Al-kisah Nikkor Lens AF-S 50mm f/1.8G

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni aku beli Lens Nikon AF-S 50mm f/1.8G untuk kamera kesayangan ku Nikon D3200. Beli second hand je tau! Tak mampu beli yang baru..hehehe..tak pe la, yang penting lens still dalam condition yang baik, x de kulapuk bagai. Nak dijadikan cerita, aku beli lens ni kat Mudah.my. Tapi sehari sebelum tu, ada gak aku post iklan yang aku nak lens ni dalam lingkungan harga RM 400, tapi tak de pun orang mesej aku. So, keesokkan harinya, iaitu semalam aku terbaca satu iklan jual lens ni dalam Mudah.my juga... dia jual RM 450, aku terus mesej dia and try tanya RM 400 dapat tak. Penjual cakap x boleh sebab harga dia dah murah sangat tu. Tak pe la, aku cakap boleh la kalau nak jual Rm 450 pun. Bila jumpa dia hari ni, dia cakap kalau nak filter kena tambah Rm 50 lagi, aku cakap tak payah la nak filter bagai ( padahal masa tu aku bawa duit ngam2 je..hahaha).. so, dengan senang hatinya aku membawa lens tu balik rumah. Lens memang betul tak de masalah, memang tip top! Punyalah aku gembira.. beberapa jam kemudian, tetiba hanphone aku bunyi tanda ada mesej masuk. Bila baca, terus naik darah aku ke kepala. Ada orang mesej aku, yang dia nak jual lens dia rm 400! perggggghhhhhh! sakit hati gila la.. dalam hati kenapa kau tak mesej aku awal-awal! selang beberapa jam je kot! Kalau tak jimat duit aku Rm 50, lepas tu dapat sekali dengan filter.. betul-betul bukan rezeki aku la, and bukan rezeki penjual kedua tu gak. Aku rasa macam nak makan je lens kat depan aku ni..hahahahha.. aku try nak berfikiran positif, mungkin ada hikmahnya Allah tak suruh aku beli lens kat orang kedua.. Allah telah merancang sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambanya... :)