Idea Hadiah Bajet Untuk Jururawat

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni aku nak share dengan korang idea, apa yang korang nak hadiahkan kat korang punya adik,kakak, abang , makcik, mak or kawan-kawan yang bekerja sebagai seorg jururawat. Tak kesah la sempena hari jadi ke or sempena hari jururawat.. may be idea ni korg boleh pakai.. :)

1. Pen
Kalau korg nak tahu, pen adalah benda paling berguna bagi jururawat. Dorg guna untuk tulis note.. so, apa kata korg hadiahkan pen untuk dorg..tapi pesan awal2, jangan hilangkan pen kat wad ye..
Pen 3 warna


2. Beg pensil/pen
Ofkos la untuk letak pen, gunting, pembaris..


3. Compression stokings
Disebabkan jururawat ni kerja dia berdiri je sepanjang masa, lepas tu buat kerja berat-berat.. so, stoking ni berguna untuk mengelakkan dorg dapat varicose vein.



4. Jam gantung
Jururawat adalah dilarang memakai jam ataupun accessories macam cincin ke, gelang ke.. supaya elakkan jangkitan silang and boleh cederakan pesakit. So, apa kata korg belikan jam gantung kat baju jururawat tu. Kalau boleh, beli la yang berjenama sikit sebab yang beli yang biasa2 tu, cepat rosak and habis bateri :P


5. Sweater/ jeket
Kat luar, jururawat dilarang memakai uniform tanpa lapik kat luar. Ini adalah untuk menjaga etika berpakaian uniform. So, apa kata korang belikan dorg sweater/ jeket ( warna hitam). Kalau kreatif, korang boleh hantar sweater tu untuk disulam macam kat bawah ni, comel kan :)


6. Buku
Boleh hadiahkan dorg buku yang menceritakan tentang tugas jururawat ni. Contoh Diari Seorang Jururawat (oleh Aminah Moktar ), ataupun Chicken Soup For The Nurse's Soul.                                    


7. Kasut 
Yang ni khas untuk jururawat yang kerja bahagian dewan bedah. Korang boleh hadiahkan dorang kasut kat dalam dewan bedah dengan syarat tidak berlubang-lubang dan berkartun. And kasut tu mesti yang material getah ok, senang nak lap darah kalau jatuh kat atas kasut. Yang kat bawah ni, jenama Sanita, Crocs pun ada tapi satu warna je la. Jenama Toffeln pun cantik2 gak..

8. T shirt jururawat
9. Payung
Disebabkan hospital nak parking susah, so kadang-kadang kena parking jauh sikit dari tempat kerja. Kena jalan kaki ke wad, tetiba plak hari hujan.. so time ni la payung amat-amat penting.. dah la baju warna putih, kang basah plak baju.. free show depan pesakit nnt.. :P


So, tu je la.. x tahu dah nak bg cadangan apa.. semoga bermanfaat!