Menyambut Hari Kelahiran ke-26

Assalamualaikum w.b.t..
Semalam aku menyambut hari kelahiran yang ke 26. Terasa diri ni macam budak-budak lagi, walaupun hakikatnya dah beranak pinak dah...hahahah...
Tiada yang istimewa pun yang terjadi semalam kecuali yang satu tu.. ye la, aku lahir 29.2.88.. so kena sambut 4 tahun sekali. Aku tak sambut befday 28.2.. tak best! hahaha.. nak juga special kan..(special ke rugi?)
Nak dijadikan cerita, 27.2.88.. pada pukul 10 malam, encik suami ye2 tak bagi aku tidur awal. aku pun pelik la... lepas tu balik2 dia tengok handphone cikai aku. Dia cakap, aku tak malu ke pakai handphone buruk? Aku jawab la tak pun.. aku ni bukan yang kesah sangat pasal handphone yang canggih2 nih.. aku pakai yang mana ada je.. ada juga la 3 ke 4 kali dia tanya benda yang sama. Tepat pukul 12 tengah malam, dia wish Happy birthday kat aku.. huhuhu, terharu rasa. Last2 dia bagi aku goodies bag samsung..tengok2 ada handphone samsung galaxy s4 kat dalam. Alhamdulillah.. terima kasih suami. Sebenanrnya, aku tak pernah minta benda mahal-mahal macam ni.. rasa bersalah sangat-sangat tau. Aku tahu bukan senang suami nak cari duit. Kerja berat-berat cari rezeki.. dia sanggup belikan handphone untuk aku padahal handphone dia sendiri ada masalah..btw, thanks sekali lagi utk sang suami. :)