Sifat Pemalas Kemas Rumah

Assalamualaikum w.b.t..
Sifat malas mesti ada kt dalam diri seseorg tu, tak kesah la byk ke sikit.. and saya pun macam tu. Saya memang pemalas sangat nk buat itu ini, percaya tak? Tapi, saya akan lawan sifat malas tu.. lagi-lagi bab nak kemas rumah.. baru je kemas sikit, dah bersepah..lemah semangat dibuatnya. Selalunya , bila dah tak de mood nak kemas rumah..saya cepat-cepat buka blog rakan-rakan blogger yang lain tentang susun atur rumah..wah! kemas sangat. Boleh ambik idea dorang.. jeles tau tengok rumah dorg kemas je. And secara automatik semangat nak kemas rumah tu datang.. berkobar-kobar plak tu..hahaha.. and lepas tu, habis satu rumah saya kemas and susun. Itu je cara saya nak kembalikan sifat rajin mengemas.. rumah saya ni rumah kos rendah je ( 633 sq ft ), bilik pun ada  2. tp barang banyak, x tahu nak sumbat mana. Insya Allah, jika ada rezeki lebih kami suami isteri, nanti boleh la beli rumah besar sikit.. doakan ye. :)
Antara blog yang saya selalu skodeng nak bagi semangat kemas rumah ni meresap ke dalam diri..



Sebenarnya banyak lagi, tapi yang dua ni la yang saya selalu skodeng.. selain tu, saya salalu juga buka Pinterest, nak cari idea cara kemas-kemas barang.. Kalau bab-bab nak beli barang hiasan rumah, or tempat penyimpanan barang..saya beli yang murah-murah je.. tak mampu nak beli mahal-mahal. Tempat yang selalu saya shopping kat Mr. DIY, Kaison, Daiso, and Sogo ( beli bila ada sale jer ).. Hari tu, beli beberapa barang kat Kaison, tapi sebelum pergi kaison saya singgah sekejap kat Sogo.. niat beli frame gambar kat Sogo, barang dah ambik..masa nak bayar tu..trus tak jadi sebab nak usha Kaison dulu.. mana tahu boleh dapat frame yang seakan akan sama tapi jauh lebih murah..sebab frame yang kat Sogo tu dalam RM 100  lebih. Sampai kat Kaison, jumpa frame seakan-akan sama dengan kat Sogo.. tp just Rm 22.90 jer. Berbaloi-baloi. 


Yang ni gambar kanvas, tengok kat Sogo RM 32++ ( gambar bunga).. beli kat Kaison.. beli rm 25++


Kalau kat Sogo dalam Rm 9.90.. banyak beza tu.


Beli Wallpaper kat Kaison 10M panjang Rm 19.90.. saya beli buat cover drawer suami yang dah macam belacan. Banyak lagi balance, tengah cari idea nak cover apa plak lepas ni.

Masa singgah kat Sogo tu, just beli cadar untuk single bed and perfume kereta/ rumah.. wangi! Jenama Lovely Lace.. RM 29.90.. dapat dua bekas.. boleh campur. Masa beli tu, nampak encik2 beli pewangi ni.. kebetulan suami pun ada pesan suruh beli pewangi kereta, so saya beli yang ni. Satu untuk rumah, satu untuk kereta. Saya sebenarnya memang tak suka pewangi kereta yang biasa jual kat kedai tu ( biasanya wangian lemon ), sakit kepala dibuatnya. Terus mabuk and pening. :)


0 comments: