Kad Jemputan Majlis Akikah Dan Kesyukuran Simple

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni bosan tak de nak buat apa. So duduk lagi depan pc create la apa-apa pun. Inilah hasilnya.. Kad Jemputan Majlis Akikah & Kesyukuran. Buat simple je. Malas nak buat macam-macam, nampak serabut. Buat pun pakai publisher jer, x pakai photoshop pun. Kalau korang nak, boleh download. Boleh edit detail dalam kad tu..

Share jika bermanfaat.

Label Botol Mineral

Assalamualaikum w.b.t..
Hari tu masa pergi kenduri kahwin siapa ntah, dah lama so dah tak ingat, dia bagi goodies bag yang penuh dengan jajan and sebotol air. Tengok label botol air dia sangat comel. So aku pun teringin la gak nak buat label botol air sendiri. Jadi, ini la hasilnya. Siapa nak boleh ambil, free jer tau... boleh edit nama sendiri. Buka guna Acrobat Reader or Nitro Pro 9.

Share jika bermanfaat.
Download link Label Botol Mineral
Jenis file : .PDF

Kalendar Bulan Jun Yang Comel

Assalamualaikum w.b.t..

Boleh dapatkan di sini Kalendar Bulan Jun 2017
Size A4
Share Jika Bermanfaat :)

Planner Menu Seminggu

Assalamualaikum w.b.t..

Setiap hari jenuh aku nak fikir nak masak apa untuk hari tu. Setiap kali masak, mula la kepala serabut. Itu baru sekali masak, bayangkan sehari kita nak masak 5x, so aku kena fikir 5x la. Tu sehari, kalau seminggu? Sebulan? Setahun?? Mati la nak...hahaha

Ok, hari ni aku nak share la kononnya, printable planner menu untuk seminggu. Memudahkan korang nak rancang menu apa korang nak masak. Lepas dah rancang, baru boleh fikir nak beli bahan-bahannya. Ni tak, masa tu la nak fikir nak masak apa, lepas tu pula nak kena fikir nak beli bahan-bahan. Ke tak buang masa namanya tu.

Dengan planner ni, tanya suami siap-siap..nak makan apa minggu tu. Tulis dalam planner, so tak la lupa. Bila dah print, boleh simpan. Mana tahu nak repeat menu untuk masa akan datang kan..

Dulu masa kecik-kecik duduk dengan mak kat kampung, tak payah pun fikir benda ni semua. Bila dah ada family sendiri baru tahu penat lelah mak dulu. Kesian mak. Yang kita ni pula, tahu nak makan je. Kejam sungguh rasa. Mak kita kat kampung, tak payah la nak planner-planner bagai, apa sayur depan rumah tu ambik je, tak payah la nak fikir apa-apa lagi. Senang! Masa makan, sedap je. Kita pun membesar bagaikan juara. Hebatnya mak kita kan.

Ok lah, membebel panjang pula. So, korang boleh download planner ni kat link kat bawah tu.
Download link Planner Menu Seminggu
Share Jika Bermanfaat :)

LABEL REMPAH RATUS


Assalamualaikum w.b.t..
Memandangkan hari ni hari minggu, semangat untuk mengemas rumah tu berkobar-kobar pula. Habis dapur tu aku kemas, lap sana sini. Tetiba terpandang sudut rak rempah ratus yang aku dah susun, and cakap dalam hati " hari tu, laki aku dah tak kenal mana satu aji and garam halus " and tetiba pula datang idea nak buat label. So, ini la hasilnya.. korang boleh download and print. Lepas ni, bila suruh suami masuk dapur, tak la dia pening cari rempah ratus.


DOWNLOAD  DISINI
SHARE JIKA BERMANFAAT! :)



Hadiah Birthday Untuk Suami

Assalamualaikum w.b.t..
10 May 2017 hari tu birthday suami, aku tak prepare hadiah pun sebab dah pening nak belikan hadiah apa. Dah macam-macam hadiah dah belikan untuk dia, so tahun ni bila tanya nak apa, jawapan macam biasa...x nak apa-apa. Ok fine!
Ingatkan nak belikan dia Ipad, tapi macam dia tak guna jer..dah alang-alang, terus je belikan iphone 7 plus, padan muka. Aku pun tak pening-pening nk belikan dia apa dah.. .



Kenapa belikan dia Iphone? Tahun 2014, pernah hadiahkan dia Samsung Note 3.. memandangkan dia nak bawa Grab Car and perlukan 2 handphone, so aku pun belikanlah handphone ni sebab member-member cakap Iphone tak lag..ntah la.
Mesti korang spektikal kan, suami susah-susah bawa Grab Car, tapi isteri bermewah-mewah beli Iphone. Ok, untuk pengetahuan korang, kalau aku beli barang tak pernah minta duit suami..aku guna duit sendiri yer. Hasil dari lebihan duit gaji... Keputusan suami nak bawa Grab Car bukan sebab gaji dia tak cukup, tapi nak cari duit lebih, padahal kitaorg dah bayar itu ini pn kitaorg still mampu buat sedikit simpanan setiap bulan setelah gaji di tolak semua perbelanjaan rumah, bil-bil dan kelengkapan anak-anak. :)
Sempena hari kelahiran suami ni, aku harapkan semoga dia sentiasa happy, panjang umur..murah rezeki.. semoga sentiasa di dalam lindungan serta rahmat Allah s.w.t. aminnn..

Hangging Ribbon Untuk Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t..
Sesiapa yang berminat untuk nak buat majlis hari guru, so bolehlah download hangging ribbon ni bagi menceriakan hari guru korang.



Hangging Ribbon Untuk Hari Guru
Jenis file untuk download : .rar ( extract terlebih dahulu )
DOWNLOAD LINK : HANGGING RIBBON
SHARE JIKA BERMANFAAT :)

KAD HARI GURU SIMPLE

Assalamualaikum w.b.t..
Hari guru tak lama lagi, so korang boleh hantar kad untuk cikgu korang tanda terima kasih korang atas pengorbanan dorang.
Size A5. Format file .jpeg/jpe





Boleh download kat sini
File .rar. Extract terlebih dahulu..
SHARE JIKA BERMANFAAT.

LABEL TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum w.b.t..
Saya nak share free label untuk hari guru. Boleh print and gantung/ tampal kat hadiah hari guru korang. Format .docx ( boleh buka kat microsoft word ).
Simple jer.
Boleh download disini
SHARE JIKA BERMANFAAT! :)

HARI GURU


Assalamualaikum w.b.t..
Tak lama lagi, kita akan menyambut hari guru pada 16 Mei 2017. Saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya. Terima kasih kerana tak pernah jemu menabur bakti kepada anak-anak bangsa. Tabik spring dengan korang! Tanpa guru, rasanya saya tak akan mengenal apa itu A, B dan C atau 1,2,dan 3... Jasa korang tak akan terbalas sampai bila-bila. Semoga semua guru-guru akan sentiasa sukses hari-hari mendatang. TERIMA KASIH CIKGU! :)
Ok, sempena hari guru saya nak share printable percuma, tanda terima kasih kat cikgu. Print, and korang tulis la apa-apa dalam tu  ;)


Abaikan tulisan buruk tu..dah la pakai marker pen pula tu.. T.T




DOWNLOAD PRINTABLE DISINI
FORMAT FILE : PDF
SHARE JIKA BERMANFAAT.

Tips Untuk Jururawat Pelatih

Assalamualaikum w.b.t..
Sebelum memasuki latihan klinikal di wad, jururawat pelatih haruslah menyediakan beberapa barang penting bagi persediaan di wad nanti. Ini bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa.


1- Beg
- KOrang pastikan beg tu biarlah bersaiz kecil jer, muat untuk bawa barang-barang penting macam buku log dan buku nota prosedur. Janganlah bawa yang saiz besar, nak pergi klinikal ke or nak balik kampung. Jangan kedekut untuk invest beg yang sedikit berkualiti sebab nak guna lama. Lagi satu, PLS la jangan bawa beg macam beg nak pergi shopping...haihh! buruk betul.


2- Stateskop
- Sebagai student, sila bawa stateskope sendiri yer. Jangan nak harapkan monitor portable tu jer, habis tu bila korang nak belajar ambil BP manual. Nanti OSCE pun dah tak tahu nak ambil BP manual macam mana. Jangan asyik pinjam kawan lain punya, kawan pun nak guna.


3- Gunting
- Kalau ada duit lebih sikit, beli la gunting yang khas untuk klinikal tu. Kalau ko bawa gunting kertas tu, kan hujung dia tajam..takut bila pakai kat pesakit, tercucuk pula pesakit. Kalau gunting khas untuk klinikal tu, hujung sebelah bawa dia melengkung, so bila guna ke atas pesakit pun tak tajam.


4- Calculator
- Kalkulator penting sangat. Fungsi untuk mengira dose ubat, drop/minit IV Drip, nak kira fluid intake pesakit..macam-macam lagi lah. So, beli kalkulator kecik tu jer, tak perlu beli kalkulator saintifik tu.


5- Jam
- Setiap jururawat mesti ada jam gantung kat uniform tu. Nurse tak boleh pakai assesories kat tangan kan, so benda ni WAJIB ada. Selain untuk tengok waktu, ia sangat penting untuk DROP ivdrip perminit.


6- Pen
- Pen 3 in 1, ada tigak warna so tak perlu bawa pen banyak-banyak ke wad. Letak stiker nama siap-siap, sebab pen selalu je hilang kat wad, tak pun doktor pinjam. So bila ada nama, senang la orang nak pulang balik kalau tertinggal kat mana-mana, or doktor pun senang nak pulangkan kat siapa kan..

7- Pembaris PainScore.- digunakan bukan stakat untuk menilai tahap kesakitan pesakit, tetapi juga boleh digunakan sebagai pembaris. Senang, tak payah nak bawa barang banyak-banyak.



8- Stapler
- Kat wad banyak lab form nak kena hantar and specimen nak kena hantar, so kena staplerkan sekali. Beli stapler yang kecik tu jer.


9- Buku nota
- Untuk mencatat benda-benda penting masa klinikal.


10- Buku ubat
- Dulu masa aku student nurse, kiorang ada dapat satu buku nota kecik untuk ubat yang selalu digunakan dalam wad sekali dengan fungsi, generic name dia sekali. Dah nama pun student kan, bukan semua benda tahu. Sebagai student, kalau tak tahu WAJIB tanya.jangan buat benda yang boleh membahayakan nyawa pesakit ok.












11- Penlight
-Selain nak bagi cahaya terang, peng light digunakan untuk mengukur saiz pupil pesakit.



12-Vicks!
Mungkin benda ni nampak macam remeh, tapi penting weh..benda ni boleh cover segala bau-bauan yang kurang menyenangkan masa kat wad.Ah! pandai-pandai la korg faham yer :P

Benda ni bukan hanya untuk jururawat pelatih jer, tetapi juga untuk jururawat terletih! Eh, Salah..terlatih ..... Buat la persediaan sebelum masuk klinikal supaya kerja pun senang. Sekian. Sorri la ayat tunggang langgang...mengantuk weh..

KOLEKSI KALENDAR 2017 COMEL!

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni nak share koleksi kalender 2017 yang comel-comel warna dia..
Size 1500 px X 1500 px. Kecik jer... senang letak dalam planner ke, diari.. buku..dll














Boleh download percuma disini 
File .rar

SHARE JIKA BERMANFAAT :)

JADUAL CUTI REHAT 2017 UNTUK JURURAWAT

Assalamualaikum w.b.t
Kepada jururawat Malaysia, korang boleh download and print jadual cuti supaya senang korang catat segala cuit-cuti yang korang dah ambil. So, tak xde la lupa kan... :P

File jenis JPEG


Jadual Cuti Jururawat.docx

DOWNLOAD DISINI

SHARE JIKA BERMANFAAT :)

Selalu Online, Lepak Page Mana?

Assalamualaikum w.b.t..
Nak tanya ni, selalu korg online internet lepak kat mana yer? FB ke, Insta ke... x pun blog sape-sape.


( EDISI, EH Orang tak kesah pun )
Kalau aku, jarang lepak lama kat FB.paling lama pun 5 minit lepas tu dah, tutup balik. Selalu buka internet jer comfirm buka Behance.net, Pinterest.com, Deviantart.com..kat sana la aku lepak sejam dua (kalau ada masa terluang ).. cari idea. Tapi kalau kat FB, page yang wajib aku baca Say No TO MLM, budak-budak hartanah, Pseudoscience Watch ( dulu, skg page PW sebabnya ada orang bebal sangat pergi report page dorg * orang2 yang takutkan kebenaran la sape lagi ), Medical Mythbusters Malaysia ( M3 )...Roots Of Science ( RoS ).. aku sukakn page yang memberi ilmu bermanfaat dan diterima logik akal. Aku malas baca page-page yang merapu.. :P
Kalau page keagamaan, suka page Zakir Naik, and beberapa orang aktivis keagamaan/ kemanusiaan. Korang macam mana pula?
Satu je peringatan untuk diri aku sendiri " Jangan Bazirkan Masa Online, Dengan benda-Benda yang Tidak Bermanfaat " Sekian.

Kata-kata Hikmah Printable

Assalamualaikum w.b.t
Disebabkan terlebih rajin, so buat la kata-kata hikmah ni..sebagai ingatan kita bersama. Boleh print, letak kat diari ataupun planner.. enjoy!

Dah print :D

Dah letak kat planner :)

Semoga bermanfaat! ^_^

Boleh download disini Kata kata Hikmah Printable

Sampul Duit Raya

Assalamualaikum w.b.t..
Memandangkan dah tak lama lagi nak raya *puasa pun belum, so nak share sampul duit raya ni kat korang...boleh print sendiri :) Link untuk download, ada kat bawah yer...




Download disini : Sampul Duit Raya

Semoga bermanfaat