Idea Hadiah Untuk Si Dia ( Perempuan )

Assalamualaikum w.b.t
Setiap kali hari jadi, mesti pening nak fikir..apa hadiah yang korang nak bagi kan. Kat bawah ni aku tolong listkan hadiah apa yang patut bagi. Khas untuk wanita..

1. Set make up.
Kalau orang tu jenis yang suka bermake up, apa kata korang hadiahkan dia set make up.. kalau tak set pun, boleh je belikan eye shadow je. Kalau yang mampu tu, boleh la belikan jenama MAC, kalau tak mampu.. boleh je belikan jenama Miss Rose..contoh kat bawah tu. Sebab dulu masa aku kawen, dua2 juru make up aku guna jenama Miss Rose.. hasil memang superb!

Yang ni Miss Rose 3D, cantikkan.. color dia memang terang. Ada lagi jenis lain, boleh try tengok.
Selain tu, korang boleh beli berus make up ker..

2. Gadget..
i. Instant Kamera
ii. Sport camera seperti Go pro. Tapi kalau tak mampu beli go pro, boleh beli Sj cam atau Xiomi Yi. Hasil lebih kurang je, kalau beli go pro, accessories kena beli asing.. kalau beli Sj Cam dia bagi skali pakej.
iii. Drone
Agak-agak ada tak perempuan yang minat benda alah ni? Hahaha.. kalau aku, opkos la nak kalau org bagi..kikiki

iv. Kalau mampu boleh beli kamera dslr, smartphone seperti Iphone ( boleh ukir nama dia kt belakang), ipod touch, dll.

3. Hiasan bilik
i. Cadar
ii. Katil Ikea
Apa kata, ko gantikan katil dia yang buruk tu kepada katil ikea yang comel ni. 
iii. Meja /cermin solek




4. Tudung/ Shawl
Sekarang dah banyak shawl and tudung yang up to date.. so, boleh rembat satu.. pastikan labuh ye.. x mau singkat2.
Bagi sesiapa yang tak pakai tudung, boleh hadiahkan dia Hair Straightener atau Curler
Hair curler
Jenama philips atau Babyliss
5. Alatan memasak
Bagi sesiapa yang ada awek yang suka memasak, boleh bagi dia barang2 kat bawah, so boleh lah suruh dia masak makanan kegemaran korg.
i- Happycall Frying Pan Set 
ii- Konstar Master Chopper Set
iii- Shimono Core X Multifuntional Blander
iv- Strom Double Pan
v- Air Friyer
Dll..

6.Pakaian

i- Telekung seperti jenama Siti khadijah dan Mia Mikhail

ii- Body Shaper..kalau awek korang berbadan gempal :P
iii- T shirt Couple

7. Perhiasan diri
- Rantai

- Gelang

- Anting-anting

- Cincin

- Cekak rambut

-Hair pin clip
Tak perlu yang mahal-mahal, yang penting cantik dipandang. 

8. Wangian
- Minyak wangi
- Set mandian Body Shop

9. Lain-lain.
- Mesin Jahit Mini Murah ( cari kat Lazada )

- Dompet, beg tangan, high heel ( kena tahu saiz kaki )
- Jam = Jam tangan, jam dinding, jam loceng
- Mug bergambar
- Cermin mata hitam
- Anak patung

10. Hadiah murah tapi berganda
- Ko bagi dia hadiah yang murah-murah tapi banyak. Contohnya, first bagi coklat, selang beberapa minit ko bagi dia kek potong plak, lepas tu bagi bunga, selang beberapa minit lagi ko bagi dia tiket tengok wayang, pas tgk wayang..ko bawa dia g makan makanan yang dia suka or g makan aiskrim, tak kesah la ko nak bg apa lagi.. sebelum balik rumah, ko bagi dia hadiah yang sebenar.. yang mahal sikit la..hahaha.. ok la, tu je aku terfikir buat masa sekarang, kalau ada lagi terlintas kt fikiran aku..nanti aku update lagi yer. Sekian.