Idea Hadiah Untuk Si Dia ( Perempuan )

Assalamualaikum w.b.t
Setiap kali hari jadi, mesti pening nak fikir..apa hadiah yang korang nak bagi kan. Kat bawah ni aku tolong listkan hadiah apa yang patut bagi. Khas untuk wanita..

1. Set make up.
Kalau orang tu jenis yang suka bermake up, apa kata korang hadiahkan dia set make up.. kalau tak set pun, boleh je belikan eye shadow je. Kalau yang mampu tu, boleh la belikan jenama MAC, kalau tak mampu.. boleh je belikan jenama Miss Rose..contoh kat bawah tu. Sebab dulu masa aku kawen, dua2 juru make up aku guna jenama Miss Rose.. hasil memang superb!

Yang ni Miss Rose 3D, cantikkan.. color dia memang terang. Ada lagi jenis lain, boleh try tengok.
Selain tu, korang boleh beli berus make up ker..

2. Gadget..
i. Instant Kamera
ii. Sport camera seperti Go pro. Tapi kalau tak mampu beli go pro, boleh beli Sj cam atau Xiomi Yi. Hasil lebih kurang je, kalau beli go pro, accessories kena beli asing.. kalau beli Sj Cam dia bagi skali pakej.
iii. Drone
Agak-agak ada tak perempuan yang minat benda alah ni? Hahaha.. kalau aku, opkos la nak kalau org bagi..kikiki

iv. Kalau mampu boleh beli kamera dslr, smartphone seperti Iphone ( boleh ukir nama dia kt belakang), ipod touch, dll.

3. Hiasan bilik
i. Cadar
ii. Katil Ikea
Apa kata, ko gantikan katil dia yang buruk tu kepada katil ikea yang comel ni. 
iii. Meja /cermin solek




4. Tudung/ Shawl
Sekarang dah banyak shawl and tudung yang up to date.. so, boleh rembat satu.. pastikan labuh ye.. x mau singkat2.
Bagi sesiapa yang tak pakai tudung, boleh hadiahkan dia Hair Straightener atau Curler
Hair curler
Jenama philips atau Babyliss
5. Alatan memasak
Bagi sesiapa yang ada awek yang suka memasak, boleh bagi dia barang2 kat bawah, so boleh lah suruh dia masak makanan kegemaran korg.
i- Happycall Frying Pan Set 
ii- Konstar Master Chopper Set
iii- Shimono Core X Multifuntional Blander
iv- Strom Double Pan
v- Air Friyer
Dll..

6.Pakaian

i- Telekung seperti jenama Siti khadijah dan Mia Mikhail

ii- Body Shaper..kalau awek korang berbadan gempal :P
iii- T shirt Couple

7. Perhiasan diri
- Rantai

- Gelang

- Anting-anting

- Cincin

- Cekak rambut

-Hair pin clip
Tak perlu yang mahal-mahal, yang penting cantik dipandang. 

8. Wangian
- Minyak wangi
- Set mandian Body Shop

9. Lain-lain.
- Mesin Jahit Mini Murah ( cari kat Lazada )

- Dompet, beg tangan, high heel ( kena tahu saiz kaki )
- Jam = Jam tangan, jam dinding, jam loceng
- Mug bergambar
- Cermin mata hitam
- Anak patung

10. Hadiah murah tapi berganda
- Ko bagi dia hadiah yang murah-murah tapi banyak. Contohnya, first bagi coklat, selang beberapa minit ko bagi dia kek potong plak, lepas tu bagi bunga, selang beberapa minit lagi ko bagi dia tiket tengok wayang, pas tgk wayang..ko bawa dia g makan makanan yang dia suka or g makan aiskrim, tak kesah la ko nak bg apa lagi.. sebelum balik rumah, ko bagi dia hadiah yang sebenar.. yang mahal sikit la..hahaha.. ok la, tu je aku terfikir buat masa sekarang, kalau ada lagi terlintas kt fikiran aku..nanti aku update lagi yer. Sekian.


Idea Hadiah Bajet Untuk Jururawat

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni aku nak share dengan korang idea, apa yang korang nak hadiahkan kat korang punya adik,kakak, abang , makcik, mak or kawan-kawan yang bekerja sebagai seorg jururawat. Tak kesah la sempena hari jadi ke or sempena hari jururawat.. may be idea ni korg boleh pakai.. :)

1. Pen
Kalau korg nak tahu, pen adalah benda paling berguna bagi jururawat. Dorg guna untuk tulis note.. so, apa kata korg hadiahkan pen untuk dorg..tapi pesan awal2, jangan hilangkan pen kat wad ye..

Pen 3 warna


2. Beg pensil/pen
Ofkos la untuk letak pen, gunting, pembaris..


3. Compression stokings
Disebabkan jururawat ni kerja dia berdiri je sepanjang masa, lepas tu buat kerja berat-berat.. so, stoking ni berguna untuk mengelakkan dorg dapat varicose vein.



4. Jam gantung
Jururawat adalah dilarang memakai jam ataupun accessories macam cincin ke, gelang ke.. supaya elakkan jangkitan silang and boleh cederakan pesakit. So, apa kata korg belikan jam gantung kat baju jururawat tu. Kalau boleh, beli la yang berjenama sikit sebab yang beli yang biasa2 tu, cepat rosak and habis bateri :P


5. Sweater/ jeket
Kat luar, jururawat dilarang memakai uniform tanpa lapik kat luar. Ini adalah untuk menjaga etika berpakaian uniform. So, apa kata korang belikan dorg sweater/ jeket ( warna hitam). Kalau kreatif, korang boleh hantar sweater tu untuk disulam macam kat bawah ni, comel kan :)


6. Buku
Boleh hadiahkan dorg buku yang menceritakan tentang tugas jururawat ni. Contoh Diari Seorang Jururawat (oleh Aminah Moktar ), ataupun Chicken Soup For The Nurse's Soul.                                    


7. Kasut 
Yang ni khas untuk jururawat yang kerja bahagian dewan bedah. Korang boleh hadiahkan dorang kasut kat dalam dewan bedah dengan syarat tidak berlubang-lubang dan berkartun. And kasut tu mesti yang material getah ok, senang nak lap darah kalau jatuh kat atas kasut. Yang kat bawah ni, jenama Sanita, Crocs pun ada tapi satu warna je la. Jenama Toffeln pun cantik2 gak..

8. T shirt jururawat
9. Payung
Disebabkan hospital nak parking susah, so kadang-kadang kena parking jauh sikit dari tempat kerja. Kena jalan kaki ke wad, tetiba plak hari hujan.. so time ni la payung amat-amat penting.. dah la baju warna putih, kang basah plak baju.. free show depan pesakit nnt.. :P


So, tu je la.. x tahu dah nak bg cadangan apa.. semoga bermanfaat!

Selamat Hari Kelahiran Suamiku

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni, adalah hari kelahiran encik suami.. saya tak dapat nak bagi dia hadiah apa2 pun.. just saya bawa dia makan kat Flora Kafe Ampwalk. Apa yang saya harapkan, semoga encik suami dapat keberkatan apa yang dia lakukan, panjang umur, dan murah rezeki.





Smart TV Pilihan Aku - SMART TV LG 42" 42LB5820

Assalamualaikum w.b.t..


Hari tu, aku and suami pergi survey tv sebab nak gantikan tv sony yang besar gabak yang ada kat rumah tu. Sebab utama aku kiorang beli tv ni bukan apa, tv sony yang ada sekarang tu besar..kena letak kat kabinet tv, so makan space rumah aku yang kecik senonet ni.. lepas tu, anak aku ni jenis yang layan lagu2 baby kat youtube tu, selalu gaduh ngan ayah dia nak duduk depan pc, so bila ada smart tv ni tak de la dia ganggu ayah dia buat kerja. 

Survey punya survey, last-last aku berkenan smart tv lg 42" model 42LB5820.. kami beli kat Aeon Big, Ampang. Harga boleh dikatakan murah Rm1499.. tapi masa beli tu diskaun rm 30, so dapatlah beli dengan harga rm 1469.. alhamdulillah. Kenapa aku pilih model ni,first.. harga murah berbanding smart tv yang sama besar kat pasaran. Lepas tu, lots of features, korang boleh check kat laman web LG ni.. Smart TV LG 42" 42LB5820 , comfirm korang akan rasa kalau beli tv ni mmg berbaloi-baloi.  

 Tapi antara yang aku suka pasal tv ni,
1) Application seperti youtube, facebook, email and boleh main game.. banyak lagi.. but, korang kena ada wifi la..
2) Share screen contohnya korang boleh share screen smartphone korang dengan tv ni! bagus x?
3) Time machine - yang ni sama macam astro la.. boleh pause, stop, rewind and re-watch lepas korang record movie yang korang nak tengok tu kat external hard drive.
4 ) USB movie - yang ni kalau korang ada download movie ke lepas tu save kat usb or external hard disk, korang boleh cucuk kat dia punya usb port..lepas tu layan... hahaha

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan smart tv lg ni, nak aku cerita satu-satu..memang panjang berjela..

So, bagi sesiapa nak beli tv ni.. aku memang rekomen.. kalau nak harga lagi murah.. korang boleh beli kat lazada.. rm 1399 je  >>>>Beli kat lazada<<< .. lagi murah dari harga yang aku beli kat Aeon Big. Tapi kat Aeon Big boleh sentuh2.. and check sebelum beli.. tengok dlu, puas hati..baru beli..hahahah..



Screen Share
 Encik suami layan game COC kat screen lagi besar.

Layan Facebook kat tv pula :)

Irsyad layan lagu kanak-kanak kat youtube.

Yang ni, aku download video dari youtube masuk usb, lepas tu cucuk kat usb port.
Layan lagu selimut tetangga dari Republik.

Sekian.