Mesin basuh Samsung Active Dual Wash

Assalamualaikum w.b.t..
Sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 3, encik suami hadiahkan saya mesin basuh baru memandangkan mesin basuh lama dah tak boleh on.. saya terpaksa cuci baju pakai tangan.. sadis kan.
Sebelum ni saya pernah bagitahu suami yang saya nak mesin basuh samsung baru ni, tapi tak de la nak2 sangat..sekadar menyatakan hasrat je.. tak sangka pula suami hadiahkan mesin basuh idaman ni. Terima kasih encik suami..
kenapa saya suka mesin basuh ni?

1- Ada tempat menyental.
Saya ni tak suka main masuk je kain dalam mesin, saya kena gosok guna tangan dulu sebelum masuk kain spt seluar dalam dan baju-baju anak..supaya lebih bersih. So, dengan adanya benda alah ni..saya tak payah nak menyental baju kat dalam besin.. Sebelah benda ni ada macam tempat air keluar..so x payah susah2 cedok air masuk dalam alat tu.. lepas sental baju, terus tuang je dalam mesin basuh dia..

2- Magic detergent dispenser
Yang ni, fungsi dia bila kita letak sabun.. kat dalam tu ada macam benda bentuk kipas..so bila air masuk dalam dispenser tu..dia akan pusing sekali..so, xde la lebihan sabun dalam dispenser tu.. bersih jer.. x sama dengan mesin basuh lain..

3- Wobble technology
Ni fungsi dia, bila kita basuh baju tu, baju tak bergumpal.. masa nak keluarkan baju dari dalam mesin basuh pun senang... tak terbelit2 dengan kain2 yang lain.

4- Magic filter
Kalau korang perasan, kalau mesin basuh biasa.. dia guna kantung jaring kan nak elak partikel2 yang terdapat kat pakaian kita.. tp kalau mesin basuh ni..dia x guna jaring2 tu.. dia guna filter kat bahagian tepi.. senang nak bersihkan filter.. pakaian pun bersih..xde benda macam bulu2 ke melekat.

5-Teknologi inverter digital
Yang ni fungsinya untuk menjimatkan elektrik..so, xde la banyak sangat guna elektrik.. bil pun x melambung.

6- Setiap kali dia nak start membasuh and stop membasuh..dia akan keluarkan bunyi muzik comel..suka sangat.

7- Boleh  detect error pada mesin dengan aplikasi.. kena download kat smartphone la.. nama benda alah ni...Smart Check. So, bila mesin tetiba tak boleh gerak ke.. dia akan keluar nombor error..so, senang nak tahu apa masalah mesin ni. Bila nak call tukang repair, dah tahu diagnose kerosakan mesin korang.

Sebenarnya banayk lagi keistimewaan mesin basuh ni.. korang boleh check kat laman web Samsung.


Ni la mesin basuhnyer..



Bahagian dalam mesin.. Yang kat tepi tu la yang saya maksudkan filter untuk tangkap partikel2 yang keluar dari kain yang kita basuh tu.
Yang kat bawah tu, nampak tak yang macam roda tu.. ada dua tu.. tu la dinamakan teknologi wobble.. pakaian korang tak akan tergumpal antara satu sama lain. 

 Yang ni tempat letak sabun dia.. bila air keluar untuk ke bahagian tempat letak sabun ni.. kipas tu yang akan pastikan sabun tu betul2 larut.. and tidak meninggalkan kesan sabun kat pakaian korang dan kat dalam dispenser tu skali.

Yang ni la tempat soak pakaian tu.. x susah2 cari besen.. nak rendam pakaian kat sini pun boleh.. kalau korg prasan..kat belah kanan tu ada tempat air masuk.. 


Mesin basuh lama.. beli pun 2ndhand jer. Pakai dah 4 tahun, sebelum kahwin lagi.. owner 1st..dah pakai x tahu dah brp tahun.. akhirnya tewas jugak.
 So, bagi sesiapa yang nak beli mesin basuh, sangat disyorkan.. harga pun boleh tahan.. xde la semahal mesin front load tu.. tak mampu kami nak.

0 comments: