Ini MC Palsu? Doktor palsu?

Assalamualaikum w.b.t..
Sekarang banyak sangat penipu yang mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain. Penjual MC palsu berleluasa kat laman-laman sosial. Tapi, macam mana nak check MC ni valid atau tak ye? Bagi orang atasan, jika orang bawahan korang nak menipu MC pun korang boleh detect dengan cara mudah ni.

Buka laman web ni http://www.mmc.gov.my/index.php/medical-register

Ok, dia akan keluar macam ni. Korang masukkan Nama, dan nombor MMC doktor yang ada kat dalam MC yang korang dapat tu. Bagi pesakit yang dapat MC dari klinik, kalau xde nama doktor.. just ada cop klinik je..korang kena minta juga cop doktor yang bagi korang MC tu.WAJIB!. Kalau tak xde, tak valid MC korg tu.

OK, sebagai contoh..aku letak nama Doktor Mahathir dalam form tu. Secara automatik, setiap nama doktor yang bernama mahathir kat malaysia ni akan keluar.. lagi senang kalau korang letak nombor mmc dia sekali..lagi senang nak detect sama ada doktor tu betul-betul wujud dan berdaftar.

Contoh ke 2, kalau doktor tu tak berdaftar, dia akan keluar Record Found: 0

So, sekarang korg dah tahu macam mana nak check MC palsu, lepas ni berhati-hatilah. Melainkan korang memang nak beli MC palsu, itu korg dah x payah check..dah terang-terang PALSU DAN MENIPU.
Laman wab http://www.mmc.gov.my/index.php/medical-register ini juga boleh digunakan untuk menyemak sama ada doktor itu berdaftar dengan KKM atau tak. Ye la, sekarang bukan MC je ada yang palsu, doktor pun ada yang palsu juga..Ala, nak dapatkan kepercayaan orang ramai supaya produk laku. Aku malas nak cakap siapa, sekarang ramai... nak kata dokor falsafah, ntah bila dia sambung PHD ntah. 

Sekian. Semoga bermanfaat.


COSMIC SAND ALTERNATIF KEPADA KINETIC SAND ( MURAH! )

Assalamualaikum w.b.t..

Anak-anak aku ketagih tengok youtube. Bangun pagi je, terus suruh buka tv, nak tengok youtube. Eh?Tengok youtube kat tv? Boleh ker? Boleh jer.. Korang boleh baca entry ni Smart TV Pilihan

Aku fikir, macam mana nak tarik perhatian dorang ni supaya tak bergantung kepada youtube sebagai hiburan dorg. Masa tu, aku bawa anak-anak aku jenjalan pergi KLCC. Si Han pula nak menyusu, so aku pun pergi la tingkat 4 KLCC, dalam Isetan..sebab kat sana ada tempat Baby Room. Kebetulan, kat sana memang children world..jual-jual baju baby, toys, and semua kelengkapan baby dan kanak-kanak. Ada satu meja kecik tu, ramai kanak-kanak tengah main pasir, aku pun menyebok la kat sana..rupanya budak-budak tu tengah main Kinetic Sand ni.. Wow! macam best jer. Anak aku pun teruja join budak-budak tu main sekali. Konon-konon aku pun nak teringin la juga nak beli kinetic sand tu, tapi harga..mak aiihhh..mahal la, dalam rm 150++. Bukan tak mampu, tapi aku rasa tak berbaloi jer. ( ke kau yang kedekut!)hahaha. Fikir punya fikir, aku terus ajak suami cari kinetic sand ni kat tempat borong mainan area Chow Kit. Yeah! dapat juga akhirnya. Murah la berbanding kinetic sand tu kan. Kiorang dapat RM 62.00..


Selain pasir 1kg, disertakan juga 22 accessories 


Aku beli RM 62, tapi kat LAZADA lagi murah :(


Main Cosmic Sand ni haruslah main kat luar rumah, malas aku nak menyapu kalau berselerak dalam rumah. Even Cosmic Sand ni murah, dia senang nak kemas juga. Masa kat ISetan, try yang jenis mahal tu pun, aku still x boleh beza antara yang mahal and yang murah punya. Sama je kot.


Alahai anak, kereta mainan pun join sekali..



Bila dah balik dari beli pasir tu, baru aku teringat, kenapa tak check Lazada dulu yer..mana tahu kat sana lebih murah. Ok, aku pun check la.. what! Lazada lagi murah?! AKu terus meroyan...hahaha..kat lazada cuma RM 49.00! So, ibu-ibu bapak-bapak... buatla pilihan bijak..jangan meroyan macam aku..kan dah menyesal tak sudah.hahaha..
Anak-anak aku teruja kot main Cosmic sand ni.. masa dorng tengah kusyuk main Cosmic sand ni, aku pun konon-konon la ajak masuk rumah...ajak tengok Youtube "Ryan's Toys Review" tu... anak aku cakap,"Xnak la mama. Nak main pasir ni".. hehehe, perangkap menjadi. Bila dalam sejam lebih dorng main macam tu, aku pun nak simpan la pasir tu, bagi dorng rehat. Alih-alih menangis dua-dua..nak main lagi.
Sebenarnya aku pun join gak dorng main, ye la..masa kecik main pasir betul je..habis baju kotor.. last-last kena marah dengan mak.Padan muka..




Bercuti Ke Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t.
Semenjak aku duduk semenanjung ni dari tahun 2007, aku tak pernah pergi Pulau Pinang. So, skg 2017, dah 10 tahun menetap kat semenanjung baru ada peluang nak menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Itu pun, setelah suami dapat voucher gift dari company dia untuk menginap dua hari satu malam di Hotel Royale Bintang, Pulau Pinang. Dari membazir je voucher tu macam tu jer, bagus ktorg pergi..memandangkan aku ni belum pernah jejak Pulau Pinang tu lagi. Bincang punya bincang, so aku and husband nak pergi 5 haribulan hari tu. Husband malas nak drive katanya sebab jauh, kalau pergo convoy tak pe la juga, ni just pergi sefamily kecik aku ni jer. Ktorg decide untuk naik ETS jer. Boleh rehat. Naik ETS dari KL Central ke Butterworth just ambik masa 4 jam je. Boleh tengok movie dalam ETS lagi.
Sampai stesen KTM Butterworth je, ktorang ambik feri ke Pulau, terminal feri tu xde la jauh sangat pun, may be dalam berapa ratus meter je. Naik teksi, dia minta Rm 30 okeh. Memang x nak la aku, nasib baik ada bas shuttle free dari KTM ke terminal feri. Jimat duit. Pemandu teksi tu siap offer nak hantar ke pulau, bila tanya dia charge berapa, dia minta RM 100..pergh! Aku cepat-cepat check UBER dan Grab Car, eleh! dorg charge cuma rm 35-40++ je macam tu. Hahaha...
Anak-anak excited naik feri ( mak budak tu pun sama ). Ambik feri ke pulau, ambik masa dalam 20 minit lebih. Untuk pengetahuan, kalau ktta nak masuk pulau ktorg kena bayar RM 1.20, sediakan duit syiling awal-awal. Kalau nak keluar dari pulau ke tanah besar, free jer naik feri.



Sepanjang 3 hari bercuti kat Pulau Pinang, ktorg tak ambik kereta sewa pun.. nak jimat punya pasal. Ktorg naik UBER dan GRAB CAR je, jimat! Ala, ktaorg bukan nak pergi mana-mana pun..cuma pergi jenjalan cari makan area hotel dan rumah penginapan kiorg. Malas nak pergi jauh-jauh dengan anak-anak kecil. Ktorang pergi mana-mana naik UBER dan GRAB CAR, charge tambang tak sampai RM 10 pun, selalunya kena RM 5 je.

1st sekali, lepas check in hotel, rehat sekejap..and keluar cari makan. Ktorang makan kat area Padang Kota Lama. Perghhh! Mee goreng Sotong dia sedap wehhh..teringat-ingat sampai sekarang. Murah pula tu..RM 5 je. Lepas makan, lepak sekejap play ground kat Padang Kota Lama tu, anak-anak main bubble giant. Anak-anak dari kl, cuma pakai kasut jer, bila nak berjalan tak kan nak pakaikan dorg kasut ala-ala koboi tu...so ktorg pun gigih la pergi membeli selipar kat Mydin pula. Dari Padang Kota Lama, ktorang naik beca. Best weh! Satu beca RM 10.. so, ktorang ambik 2 beca. Sebenarnya aku kasihan kat pakcik kayuh beca tu.. tua-tua pun still bekerja, cari rezeki.


Nak pergi mydin pun naik beca.. teringin nak naik beca punya pasal.


Dah penat berjalan, tekak pun dah haus. 


Malam first kat kat sana, ktorang duduk je dalam bilik hotel The Royale Bintang. Dah penat.
Hari kedua, ktorang pergi breakfast kat Roti Bakar Transfer Road. Aku order roti bakar, husband pula order roti canai ayam.. bagi aku, roti bakar dia biasa je., tapi dia punya roti canai ayam dia, super sedap! Weh, mana nak cari kat kl macam tu weh... mengidam ni. Haha.. Ayam dia super lembut, kuah dia.. pekat! Cukup rasa...perfect!
Konon nak tunjuk roti canai yang sedap tu, tp gambar blur plak.. T.T


Bagi aku biasa2 je

Lepas makan, ktorang pergi Penang Hill pula. Naik UBER. Gigih betul suami bawa beg pakaian ktorang, padahal kat Penang Hill tu bukannya ada tempat simpan barang. Last-last ktorg tumpang kedai sorg makcik tu untuk simpan beg..just bayar seikhlas hati je. View siang kat Penang Hill cantik..may be kalau malam lagi cantik..tapi ktorang malas nak pergi malam, sebab ada ank kecik. Nanti dorng kesejukkan pula kalau pergi malam.








Anak lelaki aku sorg ni mmg sukakan bunga.. nasib la, dia nampak bunga cantik je dia akn petik bagi kat mama dia.



Anak aku excited nampak minyet ni..


Balik dari Penang Hill, naik Grab Car ke Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang. Check in kat sana pula. Malamnya, ktorang konon-kononnya nak pergi cari char kueh teaw. Tapi kat mana ada, ktorg tak tahu. So pergi la kononnya Batu Ferringhi..eleh! xde apa pun kat sana.. banyak makanan arab, ada night market..kecewa! LAst-last makan kat restaurant Ikan Bakar je, isi perut..sebab dah lapar. Ktorang sambung misi mencari char kueh teaw pula. Destinasi, ke Padang Kota Lama lagi. Kat sana ramai orang lepas kat tepi laut. Cari punya cari, kiorg cuma jumpa kedai macam food court macam tu.. erm, kecewa..sebab kat sana makanan dia biasa-biasa je..boleh la..untuk hilangkan kecewa pergi batu Feringghi tadi. Lepas tu, baik balik rumah je, sebab dah penat.
Keesokkan harinya, ktorang check out awal. Igt nak pergi breakfast lagi kat Transfer Road, tapi uncle Uber tu suggest untuk pergi ke satu restoran roti canai, tapi tak ingat apa nama restorant tu... tak berapa nk sedap sangat. tak boleh lawan roti canai ayam kat Jalan Transfer tu. Dah kenyang, sekarang pergi memburu Jeruk Buah Pak Ali pula. Pergi sana, just jalan kaki je memandangkan tempat nak beli jeruk tu tak xde la jauh sangat pun. Memborong jeruk, dalam RM 120++ gak habis.. Sekarang aku menyesal pula tak borong banyak-banyak hari tu. Sedap. Makan jeruk Pak ALi memang tak skait tekak.
So, memandangkan ETS ktorg pukul 2.55 petang, pukul 12 ktorg dh pergi terminal feri. Kena awal-awal, takut kena tinggal tren.
Insya Allah, ada masa, ktorang nak lagi pergi ke Pulau Pinang. Nak memburu Nasi Kandar, and Laksa Penang plak.

Sentap!

Assalamualaikum w.b.t..
Masa online facebook tadi, terbaca post dari SirapLimau.com.


 Tetiba hati ni sayu sangat,, sedih, menyesal.. Why? Ok, saya cerita.
Dulu masa Irsyad berumur 1 tahun tepat, dia dah start jalan. Dia dah faham apa kita cakap, bila kita suruh pun dia dah boleh ikut arahan. Dalam masa 2 bulan lepas dia dah pandai jalan macam tu, ada satu peristiwa yang buat aku terkejut. Memang kebiasaan, bila lepas selesai solat je, saya akan baca Al-quran. Suatu hari tu, bila saya bagi salam dah nak habis solat, Irsyad datang bawa al-quran. Saya selalu letak al-quran kat atas side table katil,so dia senang capai. Terkejut sangat-sangat. Rupanya dia nak suruh saya baca al-quran. Setiap hari macam tu. Kadang-kadang bila malas sikit, lepas solat terus rehat-rehat..Irsyad tetap datang bawa al-quran..dia suruh baca..pdhal masa tu dia belum pandai bercakap jelas.
Ok, tu part 1.
Part 2, suatu hari kiorg decide nak beli tv baru, sebab TV lama besar giler..tv lama kan.Takut terhempap Irsyad. So, kiorg beli Smart TV LG. Function smart tv ni macam-macam, and salah satunya boleh tengok Youtube. Sejak dari tu la, Irsyad dah ketagih tengok Youtube. Salah siapa? SAYA. Saya buat dia macam tu. Setiap kali balik kerja, penat..pasang la Youtube tu, kadang-kadang sampai dia tertidur. Allahu! Saya? nak senangkan kerja je. Sejak hari tu, dia dah tak ambil peduli sebab dah leka. Ya! Saya perosak anak sendiri. Even macam tu, saya tak cakap youtube tu jahat. Tak. Start tengok, English Nursery Rhyme Song, berganti plak Monster Truck, lepas tu dah kenal jenis-jenis vehicles, shape, warna.. Tukar pula, Ryans Toys Review, sekarang ni The Axel SHow. Upin ipin dan kartun seangkatan dengannya dia tak layan. Sejak dari tu, Irsyad dah pandai bercakap English.
Saya dan suami berniat nak hantar Irsyad mengaji seawal 4 tahun, tapi mana tanggungjawab kami untuk mengajar anak sendiri?
Bila baca artikel kat atas tu, saya tersentap. Cita-cita nak anak berjaya dunia akhirat, tapi nampak macam dunia je, akhiratnya mana? Saya terus bagitahu suami, sedarkan dia juga.. Alhamdulillah, respon dari suami sangat baik. Kiorg nak mulakan semula. Masih belum terlambat. Maafkan mama Irsyad sayang. Mama janji, akan buat Irsyad dan adik han berjaya dunia akhirat. Insya Allah.
Wahai ibu yang sanggup share artikel beserta tips-tips berguna, terima kasih sangat-sangat. Kamu telah menyedarkan saya. Thanks Allah.

Irsyad 3 tahun

Adik Han 1 tahun.

ROSE TYARA FOUNDATION

Assalamualaikum w.b.t..
Ok, hari ni saya nak share satu jenama foundation yang tengah hot sekarang ni. Rose Tyara la..
Ramai MUA pakai foundation ni tau. Aku pun even MUA pun, gatal tangan nak try. Fyi, RT foundation ni ada set trial tau. So, sebelum beli yang besar tu, cuba dulu set trial.. mana tahu jatuh hati macam saya ni.


Tudung main sempang jer :D
Ok, gambar kt atas tak edit okeh. Fresh from ladang.. Saya ni memang ZERO tentang make up ni. Tak pernah join basic class make up pun. Tapi, hasil dia memuaskan hati la even main tepek2 je kat muka. Saya bagi 4.5/ 5 bintang untuk Rose Tyara.. Suka sangat!

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 5.1.17 - 7.1.17 hari tu, aku dengan suami dan anak-anak pergi bercuti kat Pulau Pinang. Pergi naik ETS. Round-round Pulau Pinang guna UBER dan Grab Car je. Malam pertama kiorg bermalam kat Hotel Royale Bintang and malam kedua pula baru bermalam kat Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang ni. Untuk pengetahuan korang, kat RPP Pulau Pinang ni, kita akan dapat bilik je tau, bukan satu rumah macam RPP yang lain. So, jom terjah macam mana keadaan RPP Pulau Pinang ni. :)

Pintu masuk ke RPP Pulau Pinang

Pintu masuk suite


Bahagian dalam bilik

Ruang tamu 



Kat luar rumah ada mini playground. So, sesuai la bagi mereka yang bawa anak-anak.

See! gigih tak aku nak bagi korg tgk keadaan dalam bilik nih..sampai toilet pun aku snap..

Keadaan luar rumah

Dalam bilik siap ada tv, astro xde ye. Ada cerek pemanas air, mini freezer.
Selain dari tu, dorg ada sediakan sejadah, iron.. bilik mandi ada air sejuk/panas..

Bagi aku, semua ok. Tak ada apa2 masalah... bersih. Pekerja-pekerja kat sini pun baik-baik. Area RPP Pulau Pinang ni, area perumahan mewah.. so, xde la crowded.. sesuai nak rehat2kan badan. Insya Allah, jika panjang umur..ada masa ke Pulau Pinang, akan try menginap kat sini lagi. :)

Oh! ya. Bagi korg yang teringin nak menggunakan perkhidmatan Rumah Peranginan Persekutuan Kerajaan ni, 1st korang kenalah merupakan penjawat awam. And lepas tu korang kena daftar dahulu di laman web ni laman web Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Jangan sia-siakan keistimewaan korang sebagai penjawat awam sebab rumah peranginan kerajaan ni murah sangat! 

Buat Design, Logo

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni saya nak share kat mana korang boleh dapatkan servis membuat logo, buat design, edit gambar, dan macam-macam lagi servis kat Fiverr. Harga serendah 5$ bersamaan RM 22.50.. murah! Jom usha.. dorg profesional tau. Check it out!