Bercuti Sempena Tahun Baru

Assalamualaikum w.b.t
Selamat tahun baru 2016 pada korg. Hari ni just nak share masa 1.1.2016 hari tu kiorg satu family termasuk family in law bercuti kat Lukut, Port Dickson. Mulanya ingatkan nak berkhemah dekat dengan pantai jer. Tetiba teringat pula tragedi 3 tahun lepas, kiorg dilanda angin ribut. Insaf dibuatnya. Lagipun memandangkan Irzhan baru 3 bulan, so kena tempah hotel.. tapi suami tetap dirikan khemah tepi pantai sebab FIL nak menjaring bersama dengan kawan-kawan dia.. First, suami nk booking hotel budget jer.. tp nampak macam tak selesa.. kesian Irzhan. SO, last-last saya ajak je dia check in kat Glory Beach Resort. Masa mula-mula nak masuk tu, yang tinggal apartment 3 bilik je yang tinggal, harga masa peak season Rm 580. Hampa... macam tak berbaloi je duduk sehari tp kena bayar memahal cam tu. Tetiba ada sorang lelaki tegur, dia tanya nak cari apartment ker.. dia bagi duduk kat apartment dia.. dia minta rm 380 je. 3 bilik.. rupa2nya ramai yang macam encik abg ni.. tgh cari pelanggan.. dorg berebut2 nak offer dduk apartment dorg.. kalau pandai main harga, mungkin korang akan dapat lagi murah. Saya cakap nak tanya suami dulu.. masa tu suami tengah bincang dengan sorg amoi cina, dia pun offer apartment dia.. dia offer rm 450.. rumah menghadap pandai, 3 bilik..semua beraircond,, ada tv, microwave, air panas.. macam-macam lagi. So, saya trick la amoi cina tu.. saya ckp tadi lelaki tu offer sy rm 320.. saya cakap kalau dia tak bagi murah, baik saya ambik je kt lelaki tu tadi.. bincang punya bincang, last-last dia mengalah..dia bagi harga rm 320.. hahaaha.. YES! Akhirnya dapat gak harga murah..bilik boleh tahan.. tingkat 7.. view memang cantik, menghadap pantai.

Layan sunset

Irsyad takut.. nangis2 x nak masuk kolam.. last2 suami ajak dia main terjun2.. boleh plak..haihh



Tempat menjaring ikan..



Memandangkan sy and anak duduk kt dalam bilik je, suami n FIL pergi menjaring. Banyak gak dorang dapat malam tu.. 





Lepas menjaring ikan, dorang bakar jagung plak.. bestnyer,,, 

Insya Allah, kalau ada cuti panjang lagi.. boleh pergi bercuti tempat lain pula.. :)

0 comments: