Pengalaman Bersama UBER

Assalamualaikum w.b.t
So, hari ni aku nak share cerita tentang UBER. Sebelum tahun 2016, aku tak tahu pun apa-apa pasal UBER ni.. yang aku tahu, MYTEKSI jer. Ok, pengalaman aku dengan teksi-teksi sekitar kl ni, kadang-kadang ok, kadang-kadang ada yang menyakitkan hati. Aku tak cakap semua pemandu teksi tu jahat, TAK! Ada segelintir je, tapi yang segelintir tu la yang buat pemandu teksi yang lain rosak gak.. kesian tau!

Aku sebenarnya dah beberapa kali kena tipu dengan pemandu teksi ni sebenarnya. Yang aku ingat kebanyakkan pemandu teksi yang duk duduk tunggu penumpang kat bawah KLCC tu tak nak pakai meter. Ok, masa tu hari ketiga raya tahun 2014, husband dah strat kerja, so dia nak makan tengah hari tak boleh sebab kedai makan tak buka lagi area ofis dia, so aku kesian la kat dia. Lepas tu, aku dari KLCC bawa la makanan untuk dia. Aku ambik teksi kat bawah KLCC tu, semua xnak bawa aku g wisma Goldhill tempat husband aku kerja.. ok, fine! So, aku tanya sorang pemandu teksi ni, dia cakap dia boleh hantar tapi kena bayar rm 25. What!? mahal giler. Aku pun tanya la, bukan pakai meter ke? Dia jawab sambil sengeh-sengah.. ala dik, waktu raya.. Apa kena mengena waktu raya dengan pakai meter. Last2 aku ambik teksi yang baru turunkan ppenumpang kat KLCC, dia hantar aku gi tempat husband aku kena rm 7.50 je kot! Jauh beza dengan rm 25..

Ok, yang tu cerita pertama mengenai teksi. Pengalaman kedua pula, kat KLCC gak. Ye la, tak kan ko nak cop semua pemandu teksi tu sama je ada perangai buruk, so aku sedapkan hati ambik jugak teksi yang duk menunggu penumpang kt bawah KLCC tu. Aku naik la, dia boleh hantar pergi Goldhill. Ko tahu, teksi baru gerak semeter, meter teksi dah naik 25sen! Ko rasa, geram tak geram...sepatutnya selepas 3 minit yang pertama baru meter naik 25 sen kot. Pergh! Sabar Isma, sabar. Aku pun, okeh.. rileks isma. Aku tak complaint lagi, aku diam jer. Dia ajak borak-borak, aku layan endah tak endah jer. Bila sampai offis suami aku, meter tu dia tak bagi aku tengok. Tetiba dia suruh aku bayar RM 10. Pdahal, sebelum dia tutup meter tu aku nampak RM 8.00. Aku tadi yang dah sedia geram, aku cakap, nak tengok meter. Boleh plak pemandu teksi tu naikkan suara, dia cakap..U nak bayar ke tak nak bayar? Aku cakap, ofkos la aku nak bayar, tapi aku nak tengok meter..ni tak pasal-pasal terus cas aku RM 10..apesal. Aku kalau betul, RM 50 pun aku akan bayar. NI, dah terang-terang ko tipu aku kan. Lepas tu dia bising lagi, u bayar la! Sambil tunjuk-tunjuk aku..Aku keluar teksi, aku campak jer duit RM 10 kat kerusi. Geram punya pasal.Aku sempat gak snap no flat teksi dia, so lepas tu aku terus report kat SPAD. Alhamdulillah, tindakan SPAD memang cepat. Dah ada maklum balas dari dorg and dorg pun dah ambik tindakan yang sewajarnya kat pemandu teksi tu. Thanks SPAD!

Sejak kejadian tu, aku dah serik naik teksi..melainkan terdesak.and nak cepat.. So, last-last husband suggestkan untuk ambik UBER jer. Aku terus download aplikasi UBER. First time aku naik UBER dari PWTC ke Ampang ( rumah aku ), kena cas rm 18 je, padahal masa tu jem jugak..masa orang balik kerja. Eh, murah la! Kalau naik teksi paling murah pun kena RM 25 ( kalau tak jem ). Wow, dah la masa tu naik Uber Honda CR-V baru tu, pergh! okeh, aku jakun sekejap.. dah la kereta dia bersih, wangi..servis pun bagus...siap dia tanya aku aircond rasa tak kat belakang. Kalau teksi ( tak semua ), ada yang bau hapak.. teksi kotor, aircond tak de, berpeluh ketiak aku. Tapi aku takut gak, orang salah faham..ye la, sape plak lelaki hantar bini Awalu balik rumah ni..hahaha. Aku terus call suami aku, cakap aku naik UBER..naik CR-V ( takut jadi fitnah ). Sejak dari tu la, aku terus guna perkhidmatan UBER ni.

Ok, ada satu lagi yang best tentang UBER ni. Masa tu aku nak balik rumah dari Hospital KUala LUmpur. Anak aku keluar wad selepas kena admit 3 hari. Masa tu jugak la orang tengah balik kerja, memang jem kaw2..lagi-lagi kat kawasan Kg. Baru tu. Kena charged rm 30, kalau teksi comfirm lagi mahal. Ok, tak pe..jem teruk kot masa tu. Tengah cepat-cepat keluar dari kereta UBER tu, handphone aku tertinggal plak. Jenuh la kena marah dengan suami. Aku buntu. Tak tahu jatuh kat mana. Tapi, dalam kereta UBER aku still guna hp untuk call suami.. ni mesti jatuh kat dalam kereta UBER ni. Dah la hp aku tu bateri kong, ada password, nak call macam mana. Aku terus buka email ( email yang aku guna untuk register UBER ), ye la..kot-kot ada no flat kereta UBER yang aku naik tadi. Ada ok! Semua history perjalanan kita, dorang akan hantar and direkodkan di dalam email. So, kau boleh tahu, tadi ko naik kereta siapa, pukul berapa..dari mana ke mana..semua rekod ada, so jangan risau. Nanti aku ajar macam mana nak track pemandu kalau ada something happen contohnya tertinggal barang ke dalam next entry. Agak-agak kalau naik teksi dapat tak hp tu balik? Boleh, tapi susah!

Apa lagi aku suka pasal UBER ni kan, dorang tak tahu kita nak pergi mana..selepas kita naik kerta dorang, baru dorang tahu ( itu pemandu UBER sendiri yang cakap kat aku la )..aku pun tak tahu, betul ke tak. Hahaha.. So, dorang tak pernah menolak untuk ambik pelanggan. Kalau teksi, aku cakap je TAMAN MULIA JAYA, Ampang..semua pakat tak nak hantar..sebab Ampang kn jem. Melainkan yang tak tahu.

Lepas tu, pemandu UBER ni dorang pakai WAZE, kalau tak tahu jalan....kalau teksi? Sama ada dia tak nak ambik kau, atau dia suruh kau tunjuk jalan..hahaha.

Kita boleh bagi berapa bintang kita nak bagi kat pemandu UBER tu berdasarkan servis dorang...samada kita berpuas hati atau tak. Kalau teksi? Kau puas hati atau tak kat servis dorang, ada dorang kisah? Melainkan dorg melanggar etika pemandu teksi, so kau boleh la buat complaint kat SPAD.
Sekarang, perkhidmatan UBER dah buka tau kat Seramban. Hari tu, aku nak ke Port Dickson dari KTM Seremban. Buka aplikasi Grab Car, untuk teksi Budget dorang charged sampai RM 30++ sampai rm 58, naik grab car X dorg charged RM 32 ( tak termasuk tol ), buka aplikasi UBER dorg just charged RM 25++ ( termasuk tol )..Kau rasa? Gila tak pilih UBER, murah kot!

Kalau korang tanya aku mana ok, Grab Car atau Uber? Bagi aku sama jer, tapi..pemandu grab car cakap, kalau Grab car dorang boleh tahu penumpang nak pergi mana..kalau pemandu UBER, dorang tak kan tahu selagi penumpang tak naik kereta dorang, so nak tak nak..dorng kena juga ambik penumpang tu..haha, tak tahu betul atau tak.

pesanan: Aku tak cakap teksi tu tak bagus, aku smp sekarang still gak guna teksi sekali sekala. Tapi, aku lebih berhati-hati dah. Jangan disebabkan artikel ni, korang cakap aku benci teksi. TAK! sebab dulu pun arwah ayah aku pun pemandu teksi juga. :)

Ok! Sebelum tu..bagi pembaca blog ni.. boleh guna code dibawah  ni untuk dapatkan diskaun jika menggunakan UBER pertama kali..

0 comments: