Bandingkan anak/cucu dengan anak/cucu orang lain

Assalamualaikum..

Sekarang ni ada satu benda yang buat aku stress bila orang lain suka bandingkan anak/cucu dorang dengan anak aku. Aku paling tak suka! Tak kesah la siapa, even MIL atau husband yang buat macam tu, aku pun tak suka. Contohnya, bila orang lain tegur " cucu aku dah boleh buat ni, dah boleh buat itu.. umur sama kan?" tak pun.. " dulu anak aku 4 bulan dah boleh meniarap, kenapa anak kau tak boleh lagi padahal dah 4 bulan?" huiiiih! berasap telinga aku macam tu tau..
Kalau korang nak tahu, hati ibu ni sensitif sangat bila korang bandingkan anak dia dengan anak orang lain. Hati ibu ni diibaratkan senipis kulit bawang, sangat nipis.. bila korang cakap sesuatu pasal anak dia, mesti dia terasa hati. * yang jenis hati bebal tu, lantak korang!

Kepada encik-encik suami, korang pun jangan la bandingkan anak korang dengan anak orang lain ok. "anak aku dah boleh itu, ini..anak kau kenapa tak boleh lagi?" jangan la buat orang lain terasa juga. Bila si isteri tegur tu, korang jangan la marah si isteri tu balik.. jangan la korang cakap si isteri ni asyik fikir yang negatif je. Sebab encik-encik suami tak akan faham hati seorang ibu macam mana.. jika dia tak suka orang lain buat macam tu kat anak dia, mesti dia lagi tak suka bila suami dia buat macam tu kat anak orang lain.

Lagi satu pesanan aku, semasa melawat orang baru lepas melahirkan anak, PLEASE! jaga mulut ok! Even anak orang tu hitam ker, please jangan sesuka hati kau nak tegur "eh, kenapa anak kau hitam".. pergh! kalau mak budak tu jenis yang ok tak per, kalau yang mulut main lepas juga, memang korang kena sembur time tu juga, free-free kena maki! hahaha... padan la muka, siapa suruh tak jaga mulut. Mulut semacam longkang!

Untuk pengetahuan korang, pertumbuhan setiap bayi adalah tidak sama antara bayi-bayi yang lain. Mungkin anak aku dah boleh meniarap masa umur 3 bulan, dan mungkin anak korang boleh meniarap masa umur 4 bulan.. tapi, korang jangan fikir anak korang tu slow a.k.a lembab! Tidak sama sekali! Sebab setiap perkembangan normal ada julat umur yang sesuai. Korang tengok kat bawah ni..

Carta Perkembangan Bayi

Cuba korang tengok betul-betul.. setiap perkembangan ada range umur dia kan. Contohnya, yang first tu.. Membalas senyuman.. si Irsyad start balas senyuman bila umur dia sebulan setengah, may be anak korang lagi cepat..may be dalam sebulan macam tu. Tapi still normal kan.. apa mau bising, anak/cucu korang lagi cepat dari anak aku..hahahha.. Tapi beware mummy-mummy semua, jika anak lambat dari range yang sepatutnya.. sila rujuk anak ke doktor okeh! Mungkin ada masalah perkembangan anak.. :), kita sama-sama berdoa agar anak kita semua sihat wal'afiat. 

Antara ayat-ayat yang selalu orang cakap..
"eh, kurusnya anak kau.. anak aku baru 4 bulan dah lebih besar dari anak kau"
" hitamnya anak"
"anak aku dah boleh itu ini"- cuba bandingan anak/cucu dia.. konon-kononnya bila anak/cucu dia lagi cepat dari anak kau, anak/cucu dia pandai la tu! puihhhhh! perasan..hahaha..

Pesan aku, kalau korang nak mengutuk ke nak tegur ke benda-benda yang macam ni.. biarlah dalam hati je.. jangan sakitkan hati orang lain.. kalau mulut tu tak tahan nak tegur pun, tegurlah cara berkhemah. Jika anak dia kurus kering kurang zat makanan terlampau.. try sentuh ke belai-belai ke badan anak dia.. try tanya mak dia lembut-lembut.. bagi anak makan apa. And cuba la bagi cadangan.. kongsi idea.. tak la hati mak tu terasa ok. :)

Dah, itu je aku nak cakap.. jap lagi nak pergi kerja. wassalam..

Irsyad cakap " adoyaiii mak!! orang macam ni pun ada kah"..
hahaha..