Rumah Penginapan Peranginan Persekutuan Morib

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nk cerita pertama kali menginap di Rumah Penginapan Peranginan Persekututan Morib. Husband ajak bercuti, tapi tak tahu kat mana. So, aku pun terus buka laman web Rumah Penginapan Persekutuan.. check kot2 ada rumah peranginan yang kosong. Check punya check, dapat RPP Morib. Terus la booking.. dapat booking banglow 3 bilik and just bayar RM 100 untuk satu malam.. deposit RM 50 dan dorang akan pulangkan balik.

Lepas korang melepasi pintu masuk, korang akan jumpa dewan ni dulu. Depan dewan ni la ada pejabat pengurusan RPP Morib ni.


Ni la rupanya rumah banglow yang kiorg duduk.

Beranda rumah. Best tempat bersantai petang-petang

 Depan rumah ada pagar untuk ke pantai. Masa kiorg sampai dalam pukul2 ptg hari tu, pagar ni berkunci lagi. Dorang buka pukul 5 ptg hari tu.

 Gambar dari beranda, Ada playground, and tempat bbq pun ada.

 ok, gambar yang ni saya ambik kat depan rumah banglow yang satu lg.



Malam tu, kiorg bbq. Best sangat.

 Suasana semasa malam

Depan rumah boleh parking 2 kereta.tak payah parking jauh2.
Insya Allah, ada masa lagi kiorg akan datang lagi. Bagi aku, tempat ni sangat best untuk bawa family bercuti.. . Kanak-kanak pun suka sebab ada playground.