Bandingkan anak/cucu dengan anak/cucu orang lain

Assalamualaikum..

Sekarang ni ada satu benda yang buat aku stress bila orang lain suka bandingkan anak/cucu dorang dengan anak aku. Aku paling tak suka! Tak kesah la siapa, even MIL atau husband yang buat macam tu, aku pun tak suka. Contohnya, bila orang lain tegur " cucu aku dah boleh buat ni, dah boleh buat itu.. umur sama kan?" tak pun.. " dulu anak aku 4 bulan dah boleh meniarap, kenapa anak kau tak boleh lagi padahal dah 4 bulan?" huiiiih! berasap telinga aku macam tu tau..
Kalau korang nak tahu, hati ibu ni sensitif sangat bila korang bandingkan anak dia dengan anak orang lain. Hati ibu ni diibaratkan senipis kulit bawang, sangat nipis.. bila korang cakap sesuatu pasal anak dia, mesti dia terasa hati. * yang jenis hati bebal tu, lantak korang!

Kepada encik-encik suami, korang pun jangan la bandingkan anak korang dengan anak orang lain ok. "anak aku dah boleh itu, ini..anak kau kenapa tak boleh lagi?" jangan la buat orang lain terasa juga. Bila si isteri tegur tu, korang jangan la marah si isteri tu balik.. jangan la korang cakap si isteri ni asyik fikir yang negatif je. Sebab encik-encik suami tak akan faham hati seorang ibu macam mana.. jika dia tak suka orang lain buat macam tu kat anak dia, mesti dia lagi tak suka bila suami dia buat macam tu kat anak orang lain.

Lagi satu pesanan aku, semasa melawat orang baru lepas melahirkan anak, PLEASE! jaga mulut ok! Even anak orang tu hitam ker, please jangan sesuka hati kau nak tegur "eh, kenapa anak kau hitam".. pergh! kalau mak budak tu jenis yang ok tak per, kalau yang mulut main lepas juga, memang korang kena sembur time tu juga, free-free kena maki! hahaha... padan la muka, siapa suruh tak jaga mulut. Mulut semacam longkang!

Untuk pengetahuan korang, pertumbuhan setiap bayi adalah tidak sama antara bayi-bayi yang lain. Mungkin anak aku dah boleh meniarap masa umur 3 bulan, dan mungkin anak korang boleh meniarap masa umur 4 bulan.. tapi, korang jangan fikir anak korang tu slow a.k.a lembab! Tidak sama sekali! Sebab setiap perkembangan normal ada julat umur yang sesuai. Korang tengok kat bawah ni..

Carta Perkembangan Bayi

Cuba korang tengok betul-betul.. setiap perkembangan ada range umur dia kan. Contohnya, yang first tu.. Membalas senyuman.. si Irsyad start balas senyuman bila umur dia sebulan setengah, may be anak korang lagi cepat..may be dalam sebulan macam tu. Tapi still normal kan.. apa mau bising, anak/cucu korang lagi cepat dari anak aku..hahahha.. Tapi beware mummy-mummy semua, jika anak lambat dari range yang sepatutnya.. sila rujuk anak ke doktor okeh! Mungkin ada masalah perkembangan anak.. :), kita sama-sama berdoa agar anak kita semua sihat wal'afiat. 

Antara ayat-ayat yang selalu orang cakap..
"eh, kurusnya anak kau.. anak aku baru 4 bulan dah lebih besar dari anak kau"
" hitamnya anak"
"anak aku dah boleh itu ini"- cuba bandingan anak/cucu dia.. konon-kononnya bila anak/cucu dia lagi cepat dari anak kau, anak/cucu dia pandai la tu! puihhhhh! perasan..hahaha..

Pesan aku, kalau korang nak mengutuk ke nak tegur ke benda-benda yang macam ni.. biarlah dalam hati je.. jangan sakitkan hati orang lain.. kalau mulut tu tak tahan nak tegur pun, tegurlah cara berkhemah. Jika anak dia kurus kering kurang zat makanan terlampau.. try sentuh ke belai-belai ke badan anak dia.. try tanya mak dia lembut-lembut.. bagi anak makan apa. And cuba la bagi cadangan.. kongsi idea.. tak la hati mak tu terasa ok. :)

Dah, itu je aku nak cakap.. jap lagi nak pergi kerja. wassalam..

Irsyad cakap " adoyaiii mak!! orang macam ni pun ada kah"..
hahaha..




Menderma melalui Mudah.my



Assalamualaikum..

Ada berita baik untuk korang semua! Bagi sesiapa yang ingin menderma barangan seperti pakaian, makanan, selimut, barang pejabat, perabot dan kitchen appliance .. bolehlah berbuat demikian di Mudah.my. Hanya dengan melengkapkan 3 langkah mudah! Kini, anda sudah boleh menderma kepada organisasi kebajikan yang berdaftar. Korang boleh pilih, samada menghantar sendiri barangan yang anda nak derma tu atau memerlukan orang untuk pick up barang dari rumah korang. Mudah bukan! Pastikan barangan yang hendak didermakan dalam keadaan yang elok dan masih boleh digunakan ok! Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca F.A.Q
dulu. So, selamat beramal!

Irsyad Admit ward

Assalamualaikum w.b.t
15/1/14 yang lepas Irsyad dimasukkan ke wad KK4, Hospital Kuala Lumpur. Sebabnya, masa aku balik dari kerja dalam pukul 4 petang tu, bapa mertua aku cakap Irsyad asyik nangis, tak nak menyusu.. lepas tu badan Irsyad panas. Aku terus call suami, ajak pergi klinik.. tapi hari tu, institut peads HKL just untuk kes Ortho je, kes Irsyad ni under unit surgical. Lagi pun, masa tu dah pukul 4.45 petang. Irsyad pula asyik nangis je, may be bisul dia yang buat dia sakit. Aku kalau boleh tak nak bawa Irsyad pergi kecemasan, sebabnya aku bukan tak tahu, kecemasan tu untuk kes-kes apa kan. Aku betul-betul minta maaf, aku terpaksa. Aku takut anak aku sepsis je. Lepas jumpa doktor, doktor suruh masuk wad. Malam tu, doktor on call plan untuk buat sedikit incision kat bisul Irsyad.. so kena puasa start pukul 6 pagi esoknya. Aku bagitahu suami, yang Irsyad nak operate esok, suami cakap dia nak ambil EL sebab nak sama-sama jaga anak. Bertuah dapat suami yang betul-betul memahami. :), thanks abang.

16/1/14 Bila pakar dah buat round kat wad, dia terus suruh buat operation under emergency.. buat sedikit torehan buang bisul tu. Pukul 1 petang, staf dewan bedah dah call suruh bawa Irsyad ke OT. Dalam pukul 3.15 petang Irsyad dah masuk bilik bedah. Buat incision dia jap je, dalam 15 minit je macam tu.. cepat kan? Thanks sangat-sangat kat team Anaest dan surgeon yang bertugas on call pada hari tu.. lepas operation, Irsyad menangis.. bukan menangis sebab sakit.. tapi menangis sebab lapar. Kecian dia.. tapi tak pe.. untuk sementara je. Balik wad, doktor bius pesan dah boleh bagi air masak bila Irsyad dah betul-betul sedar.. bila tak de muntah, tersedak ke.. baru boleh bagi minum susu. Dalam pukul 6, Irsyad dah sedar dari mamai-mamai bius. Aku pun start bagi minum sedikit air masak,tak muntah tak tersedak pun, dalam pukul 7.30 malam.. baru aku bagi Irsyad minum air susu.. alhamdulillah, tak de komplikasi. Banyak gila dia minum, haus agaknya :)

17/1/14 Irsyad dah boleh balik, lepas MO buat round. Kena cuci luka tiap-tiap hari kat klinik.. selamat juga anak aku, so sekarang bila dia berak je dia nangis lagi, pedih kat luka operation dia, hope luka dia cepat sembuh. Tak sanggup tengok anak meraung kesakitan. Dah la malam tu aku kena kerja syf malam,  aku ingat nak tukar syif dengan orang lain.. tapi semua tak nak.. just ada segelintir yang nak tolong aku, tapi ada je halangan. Thanks korang yang sanggup nak tukar syif dengan aku.. walaupun tak dapat aku hargai sangat-sangat! Bagi yang tak nak tu, ingat! hari ni hari aku, mungkin suatu hari..hari korang pula. Korang akan rasa apa yang aku lalui sekarang! Aku tinggalkan anak aku yang baru lepas operation semata-mata nak kerja malam, aku jaga orang lain..tapi anak aku sendiri aku tak terjaga. Hati ibu mana yang tak sedih! Yang aku betul-betul sentap bila orang yang selalu nak bertukar syif dengan aku, aku ok je.. sebab dalam fikiran aku, aku tolong orang tu..suatu hari nanti dia tolong aku balik. Tapi tanggapan aku meleset, bila aku nak tukar dengan dia..dia cakap tak boleh sebab dia ada hal. Rupa-rupanya dia keluar enjoy dengan member-member dia, siap upload gambar kat facebook lagi. Dia tak terfikir ke, dulu masa dia susah, dia nak tukar syif dengan aku.. aku tolong dia. Aku minta tolong dengan dia, apa balasan dia. Aku bukannya nak balasan ke apa, tapi tolong la aku, aku bukan suka-suka nak tukar syif. Anak aku baru buat operation kot.. aku dah nak kena tinggal dia.. kalau korang, korang sanggup ke? Yang sorang lagi tu, bila aku cakap dia nak tak tukar syif malam dengan aku, cepat je dia jawab tak nak.. aku memang sentap gila la time tu. Muka memang baik gila, tapi.. sayang.. tak pernah nak tolong orang. Kau bujang kot, kau bukannya ada anak nak jaga kat rumah. Tak pe, lepas ni kau nak kawen kan, lepas tu kau ada anak kan.. hahh! time tu bila kau kena macam aku ni, pergi mampus kau la.. jangan sesekali sebut nama aku nak tukar syif, memang time tu muka kau kena ludah ngan aku! Aku sekarang ni, memang hati-hati buat baik dengan orang lain. Lantak kau la nak cakap apa pun, aku serik! Berpuluh orang nak tukar syif dengan aku, aku ok. Bila aku nak tukar syif dengan koran, korang bagi aku TAIK! ok, fine. Tunggu turn korang!
Malam tu, aku pergi kerja, menangis kaw-kaw atas moto. Aku beriya-iya nak jaga orang lain. tapi anak aku sendiri terbiar! Aku hanya berserah dengan Allah, semoga anak aku baik-baik je. Aku bertuah sebab dapat family mertua yang sangat-sangat memahami aku. Aku tak mampu balas apa-apa, semoga Allah balas jasa baik dorang. Aminnnn.. Kepada anak aku, semoga cepat sembuh sayang mama.. mama sayangkan Irsyad sangat-sangat.