Menderma melalui Mudah.my



Assalamualaikum..

Ada berita baik untuk korang semua! Bagi sesiapa yang ingin menderma barangan seperti pakaian, makanan, selimut, barang pejabat, perabot dan kitchen appliance .. bolehlah berbuat demikian di Mudah.my. Hanya dengan melengkapkan 3 langkah mudah! Kini, anda sudah boleh menderma kepada organisasi kebajikan yang berdaftar. Korang boleh pilih, samada menghantar sendiri barangan yang anda nak derma tu atau memerlukan orang untuk pick up barang dari rumah korang. Mudah bukan! Pastikan barangan yang hendak didermakan dalam keadaan yang elok dan masih boleh digunakan ok! Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca F.A.Q
dulu. So, selamat beramal!