kat restaurant Ikan Bakar je, isi perut..sebab dah lapar. Ktorang sambung misi mencari char kueh teaw pula. Destinasi, ke Padang Kota Lama lagi. Kat sana ramai orang lepas kat tepi laut. Cari punya cari, kiorg cuma jumpa kedai macam food court macam tu.. erm, kecewa..sebab kat sana makanan dia biasa-biasa je..boleh la..untuk hilangkan kecewa pergi batu Feringghi tadi. Lepas tu, baik balik rumah je, sebab dah penat.
Keesokkan harinya, ktorang check out awal. Igt nak pergi breakfast lagi kat Transfer Road, tapi uncle Uber tu suggest untuk pergi ke satu restoran roti canai, tapi tak ingat apa nama restorant tu... tak berapa nk sedap sangat. tak boleh lawan roti canai ayam kat Jalan Transfer tu. Dah kenyang, sekarang pergi memburu Jeruk Buah Pak Ali pula. Pergi sana, just jalan kaki je memandangkan tempat nak beli jeruk tu tak xde la jauh sangat pun. Memborong jeruk, dalam RM 120++ gak habis.. Sekarang aku menyesal pula tak borong banyak-banyak hari tu. Sedap. Makan jeruk Pak ALi memang tak skait tekak.
So, memandangkan ETS ktorg pukul 2.55 petang, pukul 12 ktorg dh pergi terminal feri. Kena awal-awal, takut kena tinggal tren.
Insya Allah, ada masa, ktorang nak lagi pergi ke Pulau Pinang. Nak memburu Nasi Kandar, and Laksa Penang plak.