Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan di Restaurant Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.

Assalamualaikum w.b.t

 22.12.2013 yang lepas aku and suami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama, Irsyad kami tak bawa sebab kami pergi malam, so tinggal dia sekejap kat rumah mak mertua. Mula-mula aku memang nak rancang pergi situ, tapi tak sangka rupa-rupanya suami pun terfikir benda yang sama.. Encik suami pergi booking kat kaunter terus, booking online pun boleh sebenarnya. Korang boleh tempah di laman web dorang di Atmosphere 360
Sampai-sampai je kat eskolator menara Kl, ktorang di sambut oleh pekerja kat situ, servis memang baik.. dorang akan tunjukkan ke mana korang akan pergi, lepas tu lif pun dorang akan tekan untuk kau..haha, best kan.. sampai kat restoran pula, kena daftar dulu.. baru masuk. Pelayan restoran akan tunjukkan meja makan korang.. bagi aku layanan dorang memang 5 bintang. best! dorang tak berat tangan nak tolong korang.. macam aku, aku selalu minta tolong tangkap gambar.. hahaha..
Mula-mula sampai kat tempat duduk, kepala macam pening sekejap.. sebab restoran tu berputar.. tapi slow je.. cuba bayangkan kalau berputar laju.. comfirm semua tercampak keluar dari menara tu. :)
Makan dalam kesamaran lampu, diiringi oleh lagu, wah.. memang romantik la. Berbaloi-baloi bayar memahal.. ala, bukan selalu pun. Tak pe untuk belanja lebih sempena hari berbahagia kan..



Tiket untuk masuk
Thanks Mr Syahron!



Tinggi sangat! Sampai berdengung telinga..Sila telan air liur anda.




Sepanjang sudut tepi restoran ada skrin ni, so korang boleh la tengok penyanyi.. sebab yang berputar hanya tempat makan tu je ye. Bukan the whole restoran tu.. So, kalau nak ambil makanan, aku syorkan bagi yang kurang kemaluan diri, sila la ambil makanan terlebih dahulu.. sebab bila korang makan sikit-sikit, korang akan kena berjalan jauh untuk pergi ke tempat ambil makanan bila tempat korang makan tu berpusing..

Ambil gambar je mesti blur!
PERADUAN KIRA DAN MENANG Huruf Min! :D

Tangan kanan shivering, sebab terlalu lapar.

wahai lampu ajaib, siapakah wanita paling cantik di dunia ini?

Tak ambik gambar makanan sangat, sebab segan! Macam tak pernah je makan kat tempat-tempat macam tu.. jakun!

Satu lagi advise aku, kalau korang suruh pelayan tu ambil ga,bar.. pastikan korang bagi kamera point and shoot! ataupun bagi je la handphone korang tu. Kalau kau bagi DSLR, selalunya dorang tak tahu setting..so gambar jadi blur.. tak terang.. 


Perut tu sedaya upaya aku tarik nafas bagi perut tu ramping sikit..hahahaha

Tak sangka suami bagi surprise! Masa tengah syok-syok makan.. tetiba pelayan datang bawa benda alah ni, terkejut juga, ingatkan pelayan tu salah meja..

Ku posing bersama KLCC..


Insya Allah, aku akan bawa Irsyad ke sini suatu hari nanti.. tunggu dia besar sikit. Kesian dia, tinggal kat rumah je masa ni..* cakap macam Menara KL tu jauh pula :P


0 comments: